KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 16 September 2010

Jika Kelantan Tersungkur Awal Dalam Kumpulan A ?


Buntu memikirkan luahan dan komen yang diterima melalui panggilan serta email daripada penyokong-penyokong yang kecewa dengan tragedi raya ke lima selasa lepas. Melihat komen-komen di Facebook, terpaku juga membacanya kerana kebanyakan komen datang daripada mereka yang sebelum ini tidak aktif di Facebook The Red Warrios Malaysia tetapi apabila pasukan Kelantan kalah, mereka yang sentiasa memandang serong dan menanti untuk memprotes ketika kalah wujud bak cendawan musim hujan.

Komen membina bolehlah diterima sebagai teguran positif tetapi komen yang memperlekeh pemain-pemain seolah-olah pemain malas dan tidak boleh menghadiahkan kekalahan kepada mereka tidak dapat diterima bagi penyokong setia pula. Mungkin jiwa dan hati penyokong seperti ini bukan jiwa penyokong bolasepak sejati, sekiranya penyokong bolasepak sejati sudah pasti akan sentiasa bersedia menerima kekalahan kerana dalam bolasepak kekalahan merupakan aset yang sentiasa membantu pasukan meningkatkan daya saing kearah yang lebih baik. Sungguhpun Kelantan telah pun berjaya membuktikan pasukannya hanya kalah sekali dalam saingan TM Liga Super 2010 dengan jumlah bolos paling sedikit dalam sejarah TM Liga Super, ianya tidak memadai bagi mereka untuk terus menghentam skuad The Red Warriors.

Mengenai kekalahan pertama saingan Piala Malaysia 2010 boleh dijadikan sebagai pengajaran bermakna kepada skuad The Red Warriors agar lebih berhati-hati dan bersedia menghadapi lawan seterusnya membuang segala sifat riak dan bongkak yang mula muncul dikalangan pemain dan penyokong yang sudah berani merendah-rendahkan keupayaan pasukan dalam saingan kumpulan A dan memperlekeh penyokong pasukan lain. Sememangnya tidak dapat dinafikan pasukan The Red Warriors memiliki sokongan penyokong dan pemain paling berkualiti tetapi dalam masa yang sama pasukan perlu mengekalkan prestasi ditahap terbaik bukannya terumbang-ambing tidak konsisten.

B. Sathianathan menganggap ini sebagi pengajaran berguna kepada semua pemain yang masih ego dengan sifat individualistik serta sering berkrisis antara satu sama lain. Sifat seperti ditunjukkan diawal tahun kini kembali muncul dalam saingan pertama selasa lepas. Beliau akan memastikan segala permasalahan yang dikenalpasti melalui tayangan balik rakaman video akan diselesaikan segera, malah beliau tidak teragak-agak merehatkan pemain yang dilihat masih cenderung menunjukkan sifat individualistik diatas padang. Ketika ditanya mengenai seruan segelintir penyokong menyeru beliau dipecat dan beberapa pemain dibuang kembali kedengaran, beliau hanya menjawab beliau sudah lali dengan kritikan seperti itu, beliau berkerja untuk seluruh penyokong dan pengurusan KAFA bukan untuk segelintir penyokong ini sahaja. Mungkin mereka yang menyuruh beliau meletakkan jawatan boleh menghantar sebarang sebab mengapa perlu beliau dipecat kepada TRWC. Mengenai pemain beliau masih yakin dengan prestasi semua pemainnya, cuma perlu disedarkan kembali daripada suasana hari raya dan kekenyangan jamuan raya.

Perlawanan menentang PKNS esok sudah pasti akan dihadiri ramai penyokong setia di Selangor dan Lembah Klang yang sudah lama pulang daripada bercuti raya. Perlawanan ini juga akan dijadikan penentu untuk Kelantan terus bersaing diperingkat kumpulan A. PKNS yang menang selesa selasa lepas pasti tidak akan mensia-siakan peluang beraksi digelanggang sendiri dan untuk terus mengekalkan kemenangan yang sudah menyeri pembukaan saingan mereka.

The Red Warriors harus cepat bangkit daripada segala permasalahan dan terus mencipta detik kemenangan kepada seluruh penyokong The Red Warriors. Kembalikan keyakinan penyokong kepada skuad kesayangannya ini. Sungguhpun perlawanan lepas menentang sentiasa memihak kepada skuad The Red Warriors, pengajaran ditewaskan Negeri Sembilan selasa lepas harus dijadikan pengajaran kerana kemenangan 2 perlawanan menentang Negeri Sembilan dalam saingan TM Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran lagi. Skuad The Red Warriors perlu kekal dianggap pasukan 'underdog' dan akur dengan semua keupayaan pasukan lawan.

SAMA-SAMA KITA TERUS SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA SKUAD THE RED WARRIORS SEHINGGA WISEL PENAMAT PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA DAN SEPANJANG ZAMAN.....GOMO KELATE GOMO...


Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular