KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 September 2010

Kembalikan Semangat The Red Warriors


Hentikan sebarang spekulasi dan berlagak sebagai profesor serba tahu tentang dalaman KAFA dan pemain. Demikian reaksi pihak KAFA kepada sesetengah penyokong yang mula menjadi hero dan jaguh dalam menyampaikan kepada orang ramai konon mengetahui masalah dalaman pemain dan pengurusan. Sikap ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi emosi pemain yang mengetahui cerita-cerita rekaan melalui kedai-kedai kopi, laman web dan sistem pesanan ringkas (sms).


Memori indah di perlawanan akhir 2009

KAFA menghargai jasa-jasa semua penyokong setia The Red Warriors tetapi kepada yang berkenaan usahlah berlagak sebagai orang pertama yang kononnya mendapat info melalui kenalan rapat VIP KAFA dan terus menyebarkannya di laman Facebook, blog dan kawan-kawan. Perkara yang boleh menjejaskan reputasi pemain tidak perlu dihebohkan sebelum disahkan sendiri oleh pihak KAFA. Ramai pemain mula terasa tekanan yang diberikan oleh penyokong mengenai isu pemecatan pemain itu dan ini. Peristiwa isnin lepas memang menyayat hati tetapi apakah perlu isu memecat pemain dan jurulatih masih hangat diperkatakan di luar sana seolah-olah tiada kemajuan yang dicapai dalam tempoh 10 bulan pasukan The Red Warriors beraksi? Semua pemain dan pengurusan memohon maaf sepenuh hati sekiranya keputusan selasa lalu masih menguris hati dan tidak mampu dimaafkan lagi oleh sesetengah peminat.

Tugas KAFA sekarang bertambah rumit apabila sudah ada pemain yang terasa dengan isu pemecatan ini, cukup pilu dengan usikan nakal penyokong yang berlagak pemberita no 1 ini. Namun KAFA sentiasa komited dan berusaha keras memastikan pemain kembali bersemangat apabila menyarung jersi The Red Warriors 3 Oktober nanti. Adakah penyokong-penyokong ini lebih suka pemain yang ada ini melupakan terus atau menarik diri daripada 3 lagi peluang saingan yang ada? Sekiranya isu-isu bodoh ini terus dimainkan dan jika pasukan gagal ke perlawanan akhir atau merangkul piala Malaysia tidak mustahil akan berlaku rombakan besar-besaran pemain untuk tahun depan, bukan pada masa sekarang.

Oleh itu pihak KAFA menyeru seluruh penyokong Kelantan bersama KAFA memberi semangat kepada seluruh pemain, jurulatih dan pengurusan supaya kembalikan semangat The Red Warriors yang digeruni lawan dan gawang. Ayuh seluruh pendokong wira-wira merah bersama kami, bangkitkan semangat kami, yakinlah pada kami, kami akan pastikan dan berusaha-usaha akhiri wisel penamat malam 3 oktober ini dengan kegembiraan yang gemilang.........Yakinlah.....keikhlasan kudrat skuad The Red Warriors...Lupakan sejenak peristiawa hampa lalu, ayuh bersama tarik nafas baru kemenangan...Gomo Kelate Gomo....

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular