KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 18 Julai 2010

Tentera Merah Bukti Kesetiaan.

Hampir 70000 penyokong Kelantan membanjiri
Stadium Bukit Jalil, Final Piala Malaysia 2009


Penyokong Kelantan membuktikan bahawa mereka sememangnya komuniti peminat paling setia di Malaysia apabila memenuhi ruang stadium KLFA, Cheras untuk menyaksikan pertemuan liga super skuad Red Warriors menentang Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini kita hanya dapat menyaksikan lautan merah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, sekarang kita dapat menyaksikan dimana-mana sahaja tentera Red Warriors.

Tidak kira venue, tidak kira hujan panas, kelompok merah tetap akan hadir memberi sokongan kepada pasukan.

Sejarah sudah tercipta untuk tahun 2010, penyokong Kelantan memenuhi dua gelanggang perlawanan di Lembah Kelang sewaktu menentang KL Plus dan Kuala Lumpur selain ribuan lagi mengunjungi Shah Alam, Paroi, Ipoh, Alor Setar Kuala Terengganu dan ratusan peminat hadir di Batu Kawan, Larkin serta lain-lain lagi.

Malah tidak pernah dilakukan oleh mana-mana peminat dan penyokong bola sepak di Malaysia kecuali Kelantan, mengambil tempat duduk utama dan menjadikan stadium lawan seperti arena sendiri.

Selain itu, penyokong Sang Kijang juga mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam dua perlawanan akhir untuk 2009 apabila 70 000 membanjiri Bukit Jalil dalam final Piala Malaysia dan 50 ribu lagi datang sewaktu final Piala FA.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penyokong Red Warriors setelah kehadiran anda di setiap gelanggang lawan membantu pemain Kelantan menghadapi tekanan perlawanan.

Diakui oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, penyokong Kelantan merupakan senjata sulit dikala pasukan menghadapi perlawanan di luar pada negeri sendiri. Sokongan dan kata semangat yang dilaungkan memberi kekuatan moral buat pemain yang sedang berjuang diatas padang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular