KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 19 September 2010

Syed Adney Dijulang Wira

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Sukan/su_01.2.jpg
Syed Adney selamatkan maruah Kelantan menentang PKNS FC, malam semalam.




Nama Syed Adney Syed Hussien tidak perlu diperkenalkan lagi kepada semua peminat bola sepak Malaysia.

Penjaga gol kelahiran Liverpool, England itu mula mendapat tempat dalam arena bola sepak negara setelah mewakili Selangor dalam pertandingan bawah 19 tahun dan Piala Presiden pada 2004/05.

Tahun 2006, Syed Adney memulakan karier selaku pemain profesional apabila dinaikkan pangkat pengurusan Selangor untuk bermain dalam kancah Liga Super.

Semusim menabur bakti buat skuad senior Red Giants, Syed Adney berhijrah ke MyTeam buat dua tahun berturut-turut sebelum mengambil langkah mengejutkan ramai pemerhati bola sepak apabila menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan FA pada tahun 2010.

Syed Adney juga pernah menghadiri sesi latihan untuk mewakili pasukan Liga Perdana Inggeris namun hasratnya tidak kesampaian apabila gagal menempatkan diri dalam sesi pemilihan dua kelab terkemuka Britain, Midlesbrough FC dan Darlington FC.

Karier pemain ini dalam skuad negara pula bermula pada 2006 apabila dipanggil menjalani latihan untuk skuad bawah 23 tahun Kebangsaan. Syed Adney juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia dalam kejohanan Pra - Olimpik.

Tahun 2007, nama Syed Adney dijulang apabila membantu skuad Malaysia dalam kempen Sukan Sea semasa menentang Singapura.

Tahun ini, Syed Adney dipanggil K. Rajagobal untuk mewakil skuad senior Kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia menentang Bahrain.

Mewakili Kelantan, Syed Adney merupakan pemain pilihan dalam kesebelasan utama pada awalnya namun khidmat pemain ini disisihkan seketika setelah melakukan kesilapan besar sewaktu melawan Kedah.

Entah dimana silapnya, ketika diturunkan dalam beberapa perlawanan liga, Syed Adney menampilkan aksi tidak konsisten menyebabkan rata-rata peminat bola sepak Kelantan mula mempertikaikan keupayaan beliau.

Kelibat Syed Adney didalam kesebelasan utama menimbulkan perasaan kurang senang Sang Peminat yang lebih menyukai pemain tempatan seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Shahrizan Ismail diletakkan di posisi penjaga gol.

Kelihatan sikap peminat bola sepak Kelantan yang melontarkan kata-kata kurang enak didengar kepada Syed Adney menyebabkan pemain ini sendiri pernah mengakui bahawa dia lebih senang beraksi di gelanggang lawan dari beraksi di gelanggang sendiri.

Namun ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pantas memberi komen kata semangat selain memuji persembahan pemain ini walau penyokong pasukan memberikan persepsi sebaliknya.

Akhirnya, keyakinan jurulatih dan beberapa kerat penyokong terbalas dengan aksi cemerlang Syed Adney sewaktu membantu Kelantan menewaskan PKNS FC. Melakukan beberapa aksi menyelamat serta paling diingati, menepis sepakan penalti saat akhir PKNS FC.

Agakan yang tepat selain fokus kepada sepakan memberikan tindak balas segera kepada Syed Adney untuk menepis sepakan penalti ketua pasukan tuan rumah, Mohd Fadhil Hashim.

Tamat perlawanan, Syed Adney yang sering dikritik sebelum ini dijulang selaku wira pasukan kerana tanpanya, Kelantan mungkin sekali lagi hampa untuk mendapatkan mata penuh.

Diharapkan selepas ini, Syed Adney mampu menangani krisis keyakinan apabila beraksi di gelanggan sendiri sementelah pula keupayaannya masih lagi ditagih pasukan. Kredibilitinya mungkin sedikit tercalar namun kehebatannya pada waktu diperlukan sememangnya tidak boleh dipertikaikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular