KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 17 Julai 2010

Masih Adakah Harapan Juara?

emel

Menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur pada malam esok, skuad The Red Warriors masih menaruh harapan dapat mengutip 3 mata supaya terus menghimpit rapat Selangor dan terus menjarakkan mata dengan Terengganu yang semakin mengganas.

Sungguhpun Sabtu lepas peluang impian menjadi juara hampir ranap, dengan 4 baki perlawanan lagi skuad dan penyokong Kelantan masih lagi berharap sesuatu keajaiban bakal berlaku agar perlawanan terakhir liga Super menentang T-Team di Kota Bharu menjadi medan penganugerahan bersejarah buat pertama kali dalam sejarah liga super Kelantan dinobatkan sebagai juara. Namun sekiranya berlaku sebaliknya skuad dan penyokong Kelantan terpaksa akur sekadar Naib Juara liga super 2010 tetapi seluruh peminat bolasepak Malaysia sudah mengiktiraf Kelantan sudah berjaya menjadi juara dari sudut kehadiran penyokong, kekebalan benteng pertahanan, jumlah kekalahan paling sedikit, medium media yang hebat dibantu portal rasmi dan radio rasmi, penjualan produk KAFA, The Red Warriors Station dan sebagainya adalah rentetan kejayaan yang sudah pasti milik semua rakyat kelantan malah Kelantan selaku naib juara Piala Malaysia dan Piala FA lebih menyerlah dari juara tahun lepas Negeri Sembilan serta selesa menidakkan kemenangan buat Selangor bagi 2 perlawanan liga super.

Perlawanan menentang Kuala Lumpur dijangka sengit dan akan dilimpahi lautan merah putih yang akan mewarnai warna pudar stadium Cheras kembali ceria dengan kunjungan ramai peminat The Red Warriors. Kerahan kelab-kelab penyokong di ruang siber dan melalui sms dilihat rancak mengatur konvoi untuk menyerang ibukota beramai-ramai. Himpunan dan semangat penyokong masih lagi kukuh dan yakin skuad kesayangan mereka akan meratah Kuala Lumpur dengan mudah. Namun Kelantan perlu lebih berhati-hati dengan prestasi Kuala Lumpur yang tidak menentu dan mungkin akan berbisa di gelanggang sendiri.

Kecederaan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri selaku penggempur utama masih meresahkan ketua jurulatih B. Sathiananthan, yang mungkin terpaksa menukarkan strategi menurunkan Hairuddin, Khairan Eroza dan Akmal Rizal untuk perlawanan ini. Ramai penyokong Kelantan berharap kombinasi Hairuddin dan Akmal Rizal ini terus menyerlah pada malam esok.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar yang sedang sibuk memastikan Majlis Mesra The Red Warriors bersama media dan Perlancaran bukunya "Menuju Puncak" di ibukota ahad ini berjalan lancar ketika diajukan soalan mengenai perlawanan malam esok dengan yakin menyatakan skuad kesayangannya akan membawa pulang 3 mata penuh dan akan terus mengejar rapat Selangor walaupun sedikit terkilan sekadar seri di Shah Alam sabtu lepas. Beliau juga menyeru seluruh peminat bolasepak Kelantan turun memenuhi stadium Cheras dan 3 lagi baki perlawanan selepas ini. Beliau sangat menghargai dan mengalu-alukan sokongan kelab-kelab penyokong yang sentiasa mengadakan konvoi ke perlawanan Kelantan. Ketika ditanya berkenaan majlis ahad ini pula, beliau menjelaskan majlis ini hanya untuk 150 tetamu jemputan khas sahaja dan berharap penyokong tidak terkilan kerana ini merupakan majlis KAFA meraikan pihak media berserta wakil-wakil kelab penyokong dan beliau yakin peminat sudah berpuashati dengan program bertemu peminat yang diadakan sebelum ini dan yang terkini akan diadakan Karnival The Red Warriors 23-27 Julai nanti.

Ayuh peminat semua kerah segala bala tentera merahmu......sama-sama kita berkonvoi menyerang ibukota.....sama-sama kita takluk ibukota pula.......pedulikan siaran langsung.....3 mata penuh milik kita esok.....Elakkan provokasi.....jaga imej Kelantan..........Gomo Kelate Gomo

Barisan Kemungkinan Kelantan yang bakal menentang Kuala Lumpur

Kelantan: B. Sathianathan.

Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Indra Putra (c), Badri Radzi (Khairan Eroza), Shakir Shaari, Norfarhan Mohamed, Akmal Rizal (Norshahrul Idlan) dan S. Chanturu (Hairudin Omar).

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular