KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 11 Januari 2012

Laporan Perlawanan: The Red Warrior Benam Lions XII.

The Red Warriors catat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super apabila membenam cabaran Singapura Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.



Mohamed Ghaddar muncul wira apabila jaringan penalti pada minit ke-81 memberikan kejayaan tiga mata kepada Sang Kijang.

Permulaan babak pertama bagaimanapun seimbang apabila kedua-dua pasukan bermula perlahan.

Pada minit ke-13, Kelantan hampir didepan tetapi percubaan Indra Putra Mahayudin tersasar keluar.

Empat minit kemudian, giliran Singapura Lions XII mengancam kubu Kelantan apabila percubaan Yasir Hanapi sedikit sahaja melewati palang gol.



Selepas percubaan tersebut, tuan rumah terus mengganas apabila melancarkan serangan bertali arus kearah kubu The Red Warriors tetapi barisan pertahanan Kelantan bijak bertahan menyerap asakan.

Sehinggalah pada minit ke-33, hasil serangan balas, Singapura Lions XII menjaringkan gol pertama melalui tandukan Baihakki Khaizan untuk memecahkan kebuntuan.

Gol tersebut menyemarak semangat Sang Singa mengatur gerakan demi gerakan kearah kubu Kelantan tetapi hasilnya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menyempurnakan peluang terhidang didalam kotak penalti untuk gol penyamaan pada minit akhir babak pertama.

Bersambung babak, Singapura Lions XII terlebih dahulu melakukan serangan memaksa pemain Kelantan lebih banyak bertahan di kubu sendiri.



Kelantan hanya kadangkala melakukan serangan balas kearah pintu gol tuan rumah tapi tidak membahayakan kedudukan Izwan Mahbud.

Pada minit ke-81, Kelantan dianugerahkan sepakan penalti dan Mohamed Ghaddar membuktikan status pemain import apabila tenang menyudahkan untuk gol kedua.

Jaringan kedua pelawat menyebabkan tekanan memuncak kepada Singapura Lions XII mencari jaringan penyamaan tetapi kesemua serangan mereka mudah dipatahkan untuk The Red Warriors pulang ceria dengan tiga mata dari seberang tambak

Kesebelasan Pemain

Singapore Lions XII : V. Sundramoorthy
Izwan Mahbud (Gk), Isa Halim (Firdaus Kasman), Baihakki Khaizan, Shahdan Sulaiman, Agu Casmir, Hariss Harun, Shahril Ishak (Kp) (Suffian Anuar), Irwan Shah, Safuwan Baharudin, Juma'at Jantan dan Yasir Hanapi (Khairul Nizam).

Kelantan FA: Peter James Butler
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), Daudsu Jamaludin (Zamri Ramli), S.Subramaniam, Farisham Ismail, Aziz Ismail, Nurul Azwan Roya (Norfarhan Mohamed), Mohd Badri Radzi, Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Mohamed Ghaddar (Danny Antwi) Dan Norshahrul Idlan Talaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular