KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 8 Julai 2010

Norshahrul Mungkin Terlepas Peluang Beraksi Sabtu ini?


Kelantan mungkin terpaksa melupakan khidmat penjaring terbanyaknya Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan penuh eksklusif 2010 sabtu ini. Kelantan terpaksa akur dengan kecederaan yang dialami beliau, disaat pasukan dan penyokong amat memerlukan khidmat beliau.

Mungkin ramai peminat The Red Warriors dan Norshahrul tidak dapat menerima berita ini tetapi inilah hakikat yang terpaksa diterima semua apabila Norshahrul sememangnya menjadi tumpuan dan kawalan keras skuad Negeri Sembilan selasa lepas. Beliau telah dibentes kasar sebanyak 2 kali iaitu bentesan pertama dilakukan oleh Aidil Zakuan dan bentesan kedua yang menyebabkan Norshahrul terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan Akmal Rizal pada minit 65 dilakukan oleh Tengku Qayyum.

Norshahrul ketika dihubungi menjelaskan beliau masih lagi terasa sakit akibat bentesan ini. Ketika disoal peluang beliau untuk bermain sabtu ini, beliau menyerahkan nasibnya kepada ketua jurulatih untuk menilai tahap kesihatan kakinya. Sekiranya tidak dipilih beliau akan akur dengan keputusan ketua jurulatih tetapi beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk turut beraksi sabtu ini dan berharap semua peminat The Red Warriors berdoa agar kakinya segera pulih. Beliau tidak sanggup menghampakan peminat-peminat The Red Warriors yang sudah pasti mengharapkan kemenangan pada sabtu nanti dan beliau yakin pemain-pemain lain akan mengambil tugasannya dengan penuh yakin dan penuh semangat kemenangan.

Kelibat dan kehebatan Norshahrul sememangnya tiada tandingan di Malaysia dikala ini, hal ini diakui sendiri ketua jurulatih Malaysia K Rajagobal yang menganggap Norshahrul pemain paling bijak mengintai peluang didepan gol. Ramai penyokong Kelantan memuji aksi, sikap peramah dan bersungguh-sungguh Norshahrul dalam mencapai impian anak-anak Kelantan untuk mengimpikan piala liga super tahun ini buat pertama kali sejak liga super diperkenalkan. Impian Hashim Mustapha melihat rakyat Kelantan berpusu-pusu berarak di seluruh Kelantan melihat piala ini mungkin akan tercapai dengan bantuan dan kepakaran yang dimiliki Norshahrul.

Pemain yang meminati lagu dikir barat "Kelate Soho" nyanyian Mat Zain daripada kumpulan Sutra Pawana UIA ini amat kagum dengan sokongan rakyat Kelantan terhadap liga tempatan dan skuadnya. Pelik baginya memikirkan kenapa pasukan dan penyokong negeri lain tidak diminati malah sunyi daripada teriakan padu penyokong seperti di Kelantan. Beliau juga menyeru semua penyokong mengawal emosi dan sikap bagi memastikan imej penyokong Kelantan kekal dinilai sebagai penyokong fanatik yang bijak. Beliau juga tidak menafikan sekiranya ada yang berpendapat perubahan sikap penyokong Kelantan ini seiring kewujudan web TRWC berserta motto yang sering menjadi motto rasmi TRWC iaitu "Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo" kerana baginya sikap penyokong yang dilihatnya sekarang tidak dapat dilihat pada tahun-tahun sebelum ini. Beliau amat mengalu-alukan usaha TRWC dan KAFA dalam usaha mendidik penyokong agar lebih berdisplin.

Dengan ini sekali lagi sama-sama kita mendoakan Norshahrul cepat sembuh dan dapat beraksi pada sabtu ini kerana khidmatnya amat diperlukan bagi memintas kedudukan Selangor seterusnya merapatkan jurang mata kepada 2 mata sahaja sekiranya menang sabtu ini.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular