KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 September 2010


Pasukan Pilihan Masih Bergelut.


Kebanyakan pasukan pilihan yang bersaing dilihat gagal memberikan persembahan menyakinkan dalam perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia yang baru berakhir dua hari lepas.

Hanya Selangor dan Negeri Sembilan, Kedah dan Johor FC menonjolkan perwatakan sebenar apabila mudah mendahului kumpulan masing-masing manakala Kelantan, Terengganu, Perlis dan Perak masih bergelut dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Pasukan yang tidak diberi harapan turut cemerlang apabila melakukan beberapa kejutan termasuklah menjadi pencabar carta kumpulan seperti Sabah dan Kuala Lumpur.

Tidak kurang juga dengan pasukan kelab yang bertanding terutamanya T-Team apabila mereka tampil hebat untuk merebut salah satu slot untuk saingan kalah mati yang ditawarkan.

Manakala kelab kerdil seperti ATM dan PKNS turut memasang impian mencatatkan kejayaan melayakkan diri setelah berhasil mengutip mata dalam perlawanan sebelum ini.

Walaupun perjalanan masih jauh, tidak disangkal bahawa saingan kali ini menonjolkan banyak kejutan dalam setiap perlawanan yang telah berlalu.

Kemunculan beberapa pasukan bukan pilihan memberi saingan kepada pasukan gergasi menunjukkan taraf Piala Malaysia semakin meningkat dimana kekuatan pasukan yang bertanding dilihat seimbang tanpa ada pasukan yang jauh kedepan.

Hanya Selangor melangkah gagah tanpa mampu dicabar pasukan lain dalam kumpulan mereka manakala pasukan bintang dalam kumpulan lain menyaksikan kesemuanya sudah keciciran mata sama ada seri ataupun tewas dalam perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular