KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 21 Januari 2011

Sepah Dibuang @ Membuang Diri?
emel

Sebaik sahaja isu dakwaan kepada tiga bekas pemainnya didengar oleh FAM, ada segelintir wartawan memandang sinis tindakan KAFA ini yang dicop dengan topik yang menggambarkan seolah-olah KAFA tidak mengenang jasa bekas pemainnya ini. Selain cuba menimbulkan isu kebencian pada negeri Kelantan dengan luahan sentimen kenegerian seperti dilaporkan dalam tulisannya dibawah ini.

REMBAT-KOSMO

Nuffnang Ads

Sebelum penulis terbabit mengapi-apikan hasutan kenegerian ini, sepatutnya dia mengkaji siapa yang dia kritik terlebih dahulu. Tan Sri Annuar Musa selaku presiden KAFA telah mengikut prosedur biasa pendakwaan yang tertera dalam peraturan 10.5 FAM, beliau masih lagi menggunakan khidmat guaman seperti kebiasaan kerana tidak mahu campur tangan dalam urusan pendakwaan ini. Datuk Takiyuddin Hassan pula merupakan seorang peguam berpengalaman dan berpengaruh, sekiranya penulis terbabit meletakkan tarafnya sama dengan pemimpin yang bersifat kenegerian, penulis ini harus memohon maaf kerana cuba mencemar profesion Datuk Takiyuddin Hassan dan tidak memberi fakta sebenar mengenai negeri asal Datuk Takiyuddin Hassan yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Kemelong, Sik, Kedah ini.

Mengenai tiga pemain terbabit, KAFA sangat menghargai jasa mereka kepada Kelantan dan sanggup menurut segala kemahuan mereka sebelum ini. Namun sedikit pun, pihak KAFA tidak menyangka ketiga-tiga pemain ini tidak pandai menulis atau mengupah penulis untuk menulis surat keinginan mereka meninggalkan Kelantan atau bersemuka dengan mana-mana pegawai KAFA bagi menjelaskan keinginan mereka berhijrah, mungkin isu ini sudah lama selesai.

Hanya segelintir Penyokong Kelantan memandang serius dengan isu ini dan berharap penulis terbabit memohon maaf kepada kedua-dua pemimpin Kelantan ini. Semua penyokong Kelantan diseru bertenang dengan isu ini kerana penulis terbabit juga telah banyak memberi kerjasama dan laporan yang menaikkan imej Kelantan. Dengan ini tidak timbul isu penulis ini memburukkan imej keseluruhan rakyat Kelantan. Terima kasih kepada penulis yang telah banyak berjasa dalam membangunkan bolasepak tanahair. Semoga penulis terus berkarya demi kemajuan sukan di Malaysia. Penulis-penulis sentiasa bersama anda.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular