KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 14 September 2010

Kijang @ Rusa Diratah Malam Ini?

emel

Situasi ketua jurulatih B.Sathianathan yang sudah stabil tetapi masih diberikan rehat setelah terkena serangan jantung ahad lepas dilihat tidak mengusarkan semangat juang skuad The Red Warriors untuk beraksi cemerlang pada malam ini. Tugas ketua jurulatih kini dipangku sementara penolong ketua jurulatih Hashim Mustapha lagenda bolasepak Kelantan sepanjang zaman. Hashim komited anak buahnya sudah sedia bertempur malam ini, walauapapun halangan beliau akan memastikan penyokong Kelantan pulang gembira.

Tiada masalah kecederaan pemain, prestasi keseluruhan pemain berada dalam keadaan memuaskan. Rata-rata pemain menyatakan kesediaan mereka berjuang habis-habisan bagi memastikan gelanggang keramat tidak diaibkan seperti TM Liga Super yang tewas sekali di gelanggang sendiri dengan mudah ditangan Kedah tetapi tidak tewas di gelanggang lawan. Namun untuk dua aksi TM Liga Super 2010 Kelantan cemerlang menewaskan Negeri Sembilan dengan angka 3.

Jualan tiket juga dilaporkan mendapat sambutan luar biasa sehingga ada yang sanggup membayar tiket gelap RM18 untuk tempat duduk biasa dan RM35 untuk tempat duduk astaka, malah dijangka harga ini akan lebih meningkat menjelang malam ini. Peminat dinasihatkan supaya segera ke stadium pagi ini kerana jualan tiket masih lagi dijual pagi ini, tidak perlu menggalakkan kebanjiran ulat-ulat tiket yang sentiasa mencari peluang mendapat keuntungan segera. Bagi yang tidak berjaya mendapatkan tiket malam ini, tidak perlu risau kerana Astro, TRW FM dan The Red Warriors Station juga akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini nanti.

Perlawanan malam ini dianggap penting oleh semua penyokong Kelantan kerana perlawanan pembukaan dan perlawanan menentang juara berganda 2009 yang sentiasa menjadi keghairahan peminat menyaksikannya.

Sama-sama kita doakan agar Ketua Jurulatih B.Sathianathan segera baik kembali bertugas dan pasukan kesayangan kita mencatat keputusan selesa pada malam ini. Maghi pakat maghi gi stadium.......Gomo Kelate Gomo

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular