KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 29 Julai 2010

34 pemain Kelantan tunaikan umrah Ogos


KOTA BHARU - Seramai 34 pemain Kelantan yang beraksi pada musim lalu akan berangkat ke tanah suci pada 7 Ogos ini bagi menunaikan umrah.

Semua pemain terbabit akan berangkat atas pembiayaan kerajaan negeri yang telah berjanji untuk membawa skuad Liga Malaysia Kelantan itu menunaikan umrah selepas layak ke perlawanan akhir Piala FA pada musim lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 34 pemain yang beraksi bersama skuad Kelantan pada musim tahun lalu akan mengikuti rombongan tersebut.

Menurutnya, selain menunaikan umrah, rombongan juga akan dibawa melawat beberapa tempat menarik dan bersejarah di Madinah, Mekah dan Kaherah, Mesir.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana kesediaan membawa pemain Kelantan menunaikan umrah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai menjual produk sukan Umbro di Jalan Mahmood dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu, beliau dan beberapa pegawai KAFA serta peminat akan turut menyertai rombongan pemain tersebut.

Bagaimanapun, tambahnya, pembelanjaan menyertai rombongan selama 12 hari itu ditanggung mereka sendiri.

Selain itu, beliau berkata, KAFA menyediakan peruntukan RM20,000 kepada 10 buah Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) pada tahun ini.

Menurutnya, peruntukan disediakan untuk menggalakkan penubuhan pasukan kelab di peringkat jajahan bagi menyertai kejohanan liga kelab KAFA.

Jelasnya, peruntukan itu juga diagihkan bagi menganjurkan karnival bola sepak kanak-kanak di bawah 10 tahun. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular