KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 31 Julai 2010

Kelantan Redha Tetapi Tidak Gentar....

emel

Kelantan sesekali tidak gentar dengan mainan psikologi media massa yang cuba melemahkan semangat The Red Warriors dengan tajuk-tajuk berita sukan TM liga super yang dipaparkan di media massa seperti "Selangor sudah meletakkan sebelah kaki sebagai juara liga", "Selangor Tambah Mata Untuk Perkemas Kedudukan Di Takhta Liga Super", "Tiada masalah buat Selangor", "Peluang Kelantan makin tipis", "Kelantan terpaksa Akur" dan sebagainya.

Mainan psikologi media ini telah sedikit sebanyak membangkitkan semangat penyokong The Red Warriors untuk terus memeriahkan dan menyerbu stadium yang masih ada peluang untuk Kelantan beraksi selain mengharapkan Terengganu terus mencipta kemenangan di Shah Alam pada malam esok sepertimana kemenangan 4-0 ketika bertemu Selangor pada perlawanan pusingan pertama lalu. Namun seluruh penyokong Kelantan sebenarnya sudah sedia menerima hakikat Kelantan dinobatkan naib juara, hanya malam esok menentukan samada peluang masih ada atau akur dengan pencapaian bersejarah yang membanggakan Kelantan sejak ditubuhkan ini.

Harapan Kelantan untuk menjadi juara hanya mampu diteruskan pada aksi perlawanan Piala Malaysia yang dijangka bermula selepas 10 hari sambutan Aidilfitri. Sememangnya penyokong Kelantan sangat berharap dapat menyaksikan sekali lagi perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini setelah perlawanan akhir Piala FA sudah tidak kesampaian.

Sikap penyokong Kelantan sendiri yang masih memandang sinis kegagalan Kelantan dalam menjulang kejuaraan TM liga Super dan Piala FA 2010 amat dikesali dan sepatutnya mereka faham pencapaian Kelantan sekarang jauh lebih baik dibandingkan sebelum ini dan Kelantan mampu menjadi pasukan paling kebal dengan 13 bolos dan 1 kekalahan setakat ini serta tidak pernah tewas digelanggang lawan. Kegagalan menerima sebarang piala juara tidak bermakna pasukan Kelantan gagal segalanya, sekiranya diambil contoh pencapaian Arsenal, Liverpool dan Manchester United yang masing-masing tidak mencapai sebarang piala prestij musim lepas namun segala kelemahan dan strategi kembali diatur untuk mencapai kejayaan di musim yang akan bermula tidak lama lagi. Jika diteliti dan dikaji pada musim ini pasukan dan penyokong Kelantan hanya baru layak ditarafkan status pasukan dan penyokong berstatus bakal juara. Status ini belum menjadikan pasukan dan penyokong kita setanding pasukan dan penyokong Selangor yang sudah lama juara.

"Berapa kali Kelantan telah menjadi Juara dalam sejarah bolasepak Malaysia? Pernahkah Kelantan berada ditahap sekarang? perkara ini perlu difikirkan sebelum meletakkan kesalahan dan kelemahan kepada saya dan pasukan saya. Tegas Ketua Jurulatih Kelantan B.Sathianathan ketika diajukan soalan perletakkan jawatannya pada awal musim TM liga super lalu.

"Pasukan dan penyokong Kelantan belum mencapai status pasukan juara lagi, sekiranya mencapai naib juara pada tahun ini saya rasa inilah pencapaian terbaik Kelantan dalam sejarah bolasepak Malaysia. Saya pilih Sathia kerana saya sudah lama mengenali Sathia dan beliau datang melatih Kelantan tanpa sebarang kontrak khas diperlukannya, beliau datang sebagai seorang kawan yang sedia membantu saya ketika saya sangat memerlukannya dan ketika beliau dalam beberapa hari lagi akan menandatangani kontrak melatih salah sebuah kelab di India, saya jamin Sathia akan melakukakan perubahan drastik untuk Kelantan. Jelas Tan Sri Annuar Musa ketika bersama blogger dirumah beliau diawal musim TM liga super lalu.

Sikap penyokong Kelantan yang semakin profesional dan pengurusan yang semakin mantap akan terus menjamin kejayaan Kelantan di musim depan dan piala Malaysia nanti. Oleh itu sama-sama kita berkerjasama dengan KAFA untuk terus mengekalkan sikap penyokong Kelantan sepertimana sekarang dimana setakat hari ini KAFA masih tidak dikenakan sebarang denda oleh FAM. Sikap setia dan patuh arahan pihak berkuasa amat dihargai dan usaha ini perlu diteruskan oleh semua kelab penyokong dan penyokong Kelantan itu sendiri, KAFA akan terus meminta kerjasama pihak berkuasa memantau dan tidak akan berkompromi terhadap individu yang gagal mematuhi peraturan. Terima Kasih kepada semua penyokong Kelantan yang terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Kelantan Tahniah semua diatas kejayaan yang dikecapi sekarang.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular