KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 30 September 2010

Pemain Import: KAFA Sedia Terima Apa Pun Keputusan


Dalam konteks bolasepak Malaysia atau dunia, istilah pemain import diberikan pemain yang berasal dari negera lain bukannya seperti tafsiran sesetengah penyokong Kelantan lain melalui laman web atau blog yang menafsirkan pemain import itu termasuk pemain yang berasal dari negeri beraksi di Kelantan. Dalam Konteks perbincangan FAM hari ini juga, FAM menjelaskan pemain import bermaksud pemain dari negara lain yang dibawa masuk dan digajikan bermain di Malaysia. Oleh itu, penyokong Kelantan harus faham apa yang dimaksudkan pemain import yang dibincangkan FAM. Kekeliruan hanya timbul pada sesetengah individu sahaja yang sengaja ingin mengelirukan penyokong Kelantan supaya sentiasa curiga dan sangsi pada pemain tempatan yang bukan berasal dari Kelantan.

KAFA tetap komited agar FAM membenarkan pemain import beraksi dan sedia menerima apa saja keputusan yang telah ditetapkan nanti walaupun impian KAFA memiliki tidak kesampaian. Bagi penyokong Kelantan perkara kemerosotan penonton ke stadium bukan masalah pada mereka kerana kemerosotan yang teruk berlaku di stadium lain yang melibatkan pasukan bertaraf gergasi sendiri seperti Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan dan lain-lain pasukan. Oleh itu perlu atau tidak pemain import tidak dikisahkan sangat oleh penyokong Kelantan.

Bagi pemain pula seperti pernah diulas oleh bekas pemain lagenda emas Kelantan Hashim Mustapha, kehadiran pemain import sebenarnya bagus kepada kemajuan bolasepak tempatan. Beliau menceritakan pada zaman kegemilangan bolasepak era 90 an, beliau dinobatkan lebih 3 kali pemenang kasut emas dan tidak timbul aksi pemain import akan menenggelamkan mutu pemain tempatan kerana bagi beliau pemain import datang membawa skil dan taktikal yang banyak boleh kita pelajari disamping cepat memberi keserasian taktikal kepada pemain tempatan. Persaingan sihat diantara pemain tempatan dan import telah menjadikan sesebuah pasukan dilihat lebih bermaya dengan aksi-aksi bolasepak yang konsisten, selain pemain tempatan akan lebih bersungguh-sungguh untuk dipilih dalam kesebelasan utama sesuatu perlawanan.

Begitu juga pihak media perlu memberi lebih banyak liputan media kepada saingan liga tempatan, bukan seperti dilihat sekarang keputusan bolasepak tempatan disumbat didalam satu artikel dan perenggan yang sama. Sukar melihat gambar jaringan gol atau gambar perlawanan terkini diambil dimuat ke dalam akhbar-akhbar utama tempatan, jika ada sekadar melepas batuk ditangga.

KAFA sentiasa bersedia merancang meningkatkan kemajuan bolasepak dan memastikan kejayaan yang dicipta kini dikekalkan sehingga seluruh peminat Kelantan sentiasa bangga dan kagum dengan The Red Warriors. Terima kasih juga kepada beberapa pasukan kelab dan negeri yang menghubungi KAFA kerana berminat meniru idea pengurusan dan pembangunan laman portal rasmi theredwarriors.com. Diharap pihak yang terbabit berpuashati dengan kertas kerja portal rasmi yang diberikan oleh pihak TRWC. Ini merupakan satu pengiktirafan yang harus dikongsi dan dijadikan kebanggaan bersama seluruh pengunjung setia THEREDWARRIORS.COM. TAHNIAH!

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular