KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 18 September 2010

Syed Adney Wira The Red Warriors

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbi_Unx0lTxbkXRXQQjQmEkcPd3qvr-7SXjHucSPMEIhvm6oH0qD68A1Ub1be_mNDVOw39HBsp3Was16ddts-6XcWcUEuA9cLkcacShsqSL1KFizteilbjbnat8aZQs_IZsUow4NydooM/s400/syed+adney.jpg

Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan Kelantan Menentang PKNS di Stadium Kelana Jaya, PJ. Kecemerlangan Syed Adney menghadiahkan 3 mata berharga buat pasukan Kelantan yang hampir berputih mata jika sepakan penalti itu menerjah gawang pasukan Kelantan. Aksi dramatik menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-90 menenggelamkan penjaring gol tunggal pasukan Kelantan, Akmal Rizal yang juga boleh dianggap wira.

Kecemerlangan Syed Adney penalti sekali gus menghadiahkan 3 mata penuh kepada pasukan yang boleh dianggap sebagai menebus kesilapan beliau yang melepaskan gol mudah ketika menentang Kedah pada saingan Liga Super di arena sendiri mengakibatkan pasukan tewas 0-1. Sejak dari hari itu, Syed Adney sentiasa dicemuh penyokong sendiri sehingglah pada malam ini, beliau berjaya membuktikan beliau mampu bangkit dan beraksi dengan lebih cemerlang secara tidak lansung menutup mulut pengkritik beliau sebelum ini. Tahniah Syed Adney. Semoga maju jaya.

Namun harus diingat, permainan bola sepak merupakan permainan berpasukan, dan kemenangan pada malam ini adalah hasil usaha semua pemain, jurulatih dan juga pegawai pasukan. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua penyokong The Red Warriors yang hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan dan tidak lupa juga kepada semua penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium kerana walau dimana jua anda berada, anda adalah penyokong setia The Red Warriors.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular