KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 16 September 2010

Pemain Kelantan Longlai.

Badri Radzi gagal menjana bahagian tengah Kelantan sewaktu menentang Negeri Sembilan


Aksi longlai yang ditonjolkan semua pemain Kelantan menjadi penyebab kekalahan tipis kepada Negeri Sembilan di hadapan penyokong sendiri.

Rata-rata penyokong Red Warriors yang ditemui selepas perlawanan melahirkan rasa kecewa dengan aksi keseluruhan pemain Kelantan.

Mereka (peminat) berfikiran pemain Kelantan masih lagi dalam mood suasana hari raya sehinggakan langsung tidak mampu memberi sesuatu bermakna kepada ribuan penyokong setia yang hadir.

Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan, pemain Kelantan gagal untuk menyempurnakan peluang terhidang selain kerap kali kehilangan bola kepada pemain lawan.

Jentera tengah dan serangan Kelantan dilihat tidak berfungsi malah gagal mengancam kubu pertahanan pelawat. Mereka hanya bekerja keras pada awal babak pertama dan kedua sahaja seterusnya lembik di penghujung setiap babak.

Wajar diberi sedikit pujian ialah barisan pertahanan apabila mereka berjaya mengekang banyak serangan pantas yang dilakukan Negeri Sembilan.

Perlawanan malam tadi memperlihatkan keinginan Kelantan mengutip mata penuh apabila menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki namun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan.

Mampukah pihak pengurusan membaiki corak permainan pasukan sebelum turun menentang Selangor PKNS di Kuala Lumpur, jumaat depan.

Penyokong Sang Kijang gusar adakah senario ini akan berterusan kerana impian besar tergalas di bahu setiap pemain Kelantan untuk membawa pulang piala keagungan tersebut ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular