KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 22 Januari 2011

Red Warriors tunggu tajaan ‘besar’


Dipetik Daripada Utusan Online
BANGI – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengumumkan tajaan baru bernilai kira-kira RM2 juta kepada pasukan Red Warriors dalam beberapa hari akan datang, tetapi tidak mendedahkan siapakah penaja tersebut.

Tajaan terbaru itu pastinya memberikan suntikan semangat kepada juara Piala Malaysia itu menjelang musim baru Liga Super yang akan membuka tirai pada 29 Januari depan.

KAFA kini juga mempunyai tajaan daripada Yusmira, Sinar Harian dan terbaru Al-Jabbar.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai butiran penaja baru, enggan memberi bayangan syarikat manakah yang dimaksudkan, namun sekadar berkata rundingan masih dijalankan.

“Perkara itu akan diumumkan kelak,” jawabnya selepas merasmikan dua buah Kedai Sukan Al-Jabbar Sports.com di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Semenyih semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Annuar berkata, Red Warriors kini merupakan jenama berpotensi kerana telah menjana pendapatan lebih RM8 juta untuk tahun ini - satu peningkatan mendadak berbanding d RM170 ribu tiga tahun lalu.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular