KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 13 Julai 2010

Majlis Penutup World Cup Mania 2010 di TRW Station.


Acara penuh gemilang mewarnai majlis penutup aktiviti World Cup Mania 2010 anjuran TRW.FM di The Red Warriors Station, Kelantan Trade Center, malam tadi.

Majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan Naib Presiden KAFA, Encik Rosmadi.

Ketua balai polis Kota Bharu, Tuan Nik turut turun bersama pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada pemenang program anjuran TRW.Fm.

Antara program yang dianjurkan dengan jayanya ialah pertandingan ps2 Winning Eleven, timang bola, dam haji, karom, pop kuiz serta cabutan bertuah dengan kerjasama dari pihak Hotlink dan Celcom.

Menariknya pada majlis penutupan ini, juara edisi satu dan dua ps2 Winning Eleven berentap sesama mereka untuk merebut Piala Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Rosmadi, beliau bangga dengan sambutan yang telah diberikan oleh pengunjung kepada semua aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak TRW.Fm.

Penyertaan orang ramai menepati kehendak pihak penganjur untuk memeriahkan sambutan Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali.

Sebelum menamatkan ucapan ringkas, Encik Rosmadi turut menyampaikan salam Presiden KAFA yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular