KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 9 Januari 2012

Ringkas: Prestasi Import Mula Dipertikai.

Prestasi pemain import yang direkrut Kelantan dalam saingan Liga Malaysia mula dipertikai ramai penyokong setia The Red Warriors.


Apa tidaknya, aksi longlai dan kegagalan membantu pasukan menjaringkan gol menjadi satu permasalahan besar kepada mereka.

Ramai penyokong mula tidak senang duduk dengan aksi yang ditampil menyebabkan ramai mula mendesak perubahan segera dilakukan Persatuan Bola Sepak (KAFA) selaku badan yang bertanggungjawab menguruskan pasukan.

Menurut kebanyakan penyokong yang ditemui , Kelantan sebenarnya gah pada publisiti namun gagal mengambil langkah bijak mencari pemain import yang benar-benar berkualiti.

Mereka membandingkan dengan pasukan ternama lain biarpun belum menurunkan pemain dalam perlawanan kompetetif tetapi import mereka diyakini kerana mempunyai reputasi hebat di persada antarabangsa.

Para penyokong amat berharap agar KAFA dapat memberikan sedikit amaran kepada pemain import yang disenaraikan untuk memberikan aksi menyerlah atau berdepan tindakan disingkirkan daripada pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular