KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 7 Januari 2011

Red Warriors Beraksi Petang?


Melihat pada jadual yang telah dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan The Red Warriors bakal beraksi pada waktu petang dalam saingan Liga Super 2011.

Laporan yang dikemukakan sebelum ini mengatakan lampu limpah Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan persatuan induk bola sepak Malaysia.

Tahap kecerahan lampu dibawah 800 Lux menyebabkan perlawanan membabitkan pasukan Kelantan terpaksa diadakan pada waktu petang.

Menurut Penolong Setiausaha Agung yang juga Ketua Jabatan Pertandingan FAM, Ahmad Fuad Daud, perlawanan akan kekal dilaksanakan pada waktu petang jika pasukan yang belum menepati piawaian gagal mencapai tahap yang telah ditetapkan.

Masih ada peluang buat Kelantan untuk beraksi malam iaitu menaik taraf segera tahap pencahayaan lampu stadium sebelum pemeriksaan kedua yang akan dilakukan pegawai FAM, esok.

Jika gagal, kemungkinan besar perlawanan di Kota Bharu bakal berlangsung petang.

Butiran akhir keputusan akan diketahui pada 10 Januari ini selepas hasil pemeriksaan dibawa kedalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pertandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular