KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 14 September 2010

Norshahrul, Subra Sedia Diturunka

KOTA BHARU – Lengkap sudah semuanya. Khidmat penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan bek kental, Subramaniam akan dipertaruhkan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini.

Sebelum ini, khidmat pemain pertahanan, S Subramaniam dikatakan tergantung kerana difahamkan beliau mengutip kad kuning maksimum dalam saingan terakhir Liga Super yang memungkinkan beliau terlepas beraksi dalam perlawanan pembukaan itu.

Namun, perkhabaran gembira diterima oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sesudah sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan mana-mana pemain yang mengutip kad kuning dalam beberapa siri perlawanan terakhir saingan Liga Super baru-baru ini tidak diambil kira dalam kejohanan TM Piala Malaysia selepas ini.

Sementara itu, khidmat penjaring gol terbanyak Kelantan musim ini, Norshahrul Idlan Talaha juga tetap akan digunakan setelah beliau disahkan pulih daripada kecederaan sewaktu mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan di Oman baru-baru ini.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau menarik nafas lega setelah kedua-dua tonggak utama Kelantan musim ini disahkan boleh beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini.

“Saya dimaklumkan oleh ketua jurulatih, B Sathianathan bahawa beberapa keraguan sebelum ini telah selesaikan melibatkan peraturan liga seperti pemain yang mengumpul kad kuning dalam perlawanan liga tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

“Pihak FAM telah memberi penjelasan kepada pasukan terbabit bahawa itu (hukuman penggantungan perlawanan) tidak diambil kira pada satu kejohanan baru yang lain. Dengan itu, Kelantan dijangka dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan itu.

“Saya juga telah menemui Norshahrul Idlan Talaha yang baru pulang daripada latihan skuad kebangsaan di Oman, dan beliau mengesahkan sudah pulih daripada kecederaan manakala Subra (S Subramaniam) yang diragui statusnya juga telah mendapat lampu hijau daripada sekretariat FAM untuk turun beraksi.

“Semua pemain Kelantan kini berada dalam keadaan terbaik dan tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan mahupun menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Semnetara itu, Annuar turun mengesahkan pasukan Kelantan tidak akan menggunakan khidmat pemain yang baru dipancing, K Soley dalam saingan kempen Piala Malaysia musim ini.

“Kita akan menurunkan skuad daripada Liga Super musim ini, pemain baru seperti K Soley menyertai latihan bersama kita pada 15 September tetapi mengikut peraturan sedia ada, beliau tidak boleh beraksi kerana pendaftarannya masih bersama pasukan Perlis.

“Dan peraturan dalam FAM menyatakan pendaftaran pemain hanya untuk sebuah pasukan pada satu-satu musim. Pemain tidak boleh berpindah ke pasukan lain dalam musim yang sama. Cuma dalam kes K Soley, kita bersetuju terus mendapatkan khidmat beliau bagi memastikan dia tidak mempunyai rehat yang panjang setelah bagi memastikan pada musim akan datang dia mempunyai tahap kecergasan yang tinggi bermain bersama Kelantan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular