KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 6 Januari 2012

Isu Rekaan Terbaru Jersi Malaysia

Dalam sehari dua ini, para pecinta bolasepak Malaysia mula berpolemik mengenai rekaan jersi terbaru skuad negara yang ditaja oleh pengeluar barangan sukan terkenal, Nike. Difahamkan rekaan terbaru mengenai jersi skuad Harimau bakal berubah corak. Namun bukan itu yang menjadi isu yang dikupas, tetapi yang diperkatakan oleh mereka ialah "mengapa perlu dibuang Jalur Gemilang yang dibelakangnnya tertera ayat 'Tanah tumpahnya Darahku' dan digantikan dengan logo FAM?"

Penulis difahamkan ada seorang insan yang mengedarkan rekaan kasar yang dibuatnya sendiri. Ramai yang berkongsi foto tersebut, maka bermacam-macam pendapatlah yang keluar dari buah fikiran para pecinta bolasepak negara. Ok mari kita lihat perbezaan pendapat mengenai isu ini.

Rakyat/Penyokong Malaysia : Kami mahu Jalur Gemilang di jersi Malaysia dan bukannya FAM. Pemain bermain kerana Malaysia! Jika jersi terbaru ini ada Logo FAM, kami tak mahu beli dan pakai jersi terbaru itu. Biar kami pakai jersi keramat AFF Cup 2010. (Majoritinya berkata sedemikian)

Penulis sejujurnya tidak tahu apa pula pendirian FAM dalam hal ini tetapi di fikiran penulis merasakan sudah pastinya FAM mahu logo mereka berada di jersi Malaysia juga kerana mereka yang menguruskan aktiviti skuad bolasepak negara.

Pendapat peribadi penulis pula ialah mereka yang terlibat samaada FAM mahupun pihak Nike boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai hal ini. Penulis juga bersetuju jika jersi skuad kebangsaan Malaysia meniru sedikit rekaan jersi skuad kebangsaan Jepun yang memaparkan bendera negara Jepun dan juga logo Japan FA. Bagaimana untuk meletakkan sususan di atas jersi itu terpulang kepada pencipta rekaan.

Bukankah dengan meniru sedikit corak rekaan jersi Jepun ini dapat memenangkan kedua-dua belah pihak baik untuk FAM mahupun penyokong jika benar desas-desus awal yang mengatakan Jalur Gemilang akan ditukarkan kepada Logo FAM pada jersi skuad Kebangsaan?

Moga sesiapa yang mempunyai kuasa yang berada di Wisma FAM yang terbaca/terdengar pendapat ini dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Jangan biarkan pembaziran berlaku dalam hal ini jika benar hal yang hangat dibincangkan ketika ini benar-benar akan berlaku.

Akan berlaku beberapa pembaziran. Antaranya pihak penaja tidak akan mendapat untung hasil jualan jersi terbaru jika benar penyokong Malaysia tidak mahu membeli jersi yang ada logo FAM. Ingat pihak penaja, rakyat Malaysia telah mencipta satu rekod buat syarikat anda apabila habis stok keluaran pertama jersi AFF Cup 2010 Original dalam tempoh hampir 2 bulan. Bukan mudah untuk melakukan sedemikan di tempat lain.

Apapun kita perlu menunggu sidang media pengenalan jersi terbaru Malaysia yang akan dibuat dalam sesuatu tempoh masa nanti tetapi yang pasti bukanlah terlalu lewat kerana jersi terbaru ini akan digunakan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang dilangsungkan di Malaysia dan Thailand penghujung tahun 2012 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular