KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 September 2010

Berjayakah Kelantan?



Perjalanan The Red Warriors mencari satu kejayaan dalam kancah Liga Malaysia masih jauh dan panjang.

Banyak lagi liku-liku yang perlu diharungi sebelum Kelantan boleh dinobatkan selaku kuasa baru bola sepak negara.

Sejak dari zaman kegemilangan Dali Omar dan rakan-rakan, kemunculan Hashim Mustapha beserta wira Sang Kijang serta zaman kebangkitan pada awal milenium sehingga kini, Kelantan masih lagi gagal mencapai kejuaraan dalam pertandingan peringkat tertinggi.

Sudah banyak perubahan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan bermula dari dahulu sehingga kini hanya tahun 2009 menjadi musim paling berjaya apabila meraih dua naib johan bagi Piala FA dan Piala Malaysia.

Walau Kejuaraan Piala FAM dan Liga Perdana Dua dapat diraih beberapa tahun lalu, ia tidak dikira kejayaan membanggakan kerana hanya berstatus kelas dua dalam Liga Malaysia.

Harapan Red Warriors saban tahun untuk memungut satu piala yang diiktiraf utama masih samar tambahan pula pasukan lain masih lagi kekal konsisten untuk memburu kejuaraan mutlak.

Hasrat Kelantan untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pasukan gergasi lain ketika ini sudah tercapai tetapi yang mencacatkan keadaan hanyalah kejayaan memungut piala yang dipertandingkan.

Dibandingkan dengan Selangor, Kedah, Negeri Sembilan serta beberapa pasukan lagi, almari persatuan mereka sudah diisi dengan koleksi piala dan pingat kejohanan Liga Malaysia.

Para penyokong setia masih berimpian bahawa Kelantan mampu mengaut piala dan harapan itu disertakan dengan doa agar ianya akan tercapai sedikit masa lagi.

Yang perlu diusahakan pihak pengurusan dan pemain ialah terus bersaing dan mencabar sehingga ke titisan peluh terakhir agar nama mereka tertulis dalam lipatan sejarah menjadi skuad pertama memberikan piala kepada negeri Kelantan Darul Naim.

Berjayakah Sang Kijang? Sama-sama kita nantikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular