KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 6 September 2010

Majlis Makan Malam Amal & Persembahan 'Primadona
Nusantara'Sempena 50 Tahun
Hubungan Diplomatik Mal-Indo



Dengan Inisiatif YAYASAN KEMISKINAN KELANTAN (YKK) dan kerjasama YAYASAN PERSAHABATAN MALAYSIA-INDONESIA (PERMAI MALAYSIA) LEMBAGA PERSAHABATAN INDONESIA-MALAYSIA (PRIMA INDONESIA) mempersembahkan

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN PERSEMBAHAN "PRIMADONA NUSANTARA - BOB TUTOPOLY/JAMAL ABDILLAH

SEMPENA 50 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-INDONESIA

TARIKH: 26 SEPTEMBER 2010

TEMPAT: THE GRAND NIRWANA BALLROOM, HOTEL CROWNE PLAZA MUTIARA, KUALA LUMPUR

HARGA: MEJA KORPORAT (10 ORANG)
RM5,000 / RM 3,500 / RM 2,500
INDIVIDU
RM 300 / RM 400 / RM550

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi;
+603-92873754

Semua bayaran adalah atas nama (YAYASAN KEMISKINAN KELANTAN). Sambil kita menikmati malam bersama bintang-bintang, kita juga akan menyumbang kepada projek amal di Jeli dan Bachok di Kelantan, Pekan Baru Sumatera dan Malang, Surabaya.

Sukacita saya merujuk kepada perkara diatas dan memaklumkan bahawa Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dengan kerjasama Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (PERMAI) dan Lembaga Persahabatan Indonesia-Malaysia (PRIMA) akan menganjurkan majlis tersebut pada 26 September 2010 bertempat di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

2. YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj. Mohd Yasin telah bersetuju untuk menjadi Tetamu Kehormat kepada majlis yang julung kali diadakan ini. Dua orang diva Malaysia-Indonesia, Jamal Abdillah dan Bob Tutopoly akan membuat persembahan khas di malam 'Primadona Nusantara' itu. Beberapa orang kenamaan dari Indonesia juga dijangka akan turut hadir di majlis ini.

3. Selain dari memperingati 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia, majlis ini juga bertujuan mengumpul dana untuk membiayai beberapa projek kebajikan di beberapa tempat terpilih di Malaysia dan Indonesia. Antara tempat yang telah dikenalpasti ialah di Besut, Terengganu, Jeli dan Bachok, Kelantan, Tanjung Karang, Selangor, Pekan Baru Sumatera dan Malang, Surabaya, Indonesia. Program akan dilaksana secara bersama antara PERMAI dan PRIMA.

4. Sehubungan itu saya dengan ini memohon sokongan dan apa jua bantuan bagi menjayakan program di atas. Sepertimana Kad Jemputan yang akan disertakan, Sumbangan boleh dibuat atas nama YAYASAN KEMISKINAN KELANTAN (YKK). Sumbangan akan diberikan resit pengecualian cukai. Terima Kasih.

SALAM HORMAT.

(TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR HJ MUSA)
Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan
Merangkap Setiausaha Agung PERMAI
Pengerusi J/Kuasa Malam Amal 'PRIMADONA NUSANTARA'
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular