KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 7 Julai 2010

Pemain Negeri Sembilan Berjaya Menjiwai Watak Lakonan

emel

"kuat sunggoh belakon, wat reboh sokmo, paroklah set negri sebile ni"...itulah antara rungutan yang didengari di stadium Sultan Muhammad ke 4 pada malam tadi. Teknik suka menjatuhkan diri dan berlakon sakit sudah menjadi sebati dengan corak permainan Negeri Sembilan, cuma apabila terlalu kerap lakonan sama dilakukan setiap kali perlawanan, watak dan adegan ini berjaya dikesan oleh pemain serta penyokong Kelantan yang sudah bosan dengan aksi ini. Hanya nasib menyebelahi mereka, apabila lakonan mereka berjaya menghadiahkan kad kuning kepada pemain Kelantan oleh pengadil.

Kemenangan ini berjaya meranapkan ego Negeri Sembilan selaku pasukan juara berganda dan menewaskan Kelantan di final tahun lepas. Pada tahun ini Kelantan unggul menewaskan Negeri Sembilan bagi 2 perlawanan liga super dengan jaringan gol 3-1 dan 1-0. Namun peluang untuk kedua-dua pasukan bertemu masih ada apabila sepak mula Piala Malaysia berlangsung nanti. Taktikal ketua jurulatih mengeluarkan Norshahrul yang cedera digantikan dengan Akmal Rizal pada minit ke 65 sememangnya membuahkan hasil apabila Akmal berjaya meledakkan 1 gol kemenangan pada minit 75.

Perlawanan pada malam ini sememangnya milik The Red Warriors dan pujian patut diberikan kepada ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi serta seluruh skuad pemain pertahanan yang berjaya menjaga gawang gol dengan baik. The Red Warriors menampilkan persembahan yang memuaskan hati semua penyokong yang turut bertambah kegembiraan mereka apabila mengetahui pasukan buruan Kelantan, Selangor tersungkur di Perak seterusnya merapatkan jurang mata daripada 8 mata kepada 5 mata sahaja. Dengan ini Kelantan perlu memastikan peluang bertemu Selangor sabtu nanti sebagai peluang Kelantan menambah mata kemenangan lagi. Kelantan juga utuh sebagai pasukan yang hanya menerima 1 kekalahan dan hanya bolos 11 gol sahaja selepas 21 perlawanan. Sememangnya barisan pemain yang dimiliki Kelantan ini telah diakui barisan yang terbaik dan paling kebal dalam sejarah bolasepak Kelantan.

Peluang untuk Kelantan merebut gelaran juara liga masih terbuka, oleh itu ayuh!!! semua penyokong Kelantan kita serbu stadium Shah Alam sabtu ini bagi memastikan sokongan padu kita dapat memberi semangat kepada semua pemain. Kehadiran lebih 15 ribu penyokong Kelantan ke stadium pada malam tadi membuktikan kesetiaan dan sokongan padu Kelantan tidak luntur walaupun masih lagi dalam suasana demam bola sepak Piala Dunia. Tahniah kepada semua penyokong The Red Warriors kerana anda telah buktikan pada rakyat Malaysia dan dunia bahawa andalah pencinta bola sepak sejati di Malaysia dan dunia ini. Jati diri Kita bukan hanya pada sifat kenegerian kita tetapi jati diri kita juga untuk Malaysia. Layan liga Malaysia, Layan liga luar negara, layan piala dunia!!!!!! Gomo Kelate Gomo

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Video Lakonan untuk Tontonan semua (Sumbangan FB Penyokong Kelantan FA).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular