Biarpun kemenangan 4-1 pada malam ini ke atas KL PLUS menerusi jaringan Azizi mat rose, Indraputra, Akmal rizal dan farhan, peluang kelantan untuk menjulang liga super 2010 kian tipis.

Ini kerana pendahulu liga super, Selangor menang tipis ke atas t-team 2-1 dan memberikan mereka 3 mata berharga untuk kekal meneraju liga super dengan berkelebihan 5 mata berbanding kelantan.

Jika kelantan ingin menjulang liga super, selangor harus mencatat dua kekalahan dalam baki dua perlawanan dan kelantan menang 2 baki perlawanan tersebut.

Selangor kini mengumpul 60 mata berbanding kelantan yang mengumpul 55 mata.Selangor hanya perlu seri dengan terengganu di shah alam untuk membolehkan mereka menjulang liga super untuk musim 2010.

Mampukah Kelantan ?