KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 16 Januari 2012

KAFA Lancar Jersi AFC dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa.


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melancarkan jersi Piala AFC The Red Warriors dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab Liga Singapura, Balestier Khalsa FC.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, majlis pelancaran dan perlawanan akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 4 Februari nanti.

Pada perlawanan tersebut, pihak pengurusan turut mengundang dua pemain jemputan dari Nigeria dan Ghana untuk memperkuatkan pasukan bagi menentang kelab dari Singapura tersebut.

Tiket RM10 dikenakan kepada penyokong yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular