KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 13 Januari 2012

Lawan PKNS Penting - Tan Sri Annuar Musa.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menggesa pemain The Red Warriors bangkit dari lena untuk menewaskan PKNS Selangor dalam pertembungan kedua Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Perlawanan ini sangat penting kerana ia bukan sahaja aksi pertama berlangsung di gelanggang sendiri malahan pemain wajar menghabiskan dengan catitan kemenangan bagi terus mendaki carta teratas liga.

Para pemain perlu meningkatkan lagi usaha bagi merealisasikan impian besar pihak pengurusan dan para peminat setia.

Kita juga harap semua pemain yang diturunkan dapat mempertingkatkan lagi ketajaman didepan pintu gol untuk membolosi gawang pihak lawan.

Oleh itu, pihak persatuan mahu semua pihak didalam pasukan menganggap setiap perlawanan yang bakal dilalui selepas ini adalah sangat penting dan tidak wajar diambil mudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular