KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 5 Januari 2012

Preview Pasukan Liga Super 2012 : Kelantan.

Pasukan: Kelantan.

Pengurus Pasukan: Azman Ibrahim
Ketua Jurulatih: Peter James Butler
Prospek: Juara (Juara Bertahan)


Kelantan musim lepas merupakan juara Piala Sumbangsih, juara liga super, naib juara Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia. Satu pencapaian yang tidak terjangka dan luar dugaan jika dilihat pada prestasi beberapa tahun lepas. Siapa sangka pasukan yang dulu hanya dilabel kelas bawahan mampu menjadi Sang Juara selepas diberi nafas baru oleh Presiden dan barisan Jawatankuasa yang komited pada sukan kegemaran nombor satu rakyat di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Jika dibuat perbandingan pada musim lalu, tiada yang perlu diperbaiki pasukan Kelantan kerana setiap posisi memiliki pemain cukup mantap untuk memberikan kejayaan berterusan buat The Red Warriors. Dengan sejumlah jaringan yang besar serta bolos kedua terendah, pasti semua pihak sudah menjangkakan bahawa itulah pasukan keemasan yang akan terus membawa pelbagai kejayaan kepada gergasi Pantai Timur yang baru.

Kejayaan yang diraih bagaimanapun tidak membuatkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdiam diri, pada musim perpindahan kali ini mereka mengambil tindakan drastik menggugurkan hampir 10 pemain termasuk memberi pinjaman kepada pasukan lain pada musim depan. Sang Kijang juga merupakan antara pasukan yang aktif mencari nama-nama besar untuk diserapkan ke dalam pasukan. Hasilnya, tugas ketua jurulatih kembali diberikan kepada Peter James Butler selepas Datuk M. Karathu tekad melepaskan jawatan. Tiga pemain kontroversi dari T-Team yang mencipta fenomena pula berpatah balik menyertai Kelantan. Namun, sedikit mendukacitakan selepas beberapa pemain lagi yang ingin diikat, pada saat akhir membatalkan hasrat menyarung jersi Kijang menyebabkan persatuan terpaksa mengambil langkah segera dengan merekrut tenaga muda dari skuad Presiden.

Malah, untuk memartabatkan lagi nama negeri di pentas Asia, pihak persatuan juga mengikuti jejak langkah pasukan lain dengan mengumumkan tiga pemain import yang akan menggalas cabaran mereka di pentas AFC seperti Mohamed Ghaddar, Emmanuel Okine dan Denny Antwi manakala seorang lagi iaitu Zakaria Charara masih dalam tempoh percubaan.

Dari segi pra musim, KAFA telah mengatur sejumlah perlawanan menentang kelab dalam dan luar negara demi melihat pasukan yang dibina dapat disiapkan dengan sebaik mungkin Peter James Butler. Biarpun terdapat masalah komunikasi serta teknikal antara tonggak tempatan dan import, mereka masih dapat bermain lancar untuk mencatatkan beberapa kemenangan membanggakan. Biarpun terlucut trofi pertama kepada juara Liga Indonesia, ketua jurulatih The Red Warriors tidak bimbang dengan prestasi pemain malahan bangga melihat tonggak muda dapat beraksi dengan cemerlang apabila digandingkan dengan pemain utama sewaktu diturunkan dalam perlawanan.

Ramalan: Dipercayai Kelantan akan terus mara lebih gagah di peringkat domestik pada musim depan berdasarkan tahap keseriusan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan untuk memperkuatkan pasukan. Dengan rekrut pemain baru, KAFA turut telah mengatur hampir 15 perlawanan persahabatan menentang pasukan dalam dan luar Negara sepanjang pra musim dimana kesemua perlawanan berjaya dihadapi tanpa sebarang masalah kecuali beberapa kelemahan ketara yang masih boleh diperbaiki sebelum sepak mula.

Senarai Pemain

1 : Shahrizan Ismail (Gk)
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okine (Ghana)
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Norshahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indra Putra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu Jamaludin
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi (Ghana)
19 : Khairul Fahmi Che Mat (Gk)
20 : Syazwan Yusof (Gk)
21 : Mohammed Ghaddar (Lebanon)
22 : S.Chanturu
23 : Zairol Fitree Ishak
24 : Azlan Ismail
25 : Khairul Izuan Rosli
26 : Aris Zaidi

Perpindahan Masuk

Syazwan Yusof
Nik Shahrul Azim (Piala Presiden)
Mohd Zamri Ramli (Piala Presiden)
Mohd Khairul Izuan Rosli (Piala Presiden)
Mohd Aris Zaidi (Piala Presiden)
Mohd Fakhrudin Husin (Liga Dun Tumpat)
Azizi Matt Rose (T-Team FC)
Mohd Nor Farhan Muhammad (T-Team FC)
Indra Putra Mahayuddin (T-Team FC)
Emmanuel Okine (Great Olympics)
Denny Antwi (Accra Hearts of Oak SC)
Mohammed Ghaddar (Al-Jaish)
Azlan Ismail (Kedah FA)

Perpindahan Keluar

Norhadi Ubaidillah (Digugurkan)
Syed Adney Syed Hussein (Sabah FA)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Digugurkan)
Khairan Eroza Razali (Pahang FA)
Danial Fadzly Abdullah (ATM FA)
Solehin Kanasian Abdullah (Selangor FA)
Khairan Ezuan Razali (loan Felda United FC)
Wan Zaman Wan Mustapha (loan Perlis FA)
Zul Yusri Che Harun (loan Perlis FA)
Mohd Nizad Ayub (loan Felda United FC)
Muhd Izuan Salahuddin (loan Harimau Muda A)
Muhamad Khalid Jamlus (Digugurkan)
Mohd Halim Napi (Digugurkan)

Pencapaian Musim Lepas

Liga Super - Kedudukan | 1 |
Piala Sumbangsih - Juara
Piala FA - Naib Juara
Piala Malaysia - Suku Akhir
Kemenangan terbesar - Kelantan 6-0 Felda United
Kekalahan terbesar - Perak 4-0 Kelantan
Purata Gol - 2.95

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular