KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 31 Januari 2012

Samad Okocha Sertai TRW.


Penyerang berasal dari Ghana, Samad Abdul Awudu atau Samad Okocha dijangka tiba di Kota Bharu esok untuk menyertai The Red Warriors.


Menurut maklumat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, Okocha bakal menyertai latihan pasukan sebelum bersama Obinna Nwaneri beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC.

Pemain yang berumur 27 tahun ini merupakan produk dari kelab Ghana, Hearts of Oaks dan berjaya merangkul kejuaraan dalam Liga Ghana pada tahun pertama bergelar pemain profesional.

pada tahun 2003, dia telah dijual kepada kelab Austria Bundes Liga dan beraksi beberapa perlawanan sebelum dilepaskan kepada FC Senec untuk semusim.

Selepas itu, Okocha berhijrah ke Liga Israel selama beberapa tahun dan kelab terakhir dia disana ialah Hapoel Ramat Gan.

Beraksi di posisi serangan, dia turut pernah mewakil Ghana pada usia 17 tahun dalam kejohanan peringkat dunia.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Samad Abdul Awudu Okocha melakar 58 gol untuk tujuh pasukan berbeza.

Dengan kehadiran Okocha, pihak pengurusan Kelantan berharap dia mampu menunjukkan aksi terbaik untuk memperbaiki penyudah tumpul di bahagian serangan pasukan Kijang.

Kelantan Tukar Pemain Import?


Tempoh perpindahan terbaru yang diberikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pihak pengurusan Kelantan menukar dua pemain yang telah didaftarkan sebelum ini.


Menurut maklumat yang disampaikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di laman Facebook, dua pemain tersebut iaitu Ghaddar dan Antwi kekal dengan The Red Warriors hanya untuk Piala AFC.

Biarpun kedua-dua pemain tersebut memberi beberapa sumbangan kepada pasukan Kelantan termasuklah empat jaringan gol tetapi ia tidak memuaskan hati menyebabkan pihak pengurusan mengambil keputusan mengeluarkan mereka dari skuad yang bersaing di Liga Super.

Ini bermakna, pihak KAFA sudah berkira-kira untuk menukar dua pemain tersebut dengan beberapa calon termasuklah seorang pemain import pertahanan Nigeria yang telah ditandatangani pagi tadi.

Obinna Import Terbaru Kelantan 2012.

Obinna Nwaneiri menjadi import seterusnya diambil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk memperkasakan Sang Kijang dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2012.



Bekas pertahanan skuad negara Nigeria tersebut lulus ujian perubatan yang dijalankan dan akan menyertai latihan The Red Warriors dalam masa terdekat.

Obinna yang bermain di posisi pertahanan dikhabarkan teruja menyertai Kelantan dan bertekad menggunakan segala pengalaman yang dimiliki ketika bermain di pentas antarabangsa untuk menguatkan pasukan terbarunya.

Dia dijangka akan menyertai perlawanan kompetetif pertama dengan The Red Warriors pada pertemuan persahabatan menentang Harimau Malaya di Bukit Jalil, Rabu depan.

Isnin, 30 Januari 2012

Harimau Malaya Lawan TRW, Tiket RM10.


Perlawanan persahabatan diantara Harimau Malaya dan Kelantan The Red Warriors di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dikenakan bayaran tiket.


Menurut info yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook miliknya, tiket RM10 akan dikenakan kepada setiap penyokong yang hadir ke stadium pada hari perlawanan.

Perlawanan akan diadakan pada Hari Rabu, 1 Februari 2012.

Semua penyokong Kelantan yang berkesempatan hadir dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan yang bertanding.

Mohammadou Ke TRW 2012?


Bekas pemain import, Mohammadou Mustapha telah menghubungi pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk kembali menyertai The Red Warriors musim ini.


Menurut sumber rapat kepada RedsfcNews, ejen kepada Mohammadou telah berada di Kota Bharu untuk bertemu dengan KAFA.

Perbincangan mungkin telah dilakukan dan jika tiada masalah mungkin Mohammadou akan menyertai perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura, bulan depan.

Sementara itu, berdasarkan perbualan Mohammadou dan beberapa penyokong Kelantan di laman Facebook, kelihatan pemain ini jelas cuba kembali ke pangkuan pasukan apabila mengatakan telah menghubungi Tan Sri Annuar Musa.


Segalanya masih awal dan kita menantikan pengesahan daripada KAFA akan status bekas pemain import yang pernah mencipta fenomena kepada seluruh penyokong setia Sang Kijang pada satu ketika dahulu.

sumber:redsfc news

Ahad, 29 Januari 2012

Harimau Malaya Jemput TRW?


Datuk K. Rajagobal dikhabarkan telah menghantar satu permintaan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjemput The Red Warriors beraksi dalam satu perlawanan persahabatan dalam masa terdekat melawan Harimau Malaya.


Menurut sumber kepada , pengendali skuad negara tersebut telah menyatakan kepada Presiden KAFA untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut di Kuala Lumpur.

Segalanya masih dibincangkan dan keputusan masih belum diberi sama ada KAFA akan menerima pelawaan ketua jurulatih Malaysia itu.

Tunggu pengesahan dan makluman daripada pihak KAFA untuk pengesahan rasmi, jelasnya. -RedsfcNews-

KL Bukan Ukuran Kekuatan Keseluruhan - TSAM.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu semua pemain Kelantan menampilkan aksi yang lebih baik pada perlawanan selepas ini.


Sewaktu ditemui , beliau mengatakan Kuala Lumpur bukan tandingan The Red Warriors dan keputusan perlawanan tidak boleh dijadikan ukuran kepada kekuatan keseluruhan pasukan.

Beliau berharap pemain akan menyajikan sesuatu yang berbeza selepas ini kerana lawan yang bakal dihadapi merupakan pasukan pencabar terdekat.

KAFA tidak mahu para pemain leka dan tercicir mata sewaktu melawan pasukan yang sedang mengintai ruang untuk menewaskan Kelantan seterusnya merampas kedudukan carta pertama Liga Super. -RedsfcNews-

Ulasan Perlawanan : KL Bukan Tandingan Kelantan.


The Red Warriors mudah menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Bermain dihadapan hampir 25 000 penyokong setia, Kelantan menguasai sepenuh masa perlawanan untuk melakar tiga jaringan pada babak kedua.

Permulaan babak pertama menunjukkan penguasaan penuh Sang Kijang apabila melancarkan serangan bertali arus bermula dengan percubaan deras Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur pada minit ke-8.

Berselang dua minit, giliran Shakir Shaari melakukan percubaan dari jarak 25 meter tetapi melewati palang gol.

Seminit kemudian, sentuhan penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar diselamatkan Ahmad Dashila diatas garisan.

Tidak sampai seminit selepas itu, Mohamad Ghaddar terus mengsia-siakan peluang terhidang apabila dua percubaan hasil umpanan Norshahrul Idlan Talaha tidak menepati sasaran biarpun hanya perlu perlu menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur yang sekali sekala melakukan gerakan menyaksikan percubaan S. Sivaraj pada minit ke-16 jauh tersasar.

Pada minit ke-24, Mohamad Ghaddar yang menerima umpanan dari bawah melakukan larian solo sebelum melepaskan satu percubaan kencang tepat ke dakapan Mohamad Amirul.



Keghairahan tuan rumah melakukan serangan hampir membawa padah pada minit ke-30 selepas tampanan Muhd Afiq hasil hantaran lintang Hishamudin terkena tiang biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.

Menyedari pasukan pelawat mula bangkit menyerap asakan, barisan serangan Kelantan pantas mengandakan asakan dan satu percubaan Mohd Badri Radzi pada minit ke-36 hasil sepakan percuma mudah ditepis keluar penjaga gol pelawat.

The Red Warriors sepatutnya sudah didepan pada minit ke38 namun Ghaddar gagal menewaskan Amirul biarpun mempunyai ruang yang cukup luar menggegar jaring.

Sepakan libas Indra Putra Mahayuddin dari luar kotak penalti pada minit ke-42 pula sekadar menggegar tiang untuk menamatkan separuh masa pertama tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak menunggu lama melakukan jaringan apabila bermula daripada gerakan Aziz Ismail kepada Indra Putra, penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha bingkas melompat tinggi untuk menanduk masuk gol pertama tuan rumah.

Gol pertama menyemarakkan semangat pemain Kelantan memburu jaringan seterusnya dimana Shakir Shaari menyaksikan percubaan dari luar kotak penalti mudah ditangkap kemas penjaga gol Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan sepakan lencong Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-55 turut mudah dikawal penjaga gol pelawat.

Walaupun seringkali menerima serangan Sang Kijang, skuad muda Kuala Lumpur tidak mudah menyerah kalah apabila gerakan yang bermula dari kawasan tengah pada minit ke-65 membuka ruang kepada Muhd Nur Hakim melepaskan sepakan kencang dari jarak dekat tetapi Khairul Fahmi lebih bersedia menepis keluar.

Tandukan Muhd Afiq dari dalam kotak penalti seminit kemudian turut berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Menyedari Kelantan memerlukan lebih jaringan, Peter James Butler melakukan pertukaran pertama memasukkan Danny Antwi untuk mengantikan Mohamad Ghaddar.

Kemasukan Antwi memberi impak segera apabila gerakan yang dilakukan pemain ini menyebabkan pertahanan Kuala Lumpur melakukan kesilapan membolehkan pasukan Kelantan mendapat sepakan percuma diatas garisan penalti.

Mohd Badri Radzi yang mengambil sepakan, melencongkan bola ke penjuru kiri pintu gol Kuala Lumpur untuk jaringan kedua Kelantan pada minit ke-72.

Minit ke-77, penjaga gol Kuala Lumpur, Mohamad Amirul tertewas kali ketiga selepas hantaran dari Aziz Ismail digunakan Antwi untuk melepaskan sepakan leret terus menerjah jaring.

Jaringan ketiga menyentap semangat melawan pasukan pelawat dan memberikan penguasaan penuh kepada Kelantan tetapi gagal menambah jaringan.

Tambahan masa tiga minit tidak membawa sebarang erti sebelum perlawanan ditamatkan secara rasmi dengan The Red Warriors kekal di tangga teratas Liga Super untuk minggu kedua berturut-turut.

Kesebelasan Pemain:

Kelantan : Peter James Butler
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Aziz Ismail, Norfarhan Mohamed (Nurul Azwan Roya), Shakir Shaari, Mohd Badri Radzi (Kp), Norshahrul Idlan Talaha (Ramzul Zahini Adenan) dan Mohamad Ghaddar (Denny Antwi).

Kuala Lumpur : Razip Ismail
Muhamad Amirul (Gk), Hishamudin, Ahmad Jihad, Mohd Shafiq (Muhd Hazwan), Muhd Afiq, Mohamad Aslam Haja (Kp), S. Sivaraj (Fazuan Abdullah), Muhd Nur Hakim, Ahmad Dashila, Muhd Syafwan (Anuar Shafie) dan Aiman Syazwan.

Pemain Terbaik Perlawanan Pilihan : Mohd Badri Radzi.

Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 3-0 Kuala Lumpur

Sepakan Sudut
Kelantan 12-3 Kuala Lumpur

Offside
Kelantan 6-2 Kuala Lumpur

Kad Kuning/Merah
Kelantan 1/0-3/0 Kuala Lumpur

Posisi Bola (%)
Kelantan 65-35 Kuala Lumpur

Sabtu, 28 Januari 2012

Prebiu Perlawanan Liga Super 2012 : Kelantan mln Kuala Lumpur.


Selepas bercuti seminggu dari saingan Liga Super, Kelantan turun perlawanan kelima menanti kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Kelantan yang bermain selaku tuan rumah mempunyai misi mengutip tiga mata disamping melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan berbanding anak buah Razip Ismail pasti tidak rela kempunan mencari sekurang-kurangnya satu mata bonus.

Atas kertas, Kelantan menjadi pilihan utama memenangi perlawanan kerana biarpun tidak mudah selagi wisel permulaan serta penamat tidak dibunyikan tetapi tetap satu tugasan antara yang termudah buat Peter James Butler selepas melihat pada aksi dan senarai pemain skuad Ibu Kota pada saingan kali ini.

Dalam beberapa perlawanan terakhir, Sang Kijang berjaya menampilkan aksi sederhana namun mampu mengutip mata penuh berbanding skuad muda Kuala Lumpur yang masih tercari-cari rentak setelah kehilangan ramai tonggak utama kepada pasukan lain.

Kedudukan The Red Warriors di carta nombor satu mungkin akan memberi sedikit tekanan kepada Butler untuk mencapai keputusan mata penuh seterusnya mengekalkan tempat di kedudukan teratas berbanding pelawat yang mungkin hadir dengan status "underdog".

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kota Bharu, Kelantan menang dua gol tanpa balas manakala rekod pertemuan keseluruhan sejak 2010 pula menyaksikan Sang Kijang turut menang kesemua perlawanan sama ada di arena sendiri ataupun bertandang ke tempat lawan.

Namun, setiap perlawanan dari tahun ke tahun kekal berbeza dengan Kelantan dan Kuala Lumpur bakal meneruskan persaingan untuk merebut tiga mata yang diperuntukkan dan aksi 90 minit menjadi penentu sama ada The Red Warriors dapat kutip tiga mata atau The City Boys mampu pulang dengan mata penuh.

Formasi dan Taktikal.

Peter Butler meredakan sedikit tekanan dalam mengatur senarai pemain kesebelasan utama dan taktikal perlawanan selepas menumpaskan Kedah secara menyeluruh pada perlawanan terakhir tempoh hari. Pada kali ini, dijangka tiada perubahan besar-besaran akan dilakukan beliau untuk mengekang pasukan pelawat dimana formasi 4-4-2 terus dikekalkan selain kesemua pemain tonggak dikhabarkan bebas dari masalah kecederaan dan sedang siap siaga untuk diturunkan.

Razip Ismail pula menghadapi laluan berliku kerana memerlukan pemerhatian lebih pada senarai pemain bagi mengukuhkan formasi yang akan cuba diterapkan kepada pemain. Dijangka beliau akan mengekalkan formasi 4-4-2 serta senarai pemain yang berjaya mengutip satu mata dengan PKNS tempoh hari di tempat sendiri.

Kesebelasan Jangkaan.

Kelantan

Bagi posisi nombor satu pasukan masih lagi diselebungi kontroversi antara Khairul Fahmi dengan pasukan negara menyebabkan status pemain ini masih lagi misteri sama ada dapat diturunkan pada perlawanan malam esok. Jika tidak, tugasan tersebut mungkin terpaksa diberikan kepada Syazwan ataupun Shahrizan Ismail untuk menggalas tempat mengawal kubu dari dibolosi pasukan pelawat.

Jentera pertahanan pasukan, tiada perubahan ketara dijangka kerana S. Subramaniam, Farisham, Daudsu dan Aziz kekal cergas untuk diturunkan. Jika ada perubahan mungkin berlaku di tempat pertahanan kiri dimana Zairul Fitree sudah kembali ke pangkuan pasukan selepas lama berehat ekoran masalah kecederaan panjang. Selain Zairul, tiada apa yang boleh diharapkan kepada pemain pertahanan lain kerana Azizi dikhabarkan tidak bersama skuad akibat tidak cergas manakala Zamri Ramli, Nik Shahrul Azim dan Rizal Fahmi seperti biasa memanaskan bangku simpanan sehingga dipanggil masuk pada babak kedua.

Bahagian tengah pula mungkin akan berlaku satu atau dua pertukaran dimana nama pemain simpanan seperti Nurul Azwan, S. Chanturu ataupun juga Khairul Izuan Rosli kemungkinan besar akan diselitkan dalam senarai kesebelasan pemain. Jika tidak berlaku pertukaran, nama seperti Badri Radzi (ketua pasukan), Shakir serta dua pemain sayap, Indra dan Norfarhan bakal kekal tidak tergugat. Itupun jika formasi 4-4-2 dikekalkan ataupun mungkin juga Butler akan cuba menerapkan posisi menyerang dengan meletakkan tiga penyerang dan tiga pemain tengah menyebabkan satu nama dari barisan pemain diatas bakal tercicir dari skuad utama.

Posisi penyerang, dijangka Norshahrul Idlan tidak direhatkan dengan gandingan pemain ini mungkin diberikan kepada Danny Antwi. Pemain import Kelantan tersebut sudah membuktikan prestasi cemerlang dengan kerajinan mengejar bola dapat membantu pasukan melakukan jaringan disaat tertekan menerima asakan lawan. Malah, jaringan pertama melalui bola padang selain "assist" cantik di Kedah tempoh hari mungkin memberikan Butler sedikit keyakinan untuk meletakkan Antwi dalam kesebelasan utama. Ghaddar mungkin bermula di bangku simpanan buat kali kedua dari lima pertemuan.

Kuala Lumpur.

The City Boys kehilangan penjaga gol utama mereka kepada Selangor memaksa mereka menggunakan pemain sedia ada untuk diletakkan di posisi permulaan. Dijangka Rozaimee Rohim dikekalkan selepas menampilkan aksi konsisten dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Bahagian pertahanan, mujurlah mereka dapat mempertaruhkan kelibat beberapa pemain yang berpengalaman di kejohanan tertinggi. Nama seperti Ahmad Jihad, Aslam Najmudeen (Ketua pasukan), Ahmad Dashila serta Aiman Syazwan yang diturunkan dalam beberapa perlawanan terakhir turut mungkin dipanggil Razip untuk memperkuatkan pasukan. Tetapi, dengan bertandang ke Kota Bharu melawan Sang Kijang mungkin tidak memberikan banyak pilihan kepada pengendali tersebut untuk menurunkan pemain simpanan dalam kesebelasan utama.

Jentera tengah pula, Syafiq Johari dijangka dikekalkan dan mungkin akan membentuk gandingan dengan pemain seperti S. Sivaraj di sebelah sayap kanan. Pemain pinjaman dari Felda, Azrul Azmi mungkin diturunkan dalam perlawanan pada malam esok di bahagian tengah selepas prestasi Khairulannuar Jamil gagal memberi impak berkesan pada corak taktikal jurulatih. Seorang lagi pemain kemungkinan besar menjadi milik Hishamudin Othman biarpun posisi asal pemain ini tempat pertahanan.

Posisi serangan, gandingan dua penyerang muda akan terus digunakan oleh Razip dan dia yakin dua pemain ini mampu menyerlah seperti mana dilakukan ketika melawan Lions dan PKNS. Kecemerlangan Syafwan Shahlan serta Afiq Azmi begitu ditagih untuk sekurang-kurangnya membuka peluang kepada pemain lain melakukan jaringan di Kota Bharu.

Pemain Tumpuan Perlawanan

Kelantan : Antwi -- Norshahrul Idlan -- S.Subramaniam
Kuala Lumpur : Syafwan Shahlan -- Afiq Azmi -- Syafiq Johari

Jumaat, 27 Januari 2012

Komunikasi punca 'ponteng'


KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi  latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.
KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.

Apek enggan ulas isu 'gagal hadir' elak cetus kontroversi baru


MASALAH komunikasi dikaitkan sebagai punca penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat gagal hadir untuk latihan pusat hari pertama bersama skuad Harimau Muda, kelmarin.
Tanpa mahu memanjangkan isu itu, pemain berkenaan yang dikenali Apek tidak mahu memberi sebarang komen melainkan menyerahkan jalan penyelesaian kepada pihak pengurusan skuad Kelantan.

Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku. - Annuar Musa, Presiden KAFA

“Memang saya tahu dan perlu lapor diri bersama skuad Olimpik tapi saya tidak mahu komen mengenai hal ini bagi mengelakkan timbul masalah baru. Saya serahkan hal ini kepada pihak pengurusan memberi penjelasan dan membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi semalam menjelaskan betapa wujud sedikit masalah komunikasi yang berlaku menyebabkan masalah ini timbul.

“Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku,” katanya.

Apek yang juga penjaga gol nombor satu Kelantan musim ini dikatakan ‘ponteng’ pada sesi latihan pertama skuad Olimpik di Wisma FAM, petang kelmarin.

Malah jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee sendiri menjelaskan dia masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Apek dan KAFA berhubung kegagalan penjaga gol itu untuk melaporkan diri pada latihan pertama skuad Olimpik.

Komunikasi punca 'ponteng'

KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi  latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.
KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.

Apek enggan ulas isu 'gagal hadir' elak cetus kontroversi baru


MASALAH komunikasi dikaitkan sebagai punca penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat gagal hadir untuk latihan pusat hari pertama bersama skuad Harimau Muda, kelmarin.
Tanpa mahu memanjangkan isu itu, pemain berkenaan yang dikenali Apek tidak mahu memberi sebarang komen melainkan menyerahkan jalan penyelesaian kepada pihak pengurusan skuad Kelantan.

Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku. - Annuar Musa, Presiden KAFA

“Memang saya tahu dan perlu lapor diri bersama skuad Olimpik tapi saya tidak mahu komen mengenai hal ini bagi mengelakkan timbul masalah baru. Saya serahkan hal ini kepada pihak pengurusan memberi penjelasan dan membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi semalam menjelaskan betapa wujud sedikit masalah komunikasi yang berlaku menyebabkan masalah ini timbul.

“Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku,” katanya.

Apek yang juga penjaga gol nombor satu Kelantan musim ini dikatakan ‘ponteng’ pada sesi latihan pertama skuad Olimpik di Wisma FAM, petang kelmarin.

Malah jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee sendiri menjelaskan dia masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Apek dan KAFA berhubung kegagalan penjaga gol itu untuk melaporkan diri pada latihan pertama skuad Olimpik.

KL Pinjam Okine, Zakaria.


Dua pemain import Kelantan, Emmanuel Okine dan Zakaria Charara akan dipinjamkan kepada Kuala Lumpur sehingga tamat saingan Liga Malaysia 2012.


Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dihubungi , dua pemain tersebut akan mula menyarung jersi skuad Ibu Kota pada awal Februari nanti.

Pihak pengurusan KLFA juga akan membayar sepenuhnya gaji dua pemain ini, jelas sumber itu lagi.

Dengan pemergian dua pemain import ini ke Kuala Lumpur, pihak KAFA akan melakukan ujian baru untuk mencari dua pemain import lain yang akan mengantikan mereka berdua.

International Club Friendly : Main di Kota Bharu.


Perlawanan persahabatan antarabangsa dan majlis memperkenalkan jersi Piala AFC akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, 4 Februari depan.


Menurut sumber KAFA, perlawanan yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur seperti yang diumumkan sebelum ini terpaksa diubah ke Kota Bharu.

Masa dan tarikh perlawanan tidak akan berubah.

Pada perlawanan tersebut, tiket berharga RM30 bagi tempat duduk astaka utama, RM20 untuk astaka batu dan RM12 (terbuka) serta RM5 (kanak-kanak)

MR Potato Penaja Terbaru TRW.


MR Potato menjadi penaja terbaru The Red Warriors pada musim terbaru Liga Malaysia dan Piala AFC 2012.


Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepada kelatebola, syarikat pengeluar makanan ringan tersebut telah menyatakan persetujuan untuk menaja pasukan pada musim ini.

Jumlah tajaan tidak dinyatakan tetapi kemungkinan mencecah enam angka.

Dengan penajaan dari Mr Potato, Kelantan kini mempunyai hampir 10 syarikat yang menaja pasukan termasuklah Happy, Al Jabbar, Al Hamra, RW Enegy, Sinar dan lain-lain lagi.

Khamis, 26 Januari 2012

KAFA Cari Dua Pemain Import?


Sumber daripada rakan RedsfcNews mengatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencari dua lagi pemain import untuk diserapkan ke dalam The Red Warriors.


Menurut Nik Sallehudin, Sang Kijang kemungkinan akan mencuba salah seorang pemain berasal dari Brazil tidak lama lagi.

Selain itu, dua pemain import yang telah ditandatangani Kelantan ketika ini iaitu Emmanuel Okine dan Zakaria Charara pula kemungkinan besar bakal dipinjamkan kepada Kuala Lumpur bermula awal Februari nanti.

Katanya, KAFA terpaksa mencari pemain import lain untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan panjang Liga Malaysia dan Piala AFC sebelum tarikh turut perpindahan kedua ditutup secara rasminya, bulan depan.

Zairul Kembali.


Pertahanan kiri Kelantan, Zairul Fitree Ishak kembali menyertai pasukan setelah lama tersisih ekoran masalah kecederaan lutut.


Pada perlawanan persahabatan menentang skuad Presiden di Kota Bharu, petang tadi, Zairul diturunkan sepenuh masa oleh ketua jurulatih dalam kesebelasan pemain.

Dia bermain baik untuk mengekang asakan daripada pemain Piala Presiden Kelantan tetapi masih lagi memerlukan tambahan kecergasan untuk beraksi dalam perlawanan kompetetif.

Sebelum ini, Zairul merupakan tonggak utama pasukan tetapi mula diketepikan selepas ditimpa kecederaan serius memberikan Aziz Ismail mendapat peluang cukup luas merampas posisinya.

Dengan kembalinya dari kecederaan, Peter James Butler mempunyai banyak pilihan pemain untuk dimasukkan di barisan pertahanan pasukan Kelantan

TRW Mudah Atasi Skuad Presiden Kelantan.


The Red Warriors mudah menewaskan skuad Piala Presiden Kelantan 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang tadi.


Kelantan yang menurunkan kesebelasan pemain simpanan, pada babak awal perlawanan bagaimanapun lebih dikuasai President Warriors dimana gerakan yang dilancarkan melalui Norsyahrul Hawari, Aris Zaidi dan Shahiran Mohd Zain hampir menjelmakan jaringan pada saat ke-45.

Skuad muda bimbingan Hashim Mustapha sekali lagi mengasak, kali ini melalui rembatan deras Shahiran dari luar kotak penalti tetapi gagal menewaskan Fakhrudin di pintu gol pada minit ke-22.

Seminit kemudian, Nurul Azwan Roya berjaya melepasi kawalan dua pertahanan tetapi sepakan dari jarak dekat tepat ke dakapan penjaga gol President Warriors.

Kelantan bagaimanapun berjaya melakukan jaringan pertama pada minit ke-28 selepas gerakan satu dua Denny Antwi disudahkan dengan rembatan leret Khairul Izuan Rosli.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan melakukan beberapa lagi serangan merbahaya dan hasilnya, Denny Antwi bijak melepasi perangkap offside sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan sama sekali penjaga gol Presiden, Mohamad Ramdhan pada minit ke-38 untuk gol kedua.

Bersambung babak, Kelantan melakukan satu pertukaran memasukkan Emmanuel Okine bagi mengantikan Zakaria Charara yang dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi setaraf pemain import.

Kemasukan Okine memberikan The Red Warriors sedikit suntikan untuk melancarkan serangan dari kawasan tengah namun gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Pada minit ke-68, Khairul Izuan Rosli bijak merampas bola dari kaki pertahanan sebelum melakukan rembatan tetapi penjaga gol gantian President, Judtanna lebih bersedia menepis keluar.

Tidak lama kemdian, giliran S. Chanturu melakukan percubaan namun melambung tinggi keluar dari kawasan perlawanan.

Tanpa disangka, Kelantan akhirnya berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83 melalui Antwi selepas penyerang import tersebut pantas menggunakan kesilapan awal barisan pertahanan Skuad Presiden untuk menggelecek empat pemain sebelum menolak masuk ke gawang yang terbuka luas.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan memperlahankan rentak untuk keputusan penuh Kelantan menang tiga jaringan tanpa balas.

Kesebelasan Utama:

Kelantan : Fakhrudin Husin (Gk) (Shahrizan Ismail), Zamri Ramli, Rizal Fahmi, Zairul Fitree, Nik Shahrul Azim, Zakaria Charara (Emmanuel Okine), Khairul Izuan Rosli, Nurul Azwan Roya, S. Chanturu, Ramzul Zahini dan Denny Antwi.

President Warriors : Ramdhan Abd Hamid (Gk) (Judtanna Eh Put), Norsyahrul Hawari, Mohamad Asif, Shahiran Md Zain, Aris Zaidi, Faizol Nazlin Sayuti, Muhammad Firdaus

Rabu, 25 Januari 2012

Scoreboard Bakal Dinaikkan.


Selepas melalui pelbagai kritikan dan percanggahan pendapat daripada Kerajaan Negeri dan KAFA, penyokong setia The Red Warriors akhirnya dapat melihat "scoreboard" elektronik dipasang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, tidak lama lagi.


Menurut maklumat yang disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa, iklan terbuka untuk membekal dan memasang papan tanda tersebut akan dimuatkan dalam beberapa akhbar utama negara oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

Beliau turut menyeru kepada sesiapa yang berkelayakan dalam pembinaan boleh menyertai tender terbuka untuk mendapatkan projek pemasangan "scoreboard" itu.

Projek pemasangan dijangka akan dimulakan seberapa segera dan dijangka siap sepenuhnya beberapa bulan dari sekarang.

Sebelum ini, RedsfcNews telah melaporkan pihak Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju untuk membina papan tanda jaringan itu dengan peruntukan sendiri (link) dan dijangka siap pada Mac 2012

Reka Bentuk Stadium Baru - TSAM.


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengemukakan reka bentuk stadium yang bakal dibina di Bandar Baru, Tunjong.


Menurut Tan Sri Annuar Musa dalam laman Facebook peribadi, beliau telah menemui dan berbincang dengan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memohon pembinaan stadium terbaru tersebut.


Annuar turut memohon kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan negeri Kelantan sebagai tempat Persada Bola Sepak Negara yang memenuhi aspirasi rakyat untuk prasarana sukan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri dibawah pimpian Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat turut telah menyatakan persetujuan untuk membina stadium di Bukit Merbau tetapi tidak dipersetujui oleh pimpinan KAFA

Di Mana FAM?


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan keras akan tindakan tidak profesional yang telah dilakukan dua pemain Kedah keatas penyerang Kelantan dalam pertarungan Liga Super 2012, baru-baru ini.


Bagi penulis, selaku badan induk yang menguruskan sukan bola sepak negara, FAM tidak seharusnya berdiam diri dengan insiden yang berlaku.

Tidak mungkin persatuan tersebut tidak mempunyai bukti untuk mendakwa dua pemain Kedah tersebut sedangkan seluruh negara dapat menyaksikan tindakan yang telah dilakukan oleh mereka dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena.

FAM perlu memberi hukuman keras seperti mana yang telah dilakukan oleh FA England kepada pemain Manchester City yang telah dijatuhkan hukuman pengantungan ekoran sikap tidak profesional kepada pemain Spurs.

Itu contoh terdekat dan terbaru yang perlu diambil kira FAM ataupun bakal terus dilabel "BURUK" dimata peminat kerana tidak menjalankan kerja dengan cepat dan pantas jika melibatkan kes yang tidak mendapat tekanan pihak atasan.

Jangan kerana sikap sambil lewa merencatkan terus perjalanan bola sepak negara yang kini dilihat pada tahap paling bawah disebabkan keputusan yang seringkali tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kepala sesetengah pihak.

FAM juga diminta jangan menjadikan sukan kegemaran nombor satu rakyat Malaysia seperti perjalanan sebuah pertandingan bertaraf amatur. Jangan rosakkan suasana Liga Malaysia yang kini semakin mendapat tempat dihati peminat


sumber:redsfc news

Isnin, 23 Januari 2012

Jadual Perlawanan Piala Presiden Kelantan 2012.


Berikut adalah jadual penuh perlawanan pasukan President Warriors dalam kancah Piala Presiden 2012 yang dikeluarkan oleh Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelantan diletakkan dalam Kumpulan A bakal turun selaku juara bertahan dan akan memulakan perlawanan pertama pada 6 Februari manakala pasukan sekumpulan lain akan memulakan saingan pada 2 Februari.

Semua perlawanan melibatkan Kelantan bermula pada jam 4.45 petang kecuali di Sabah yang akan dimulakan pada 4.15 petang.

President Warriors menggunakan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu selaku gelanggang rasmi pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Jadual yang dikeluarkan adalah tertakluk pada perubahan dan pindaan melihat pada keadaan semasa.

Pusingan Pertama


Pusingan Kedua




sumber:redsfc news

Ahad, 22 Januari 2012

TSAM Belum Puas Hati.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum berpuas hati dengan tahap dan corak persembahan pemain The Red Warriors selepas empat perlawanan Liga Super 2012.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, pemain Kelantan masih lagi perlu meningkatkan keserasian, kerjasama berpasukan dan penguasaan bola pada perlawanan selepas ini.

Walaupun begitu, Annuar tetap bersyukur dengan kemenangan besar 3-0 keatas Kedah di Stadium Darul Aman, malam semalam.

Selain itu, Annuar juga mengharapkan pasukan Kelantan terus berwaspada dengan ancaman pencabar terdekat seperti Terengganu, T-Team, Perak dan Felda.

Kelantan menduduki carta teratas Liga Super tetapi kekuatan kita masih belum teruji sepenuhnya selagi belum bertemu pasukan kelompok atasan, jelasnya lagi.

Menyentuh tentang pemain import, beliau berharap kedua-dua pemain (Antwi & Ghaddar) dapat menajamkan lagi sentuhan penyudah didepan gawang dan menunjukkan aksi yang setaraf dengan status.

Cuti Panjang Perlu Dimanfaatkan.


Disebalik kemenangan tiga jaringan tanpa balas keatas Kedah di tempat lawan, prestasi beberapa pemain Kelantan terutamanya kawasan pertahanan masih lagi boleh dipertikaikan.


Apa tidaknya, terdapat banyak kelemahan ketara dapat dilihat apabila sedang mendahului pasukan lawan.

Biarpun tidak melepaskan gol kepada Sang Kenari, ternyata masih ada suatu kekurangan yang perlu diperbaiki pihak pengendali pasukan andai mahu kejayaan sentiasa muncul pada setiap perlawanan.

Antara kelemahan yang paling banyak dikesan ialah kekurangan mental pemain saat menerima serangan daripada pihak lawan serta mudah hilang bola.

Selain itu, para pemain turut mudah hilang fokus sekiranya menerima serangan pantas melalui sebelah tepi menyebabkan benteng pasukan sentiasa cemas dengan asakan.

Tempoh cuti rehat seminggu wajar digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki dengan segera segala kelemahan yang ada kerana selepas ini, perlawanan besar bakal menanti mereka.

Pihak pengurusan juga seharusnya memberikan motivasi berterusan untuk mengekalkan mental pemain pada tahap maksima.

Jika gagal, Terengganu, Selangor dan pencabar terdekat lain akan mengambil ruang yang ada untuk menjatuhkan Sang Kijang dari carta teratas.

Sabtu, 21 Januari 2012

Pemain Kedah Tunjuk Sikap Tidak Profesional.


Sikap tidak profesional yang ditunjukkan dua pemain Kedah pada perlawanan Liga Super 2012 di Stadium Darul Aman menerima kritikan meluas daripada peminat bola sepak tanahair.


Siapa sangka, pemain Kedah yang telah berpengalaman luas dalam sukan bola sepak menunjukkan aksi tidak matang ketika perlawanan disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Sabree Mat Abu tidak asing kepada peminat kerana pernah mewakili skuad negara tetapi tindakan menyepak kaki Mohamed Ghaddar sehingga dilayangkan kad kuning menunjukkan pemain tersebut tidak dapat mengawal tekanan perlawanan.

Begitu juga dengan insiden V. Thirumugan mengambil kesempatan memijak belakang Ghaddar pada penghujung babak juga tidak dapat diterima peminat sukan nombor satu di Malaysia.

Malahan, dua insiden yang dilakukan oleh pemain Kedah tersebut turut mendapat kritikan daripada tetamu jemputan Astro Arena.

Peliknya, pengadil dilihat gagal mengambil tindakan tegas biarpun menyedari insiden tersebut berlaku didepan mata.

Sudah sampai masanya pihak FAM menilai kembali pegawai perlawanan yang diturunkan pada setiap aksi tumpuan bagi mengelakkan sikap tidak profesional seperti yang ditunjukkan Sabree Abu dan V. Thirumugan berlaku lagi pada perlawanan akan datang.Kenapa kalau kelantan lawan pengadil mesti berat sebelah.Adakah FAM benci terhadap skuad kelantan..wallahualam

Antwi Padam Seketika Kritikan Peminat.


Danny Antwi membalas kritikan pedas yang dilontarkan pihak pengurusan dan para peminat apabila menampilkan aksi cemerlang untuk membantu Kelantan menewaskan Kedah dengan tiga jaringan.


Satu jaringan dan satu "assist" kepada Norshahrul Idlan Talaha biarpun dimasukkan pada akhir babak kedua sudah cukup buat pemain import dari Ghana ini untuk meredakan sedikit tekanan.

Sebelum ini, prestasi Antwi menjadi sebutan selepas kegagalan demi kegagalan memberikan aksi dan impak seperti yang diharapkan.

Namun melihat pada prestasi terbaru yang ditunjukkan, Antwi sudah boleh menarik nafas lega buat seketikan tetapi dia masih perlu membuktikan sesuatu pada perlawanan selepas ini.


Diharapkan dia akan terus menampilkan aksi lebih baik bagi membantu Sang Kijang mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Hapus badi Stadium Darul Aman


Mohd. Badhri Radzhi (kanan) tidak mahu pemain Kelantan alpa apabila berdepan Kedah pada pertembungan Liga Super hari ini.


KOTA BHARU - Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badhri Radzhi atau Piya menuntut rakan sepasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi memastikan tiga mata apabila berdepan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman hari ini.

Menurutnya, sebagai penyandang juara Liga Super, Red Warriors tidak boleh tercicir mata sebaliknya perlu konsisten jika mahu mengatasi pendahulu liga, T-Team.

"Kita bertandang ke sana dengan misi yang cukup jelas. Bukan untuk seri, tetapi kemenangan yang kita mahukan. Tidak kira siapa yang diturunkan oleh jurulatih, semua pemain perlu bermain mati-matian bagi memburu tiga mata penuh.

"Saya percaya semua pemain berada dalam situasi yang cukup baik ketika ini, selepas menewaskan Johor FC 2-1 tempoh hari.

"Gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammed Ghaddar dan Indra Putra Mahyuddin yang semakin berbisa menjadi taruhan kami esok (hari ini)," katanya di sini, semalam.

Tambahnya, selain tiga mata, dia mahu rakan-rakan sepasukannya menghapuskan badi kegagalan untuk mencipta kemenangan di stadium berkenaan.

"Rekod pertemuan kami dengan Kedah di Stadium Darul Aman sejak dua musim lalu sentiasa memihak kepada pasukan tuan rumah.

"Jadi saya fikir pertemuan ini merupakan kesempatan terbaik bagi kami untuk menamatkan badi kesukaran mencipta kemenangan di sana," ujarnya.

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah perlawanan hari ini, biarpun Kedah tidak begitu konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

"Kita tahu semangat pemain Kedah sedikit terjejas setelah gagal mencipta kemenangan dan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan lalu. Tapi itu masalah mereka dan saya percaya kita harus lebih waspada dengan kebangkitan pemain Kedah.

"Mereka masih ada Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen dan Amar (Rohidan) yang masih boleh mengimbangi kekuatan pasukan meskipun aksi dua pemain import Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves nyata kurang menjadi setakat ini," ujarnya.

Khamis, 19 Januari 2012

DANNY ANTWI BAKAL DISINGKIR ?


Danny Antwi

Foto : FB Danny Antwi

Pemain import Kelantan berasal dari Ghana yang baru berusia 19 tahun iaitu Danny Antwi dilihat bakal disingkir oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) selepas pemain muda itu gagal menyerlah dalam 3 perlawanan Liga Super sebelum ini.

“Kelantan sebagai pasukan Juara Bertahan kita tidak boleh melihat pasukan Kelantan terjejas kerana prestasi pemain import yang kurang memuaskan dan bukan kita sahaja mempunyai masalah pemain import malah pasukan lain juga” Kata Tan Sri Annuar Musa ketika ditemuramah oleh pihak Astro Arena.

Pendaftaran pemain import yang dibuka semula FAM hingga pertengahan bulan Februari ini dilihat sebagai peluang untuk Kelantan mencari pemain import yang baru dan sasaran baru Kelantan ialah pemain pertahanan berusia 30 tahun yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Nigeria iaitu Obinna Nwaneri.

SENARAI PEMAIN TERPILIH JALANI LATIHAN BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN


FAM telah mengumumkan senarai 26 pelatih yang terpilih untuk menjalani latihan bersama Skuad Kebangsaan bagi perlawanan menentang Arab Saudi & Filipina. Latihan/pemilihan di wisma fam dari 29/1/12 hingga 3/2/12.

KED: Baddrol,Amar
PRK: Nasril
SEL: Bunyamin,Safiq,Asra
N9: Farizal,Shahurain,Mahathevan,Kunalan
Ganu: Hadi Yahya, Manaf,Mazlizam,Ashaari, Faizal Muhammad
KEL: Matyo,Subra,Syazwan Yusuf,Aziz, Shakir
ATM: Aidil,Zaquan,Amiridzwan Taj, Venice Delphi, Azmi Muslim
PKNS: Mohd Fauzan Dzulkifli.

Rabu, 18 Januari 2012

TRW Selepas 3 Perlawanan Liga Super.




Penjaring -
Norshahrul Idlan Talaha (2 gol)
Mohamed Ghaddar (1 Gol)
Indra Putra Mahayuddin (1 Gol)
Mohd Badri Radzi (1 Gol)

Assist -
Norshahrul Idlan Talaha - 2
Indra Putra - 1
Daudsu Jamaludin - 1

Bolos -
Khairul Fahmi Che Mat - 2
Syazwan Yusoff - 1

Kad Kuning -
Mohamed Ghaddar - 1
Syazwan Yusoff - 1
Daudsu Jamaludin - 2
Shakir Shaari - 2
Norshahrul Idlan Talaha - 2

Analisis Pemain







sumber:redsfc news

Mee Mamee Taja TRW?


Berita terkini dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengatakan Mamee Mee mungkin akan menaja The Red Warriors untuk musim ini.


Menurut sumber pasukan, kedua-dua pihak sudah berada di peringkat terakhir perbincangan sebelum mengumumkan secara rasmi penajaan kepada peminat bola sepak di Malaysia.

Setakat ini boleh dikatakan hampir pasti Mee Mamee akan menjadi penaja Kelantan untuk saingan Liga Super dan Piala AFC, jelas sumber itu lagi.

Sementara itu juga, KAFA turut mengadakan beberapa lagi perbincangan dengan pihak korporat dan syarikat tempatan untuk mendapatkan lebih penaja buat The Red Warriors

LIGA SUPER 2012 – KELANTAN TEWASKAN JOHOR FC

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

MATYO WIRA KELANTAN APABILA MENJARINGKAN GOL KEMENANGAN MENEWASKAN JOHOR FC

Kelantan berjaya merampas kedudukan kedua Liga Super 2012 daripada Negeri Sembilan apabila berjaya menewaskan Johor FC 2 – 1 hasil dari jaringan Indraputra Mahyuddin dan Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Kelantan terlebih dahulu menguji gawang Gol Johor FC pada minit ke 10″ selepas tandukan Ghaddar hasil hantaran Badhri Radzi sedikit tersasar.

Minit 14 Kelantan hampir menjaringkan gol hasil percubaan deras Indra Putra namun sekali lagi tersasar.Ghaddar pula membuat penyokong The Red Warriors bersorak pada minit ke 31″ apabila berjaya menggelecek 3 orang pemain Johor FC dan melepaskan rembatan terus namun sedikit tinggi melewati palang gol.

Pada minit ke 29″ Johor FC membuat penyokong Kelantan senyap seketika apabila tandukan Mohd Syazwan pada minit ke 29″ hasil hantaran lintang rakan sepasukan menerjah gawang Khairul Fahmi Che Mat namun gol itu dibatalkan kerana pengadil mengesahkan bola sudah pun keluar dari garisan gol ketika pemain melakukan hantaran lintang.

Babak akhir separuh masa pertama menyaksikan Kelantan hampir hampir menjaringkan gol apabila hantaran Norshahrul Idlan Talaha kepada Ghaddar berjaya dirembat namun Penjaga Gol Johor FC Zamir Selamat cemerlang menepis percubaan pemain yang berasal dari Lubnan itu.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan kedua dua pasukan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua Kelantan tidak menunggu lama untuk melakukan serangan apabila sepakan Norshahrul Idlan Talaha ke gawang Johor FC tersasar pada minit ke 46″.

Minit 51″ Pemain Johor FC berjaya memasuki kotak penalti Kelantan namun sepakan pemain Johor FC agak lemah untuk menghasilkan gol.

Minit 54″ pula sepakan percuma Johor FC berjaya ditumbuk keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat

Minit 55″ Kelantan berjaya memberikan keceriaan kepada lebih 10 ribu penyokong The Red Warriors apabila sepakan Indra putra mahyuddin berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan Zamir Selamat gagal menangkap kemas bola kerana keadaan kelam kabut dalam kotak penalti.

Peluang Eddie Helmi dalam kotak penalti pada minit ke 57″ rembatannya berjaya menewaskan Khairul Fahmi namun Daudsu berjaya menyelamatkan keadaan dengan mengeluarkan bola di atas garisan gol.

Walaubagaimanapun Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 62″ hasil jaringan ketua pasukan Johor FC Khairul Ismail berpunca dari sepakan sudut.

Minit 66″ Johor FC hampir mendahului apabila sepakan Eddie Helmi sekali lagi berjaya menewaskan Khairul Fahmi namun Daudsu cemerlang menggagalkan pemain Johor FC untuk menjaringkan Gol.

Minit 68″ Kelantan mengeluarkan Norfarhan Muhammad dan memasukkan Danny Antwi bagi memantapkan jentera serangan Kelantan yang dilihat sedikit tumpul.

Taktikal Peter Butler dilihat berhasil dengan memasukkan Danny Antwi apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol ke – 2 Kelantan pada minit ke 74″ selepas bijak menyempurnakan peluang hasil hantaran Indraputra Mahyuddin.

Pada minit ke 77″ Kelantan melakukan pertukaran kedua apabila mengeluarkan penyerang import Mohammad Ghaddar dan memasukkan pertahanan iaitu Rizal Fahmi Abd. Rosid.

Selepas itu kedua dua pasukan dilihat seimbang mengatur permainan sehingga tamat waktu perlawanan yang menyaksikan kelantan mengatasi Johor FC dengan jaringan 2 – 1.

Kesebelasan Utama Kelantan : KELANTAN : Apek, Aziz, Daudsu, Subramaniam, Farisham, Shakir, Piya (c), Indra, Farhan, Ghaddar dan Matyo

Selasa, 17 Januari 2012

Preview Liga Super 2012 : Kelantan mln Johor FC.


Kelantan menanti kunjungan kelab dari Selatan, Johor FC dalam perlawanan ketiga saingan Liga Super 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Selepas melalui minggu mengecewakan di gelanggang sendiri, dua pasukan diatas akan bertarung merebut tiga lagi mata yang diperuntukkan untuk mengejar pendahulu carta liga setakat ini.

Sang Kijang pasti mahu memadamkan seketika kritikan yang dilemparkan kepada mereka selepas gagal mengutip tiga mata penuh keatas PKNS manakala pada perlawanan sebelum ini, Johor FC menunjukkan persembahan mantap tetapi gagal mengekang Negeri Sembilan menyaksikan kekalahan pertama di gelanggang sendiri.

Sang Lebah sudah tentu mahu mengambil peluang mencatatkan pungutan mata penuh hasil kecelaruan pasukan tuan rumah disamping dendam K. Devan untuk melihat anak buah terbarunya menumpaskan The Red Warriors di tempat lawan.

Kelantan bagaimanapun semestinya tidak rela lagi keciciran mata sementelah beraksi di gelanggang sendiri dan didepan ribuan penyokong sendiri.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2000, Sang Kijang mencatatkan lima kemenangan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV manakala satu kekalahan dicatatkan sewaktu aksi Kelantan dipindahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menerima hukuman FAM.

Pertemuan semasa turut berpihak kepada Kelantan sama ada saingan Liga Super serta Piala FA dimana mereka menundukkan Johor FC di Kota Bharu dan juga Pasir Gudang.

Namun percaturan taktikal bakal menjadi penentu sama ada musim baru akan berlaku kejutan ataupun masih kekal sama dengan Kelantan terus mengatasi Johor FC kerana kedua-dua pasukan mendapat sentuhan pengendali baru selain penambahan ramai pemain dari luar.


Segalanya dapat disaksikan di arena keramat Sang Kijang, esok.

Taktik dan Formasi



Peter James Butler pasti akan menukar kembali barisan pemain kepada sedia ada selepas menyaksikan beberapa pemain simpanan gagal memberi kesan positif menyebabkan kegagalan mengutip mata penuh keatas PKNS. Dari formasi 4-4-2, kemungkinan perubahan akan dilakukan beliau dengan memasukkan kembali dua tonggak yang direhatkan manakala barisan penyerang pula diberi tanggungjawab lebih berat bagi memastikan jaringan mampu dilakukan seawal mungkin. Jentera tengah turut diharapkan memberi lebih impak dengan gerakan yang mampu memecahkan benteng pelawat selain pemain di benteng diminta berwaspada dari serangan Johor FC.

K. Devan tentu sudah mengambil pengajaran selepas kekalahahan kepada Negeri Sembilan kerana mereka tekun mengikat pemain import menyebabkan pemain lawan lain bebas berkeliaran memburu jaringan. Oleh itu, pertembungan dengan Kelantan menentukan sama ada taktikal yang akan diatur nanti relevan kepada Johor FC untuk merampas mata. Formasi 3-5-2 yang diterapkan mungkin diubah kepada 4-4-2 kerana taktikal menyerang di gelanggang Kelantan memungkinkan benteng mereka menerima tekanan berat dari pasukan tuan rumah. Dua tiga pemain berpengalaman Sang Lebah dijangka memainkan peranan besar bagi memperkuatkan pasukan untuk mengukuhkan formasi cerapan Devan untuk pulang dengan sekurang-kurangnya keputusan positif.

Kesebelasan Jangkaan

Kelantan


Pada pertemuan terdahulu, Khairul Fahmi tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika melawan Singapura Lions memaksa Butler menurunkan Syazwan Yusoff biarpun Shahrizan Ismail sebenarnya lebih berhak beraksi di tempat tersebut. Bagaimanapun, Khairul Fahmi dijangka kembali dalam kesebelasan utama selepas sembuh dari kecederaan manakala Shahrizan terus kekal diletakkan di bangku simpanan.

Jentera pertahanan, berita gembira buat kem Kijang selepas Azizi Mat Rose kembali tersenarai disamping S. Subramaniam. Azizi tidak diturunkan hasil kecederaan pada perlawanan Piala Sumbangsih dijangka akan memainkan lebih peranan bersama Subra yang dikritik hebat segelintir peminat selepas melakukan beberapa kesalahan membenarkan pihak lawan menjaringkan gol. Pada posisi pertahanan kiri dan kanan, Aziz dan Daudsu terus dikekalkan di tempat tersebut kerana buat masa ini, tiada pemain yang dapat bermain dengan baik dan mampu mengantikan mereka.

Posisi tengah pula menyaksikan Mohd Badri Radzi diberi tanggungjawab menggalas tugas selaku ketua pasukan. Norfarhan Mohamed dijangka bermula di kesebelasan utama selepas gagal menempatkan diri dalam dua perlawanan manakala Indra terus diyakini mampu memberikan lebih kepada pasukan bila diturunkan. Satu lagi tempat mungkin akan berlaku perubahan seandainya ketua jurulatih Kelantan mengambil kira prestasi semasa Shakir yang dilihat kurang konsisten. Mungkin berlaku pengantian disini dengan beberapa pemain seperti Azwan Roya ataupun Khairul Izuan mampu menyakinkan Butler bagi mengantikan Shakir. Jika tidak, pemain berjersi nombor lapan tersebut terus diletakkan di "defendsive midfield".

Norshahrul Idlan Talaha terus dikekalkan selaku pemain penyerang dan rakan gandingan penyerang kebangsaan tersebut mungkin menjadi milik Mohamed Ghaddar selepas pemain import Lubnan ini dapat merubah tempo serangan Sang Kijang dalam dua perlawanan lepas. Penyerang gantian mungkin diberikan kepada Danny Antwi manakala Ramzul tidak tersenarai.

Johor FC


Prestasi tidak menentu penjaga gol menjadi masalah besar buat K. Devan. Bagaimanapun, posisi ini dijangka Anis Faron diletakkan selaku pemain terakhir di kubu Johor FC biarpun masih tidak mempamerkan prestasi memberangsangkan pada perlawanan lepas. Zamir Selamat masih belum diyakini untuk diletakkan di posisi pertama biarpun berstatus bekas penjaga gol muda skuad muda kebangsaan.

Benteng pertahanan mereka pula bakal diketuai bekas pemain kebangsaan, Khaironisam Sahabuddin. Pemain ini menampilkan beberapa aksi cemerlang biarpun gagal menghalang Negeri Sembilan membolosi gawang mereka dua kali. Khaironisam dijangka digandingkan K. Devan dengan bekas pertahanan Kedah, Shafizan Hashim. Manakala Khairi Kiman juga terus dikekalkan. Izuan Jarudin yang dimasukkan pada akhir masa pada perlawanan sebelum ini kemungkinan besar dimasukkan ke dalam kesebelasan utama.

Barisan tengah mereka tidak kurang hebatnya. Biarpun mempertaruhkan "orang lama", kudrat mereka ternyata masih menjadi penyumbang besar buat Sang lebah. Eddy Helmi diletakkan di bahagian "center" manakala Mohd Khairul Ismail dijangka dikekalkan status selaku ketua pasukan. Dua lagi tempat kemungkinan pemain yang baru direkrut dari Kedah dan Felda, Azi Shahril serta Ahmad Fauzi Shaari. Namun, Devan tidak pening kepala memilih pemain di posisi ini selepas menerima ramai pemain utama dari luar yang berkemampuan untuk mengisi tempat. Pemain seperti Jas Azrin, Shazwan Zainon dan Ridwan Maon kekal bersiap sedia untuk diturunkan.

Pemain serangan dijangka tiada perubahan dari K. Devan dengan Zambri Chin dan Shahrizal Saad mungkin menjadi pemain yang akan bertindak memecahkan benteng pasukan Kelantan. Johor FC turut memiliki penyerang berkaliber lain seperti Farid Ideris serta Haris Safwan di posisi ini.

Kesebelasan/Posisi Pemain

Khairul Fahmi
Daudsu--Azizi--Subra--Aziz
Norfarhan--Badri (Kp)--Shakir--Indra
Ghaddar--Norshahrul

Zambri--Shahrizal
Khairi (Kp)--Eddy--Azi Shahril--Fauzi
Izuan--Khaironisam--Khairi--Shafizan
Anis Faron

Pemain Tumpuan Perlawanan



sumber:Redsfc News

President Warriors Menang Lagi.


Skuad Piala Presiden Kelantan mencatatkan kemenangan kedua dalam perlawanan persiapan di Lembah Klang apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-1, petang semalam.


Tiga jaringan daripada Aris Zaidi, Shahiran Mohd Zain dan Firdaus Busnayan pada babak kedua memadamkan jaringan pendahuluan yang dilakukan pasukan tuan rumah.

Sementara itu, penolong ketua jurulatih President Warriors, Nafuzi Zain puas hati dengan aksi pemain kerana berjaya mencatatkan dua kemenangan dalam dua perlawanan.

Biarpun kehilangan beberapa tonggak kepada pasukan senior dan skuad muda negara, pemain sedia ada berjaya melakukan tugasan dengan baik sepanjang perlawanan yang dilangsungkan.

Ternyata persiapan yang dilakukan di luar negeri memberi impak baik kepada semua pemain untuk meningkatkan prestasi sebelum sepak mula kejohanan pada 26 Januari nanti.

Skuad muda Kelantan akan melalui dua lagi perlawanan persahabatan selepas ini menentang PKNS (17 Januari) dan SSBJ (18 Januari).

Isnin, 16 Januari 2012

APEK BAKAL JUTAWAN



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.

Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).

Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Catatan Popular