KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 21 Julai 2010

Majlis The Red Warriors Di Ibu Kota Meriah.

emel

Majlis yang serba ringkas ini dilihat gemilang dengan kehadiran ramai tetamu jemputan dan pemain The Red Warriors yang dihidangkan pelbagai menu hidangan ala bufet. Ketika memulakan bicara majlis, Presiden KAFA meluahkan rasa bangganya dapat menjadikan Kelantan sebagai satu fenomena di Malaysia, sewaktu negeri lain masih terkial-kial mencari formula menarik penonton ke stadium. Iltizam beliau sekiranya terpilih menduduki kerusi no. 2 FAM, beliau yakin akan mencipta sejarah baru bolA sepak Malaysia seperti mana yang dihasilkannya di Kelantan. Beliau percaya hanya semangat dari hati yang ikhlas ingin melihat sebuah kejayaan bolasepak Malaysia yang mampu merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Kelesuan bolasepak negara ibarat barah yang mula merebak ke seluruh pelusuk tanahair sehinggakan banyak kelab-kelab bola sepak terpaksa mengambil jalan pintas dengan menarik balik penyertaan kelab mereka. Beliau berharap pemilihan kerusi no 2 FAM berjalan lancar dan seluruh pewakilan melakukan satu tindakan yang bijak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dengan memilih demi peminat bola sepak tanahair, cukuplah bagi beliau penyokong bola sepak Malaysia diberikan angan-angan kosong.

Semasa ucapan perasmian majlis YB Khairy Jamaludin turut yakin dengan kemampuan Tan Sri Annuar memimpin bolasepak Malaysia malah turut kagum dengan perancangan yang baik KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu industri. Beliau akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden FAM dengan rela hati dan sempat berkongsi pengalaman pahit manis beliau bersama FAM. Beliau kagum dengan semangat fanatik dan setia penyokong Kelantan, pencapaian penyokong dan pasukan Kelantan sudah setanding kelab-kelab bolasepak termaju di asia dan dunia."Bola sepak Malaysia masih ada harapan, cuma perlukan pembangunan dari seluruh pelusuk negara di peringkat awal lagi. Mengapa program realiti MY TEAM boleh lakukan dan berhasil mencipta sebuah pasukan mantap, FAM masih lagi dengan isu-isu lapuk yang sering didedahkan media? " antara petikan ucapan beliau yang dirasakan menimbulkan seribu pertanyaan pada seluruh peminat bola sepak tanahair.

TRWC selaku media rasmi yang membuat liputan penuh majlis ini bersyukur ke hadrat Illahi kerana majlis ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bersama kita mendoakan kejayaan skuad The Red Warriors dan Tan Sri Annuar Musa dalam menjejakkan kaki ke puncak.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular