KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 8 Januari 2012

(PIALA SUMBANGSIH) KELANTAN TUMBANG

Effa Owona

Kelantan gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu apabila tewas 2 – 1 kepada pasukan Negeri Sembilan pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Penguasaan 20 minit pertama nyata memihak pasukan Sang Kijang dengan permainan yang teratur hasil gerakan “short pass” dan “long through pass” yang mengucar kacirkan pertahanan Negeri Sembilan.

Minit ke 19″ Norshahrul Idlan Talaha menggembirakan kira kira 30 ribu penyokong Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol menewaskan Farizal Marlias hasil lorongan dari penyerang import Mohamad Ghaddar.

Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 30″ hasil kesilapan S.Subramaniam yang menyepak lemah hantaran bola dan berjaya disambar oleh pemain Negeri Sembilan Shahurain dan bijak melorongkan bola kepada pemain import berbisa Negeri Sembilan Effa Owona kemudian pemain import itu merembat menggunakan kaki kiri terbias terkena pemain Kelantan Farisham dan bola terus masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas itu permainan dilihat sedikit hambar oleh kedua dua pasukan dan tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan 1 – 1 Negeri Sembilan.

Bersambung babak kedua menyaksikan permainan serba tidak menjadi buat pasukan Kelantan yang sentiasa hilang bola mudah dan asakan lebih banyak dilakukan oleh pasukan Negeri Sembilan.

Minit ke 63″ pemain import Negeri Sembilan Effa Owona muncul wira pasukan Negeri Sembilan selepas hantaran pemain negeri sembilan Tengku Qayyum bijak ditanduk masuk oleh Effa Owona menewaskan Khairul Fahmi Che Mat buat kali kedua.

Babak babak akhir permainan Kelantan dilihat tertekan untuk mencari gol penyamaan dan bola tinggi yang tidak menjadi dari para pemain Kelantan berjaya mengecewakan penyokong Kelantan yang hadir.

Tamat perlawanan Negeri Sembilan muncul Juara Sumbangsih 2012 buat kali pertama dengan menewaskan Kelantan 2 – 1.

Kesebelasan Utama Kelantan : Khairul Fahmi, Subramaniam, Azizi (Shahrul Azim), Aziz Ismail ( Zamri Ramli ), Farisham, Farhan, Indra, Shakir, Ghaddar, Antwi ( Piya ) dan Shahrul Idlan Talaha.

Video Gol Kelantan dan Negeri Sembilan (Kredit Sokernet.com).klik link dibawah tunggu 5 saat dan tekan “Skip Ad”

Gol Norshahrul Idlan Talaha

Gol Pertama Negeri Sembilan - Effa Owona

Gol Kedua Negeri Sembilan - Effa Owona

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular