KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 2 Januari 2012

Pra Musim 2012 : Red Warriors Banyak Kelemahan.

Kelantan menghadapi lebih 10 perlawanan pra musim untuk menyiapkan pasukan menepati sasaran empat kejuaraan Liga Malaysia tanpa sebarang kekalahan.


Bermula dengan persembahan cemerlang pada perlawanan yang diatur sejak November bagaimanapun gagal diulangi sehingga penghujung pra musim termasuklah perlawanan sekerat jalan menentang Terengganu, semalam.

Prestasi keseluruhan pemain yang berada dalam senarai pasukan selain kelibat empat pemain import turut dipersoalkan kerana gagal memberikan impak maksima dalam beberapa perlawanan terakhir.

Lebih malang, ketandusan gol terus menganggu perancangan ketua jurulatih untuk menerapkan taktikal menyerang melalui formasi 4-3-3 dan 4-4-2 seperti yang dirancangkan.

Begitu juga dengan barisan pertahanan, biarpun dilihat kebal pada permulaan namun kini mula dilanda sedkit krisis biarpun tidak dilakukan perubahan secara mendadak oleh barisan kejurulatihan pasukan.

Banyak kelemahan yang terpaksa diperbaiki semula sebelum benar-benar dapat memilih kesebelasan terbaik yang mampu menggalas saingan panjang musim depan yang akan bermula kurang dari seminggu dari sekarang.

Peter Butler yang ditemui bagaimanapun tidak gusar dengan prestasi keseluruhan pasukan kerana baginya masih awal untuk memberi tekanan kepada semua pemain.

Pada masa yang sama, beliau juga mahu semua pemain dapat memberikan aksi yang terbaik ataupun berdepan tindakan tegas seperti memanaskan bangku simpanan biarpun berstatus pemain bintang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular