KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 15 Januari 2012

Kolumnis : Biar Pihak Jurulatih Tentukan.


Mengapa perlu ada campur tangan lain dalam pengurusan pasukan bola sepak Kelantan.


Mengapa perlu ada arahan dari pihak atasan untuk menurunkan pemain-pemain dan penggunaan taktikal.

Mengapa?

Semua perkara diatas berlegar di benak penulis kerana pasukan Kelantan dilihat tidak mampu memberikan aksi sebaik mungkin jika ada pihak berterusan membuat onar mengarah sana sini ibarat tiada jurulatih yang melatih pasukan.

Jurulatih sudah melakukan sedaya terdaya untuk memberikan taktikal dan formasi mantap namun gagal memberi impak kepada permainan.

Senang kita melontarkan kritikan tetapi bukan senang bahu untuk memikul tugasan berat di bahagian kejurulatihan.

Penulis mahu nasihat, biarlah jurulatih menentukan siapa pemain, apa taktikal dan segala benda yang ingin digunakan dalam setiap perlawanan.

Biar dia, bukan orang lain yang tentukan. Yang mengurus terus menguruskan, yang melatih dan membuat strategi pasukan biar diberi ruang melatih serta buat strategi tanpa gangguan.

Jika masih ada campur tangan dalam soal pemilihan pemain dan corak taktikal, jangan bermimpi untuk tidak kalah dan mendakap piala. Bukan semua, satu pun tidak mungkin tercapai oleh pasukan jika perkara ini berterusan.

Silap-silap, jurulatih pula melarikan diri buat kali kedua kerana tekanan dan sikap tidak pro pihak lain yang cuba menganggu gugat gaya yang cuba dipersembahkan.

Bagi penulis sekali lagi, berharap benar selepas ini, perlawanan seterusnya, biarlah segala perkara berkaitan perlawanan diserahkan 100% kepada jurulatih dan jika tetap gagal mencapi kejayaan dalam beberapa perlawanan, barulah jurulatih wajar disalahkan.

Jangan ikut kata pepatah, lempar batu sembunyi tangan. Malu kepada pihak lain yang tidak jemu melihat aksi kita dan membuat perbandingan sama ada baik atau buruk.

Bersikaplah secara profesional

sumber:redsfc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular