KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 30 November 2011


TRW Muda dan Remaja Dirancang, Ghaddar telah sertai TRW


TRW sedang merancang untuk membentuk dua lagi pasukan sokongan, TRW Muda (B18) dan TRW Remaja (B16), selain daripada Skuad Senior dan Skuad Piala Presiden sedia ada. Pemilihan pemain untuk kedua-dua pasukan tersebut akan diadakan mulai bulan Januari 2012. TRW sedang mencari seorang Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Remaja bertaraf antarabangsa untuk tujuan tersebut.

Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) akan terus berfungsi sebagai penyelaras tapisan awal pemain, bermula seawal usia 12 tahun.

Dalam perkembangan yang lain, Presiden memaklumkan Mohamed Ghaddar telah selamat tiba di Malaysia dari Dubai dengan penerbangan Emirates. Ghaddar telah disambut oleh Kelab Penyokong TRWC KLIA setibanya di KLIA, dan terus ke Seremban untuk melapur diri di kem latihan TRW. Kita mengucapkan Selamat Datang ke Malaysia kepada Ghaddar, dan Selamat Bersama TRW.

Pertemuan pra musim di antara TRW dan Perak pada 1 Disember nanti akan memperlihatkan gandingan Okine, Banning, Ghaddar, Antwi, Nor Farhan, Inderpautra dan Badri Radzi. Penyokong-penyokong dipelawa memberi komen balas pemain-pemain import yang harus dipilih untuk beraksi bersama TRW untuk Liga Malaysia; sama ada gandingan Ghaddar-Antwi, Ghaddar-Banning, Antwi-Banning, Ghaddar-Okine atau Antwi-Okine.

Mengulas tentang kesediaan pemain tempatan, Presiden memberitahu, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat diberi ruang masa untuk berehat dan kembali ke tahap cergas mereka setelah beraksi untuk Skuad Kebangsaan Harimau Malaya. Norshahrul tidak mengalami kecederaan tetapi sedang menjalani rawatan terapi untuk memulihkan beliau daripada kecederaan lutut yang dialami sebelum ini.

Norshahrul dijangka akan mula beraksi sebelum pertengahan bulan Disember. Beliau sekarang sedang menjalani latihan harian kercergasan secara berasingan.

Perlawanan Pra Musim 2012 : Negeri Sembilan Mudah Atasi Kelantan.

Kelantan akhirnya tewas selepas empat perlawanan persahabatan pra musim apabila kecundang 1-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.


Kelebihan banyak berpihak kepada tuan rumah kerana mereka menurunkan hampir kesemua pemain terbaik yang dimiliki mereka manakala Kelantan hanya bersandarkan kepada pemain simpanan.

Bermain dalam keadaan padang becak, kedua-dua pasukan gagal mengatur gerakan merbahaya pada awal permainan. Sehinggalah pada minit ke-9, S. Chanturu menerima hantaran cantik daripada Albert Banning tetapi pemain ini memilih untuk melakukan sepakan meliar.

Beberapa minit kemudian, giliran Denny Antwi pula melakukan sepakan deras kearah pintu gol Negeri Sembilan namun turut tersasar.

Negeri Sembilan hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 selepas gerakan Kunalan dan Shukor Adan memberikan ruang kepada Shakir Ali melepaskan satu sepakan kencang namun Shazwan Yusof pantas menepis keluar untuk sepakan sudut.

Seminit kemudian, Khairul Izuan Rosli berjaya melarikan bola dari kawalan pertahanan Negeri Sembilan tetapi sepakan kencang dari garisan tepi terbias kaki Norhafiz.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi turut hampa bila sepakan percuma daripada luar kotak penalti Negeri Sembilan mudah diselamatkan Farizal Marlias pada minit ke-24.


Denny Antwi yang dikawal dua pertahanan Negeri Sembilan pula hampir meletakkan Kelantan didepan pada minit ke-25 setelah hantaran Albert Banning terus disambung dengan rembatan deras melepasi palang gol tuan rumah.

Negeri Sembilan juga kecewa apabila dua sepakan percuma yang diperoleh dari jarak dekat gagal disudahkan Shukor Adan dan S. Kunalan.

Albert Banning berjaya menjaringkan gol pada minit ke-34 tetapi dibatalkan pengadil selepas penjaga garisan terlebih dahulu mengesan kedudukan offside pemain ini.

Tuan rumah yang menurunkan Ferreira dari Brazil gagal melakukan jaringan selepas sepakan percuma dari luar kotak sekali lagi ditampan keluar Shazwan Yusof pada minit ke-38.

Peluang terbaik Kelantan untuk menjaringkan gol pertama gagal diterjemahkan Albert Banning selepas percubaan dari jarak dekat pada minit ke-42 diselamatkan Farizal Marlias.

Bersambung babak, Negeri Sembilan tidak menunggu lama untuk berada didepan selepas pemain import yang baru dimasukkan, James Emmanuel Emana mudah menyepak masuk menewaskan Shazwan pada minit ke-49.


Tidak lama kemudian, sepakan deras Nurul Azwan Roya tersasar keluar.

Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan dua pemain baru untuk mencari jaringan penyamaan tetapi mereka dikejutkan dengan jaringan kedua Negeri Sembilan pada minit ke-63 selepas Idris Karim memanfaatkan kesilapan awal Shazwan dengan rembatan kaki kiri kedalam gawang.

Sang Kijang bagaimanapun dapat merapatkan kedudukan pada minit ke-76 hasil jaringan Denny Antwi yang bijak merampas sepakan ke belakang pertahanan Negeri Sembilan untuk gol pertama pasukan pelawat.

S. Kunanlan bagaimanapun kembali menjarakkan kedudukan apabila lambungan kedalam kotak penalti gagal ditangkap Shazwan seterusnya menerjah jaring untuk memberikan gol ketiga kepada tuan rumah.

Selepas jaringan tersebut, Negeri Sembilan sebenarnya mampu melakukan lebih banyak jaringan tetapi barisan penyerang mereka gagal meletakkan bola kedalam jaring biarpun mempunyai deretan peluang terbuka didepan pintu gol Kelantan.

Tambahan masa tiga minit tidak memberi sebarang makna kepada Kelantan dengan Negeri Sembilan pantas turun bertahan untuk mengekalkan keputusan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kesebelasan Utama:

Negeri Sembilan : Farizal Marlias, Norhafiz Zamani, Shukor Adan, Idris Karim, Shakir Ali, Marquen Ferreira, S. Kunalan, Mauro Silva, Ismaidham, Mohd Zulfaizham dan Shahurain Abu Samah.

Kelantan - Syazwan Yusoff (Gk), Daudsu Jamaludin, Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail, Khairul Izuan, Albert Banning, Badri Radzi, S. Chanturu, Denny Antwi dan Nurul Azwan Roya.

Isnin, 28 November 2011

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia Kena Jerat.

Peluang Harimau Muda Malaya merebut tempat ke Sukan Olimpik London 2012 semakin tipis apabila mengsia-siakan peluang terbaik mengutip tiga mata penuh selepas dikecewakan Bahrain 3-2 pada saat akhir.


Dua gol pendahuluan daripada Nazmi Faiz dan Mahali Jasuli seakan-akan memberikan kejayaan pertama kepada pasukan negara tetapi pelawat bangkit dengan tiga jaringan dalam masa enam minit pada penghujung perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Malaysia bermula garang apabila terlebih dahulu berada didepan pada minit ke-29 selepas percubaan deras Nazmi Faiz dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Bahrain.

Mereka hampir menambah gol pada minit ke-37 tetapi tandukan Amir Saidin hasil sepakan sudut sedikit sahaja melewati palang gol pasukan pelawat.

Pada awal separuh masa kedua, Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Farhad Tareq diperintahkan keluar padang hasil kekasaran keatas pemain negara.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya anak didik Ong Kim Swee dengan mengejutkan Bahrain hasil jaringan kedua pada minit ke-67 selepas Mahali Jasuli bijak menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol Bahrain.


Dua gol pendahuluan membuatkan pemain Malaysia berada dalam zon selesa menyebabkan mereka terikut-ikut dengan rentak permainan pasukan pelawat.

Walaupun kekurangan pemain, Bahrain berjaya merapatkan kedudukan melalui jaringan menarik Saad Sajaz pada minit ke-80.

Empat minit kemudian, Bahrain dikurniakan satu sepakan penalti dari luar kotak penalti Malaysia dan Isa Ahmed tidak mengsia-siakan peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan.

Tidak sampai seminit, Isa Ahmed menghukum kelalaian barisan benteng Malaysia yang diketuai Fadhli Shas apabila menjaringkan gol ketiga selepas mudah menyepak masuk kedalam gawang yang terbuka luas.

Selepas jaringan tersebut, pemain Bahrain mula melambatkan masa perlawanan untuk kekal mengatasi tuan rumah dengan kelebihan satu gol sehingga tamat masa sebenar.

Tamat pusingan pertama, Malaysia kekal di tangga tercorot tanpa mengutip sebarang mata hasil tiga kekalahan yang dicatatkan kepada Syria dan Jepun, sebelum ini.
Lagi Provokasi Melampau.

Andai nilai sendiri serangan demi serangan ala provokasi daripada pihak luar kepada penyokong Kelantan.



Tanpa sedar, nama Menteri Besar Kelantan turut sama dibabitkan si pengirim SMS kepada akhbar Berita Harian. Adakah tiada tapisan daripada pihak pengarang Berita Harian akan serangan sebegini.

Mari kita sama-sama mengutuk tindakan tidak bertamadun oleh pengirim SMS dan sikap tidak bertanggungjawab akhbar harian semasa dalam memburukkan negeri Kelantan

sumber:redsfc news
Ghaddar Main Lawan Perak.

Penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar akan bermain perlawanan kompetetif pertama dengan The Red Warriors pada pertemuan persahabatan dengan Perak di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, 1 Disember nanti.


Berita itu disahkan sendiri Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook miliknya, malam tadi.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Mohamad Ghaddar dijangka tiba dari Beirut pada hari Selasa, 29 November dan terus melaporkan diri kepada Peter James Butler di Paroi.

Dia akan menjalani latihan bersama pasukan Kelantan sehari selepas itu dan terus diturunkan untuk digandingkan dengan Denny Antwi serta Albert Banning dalam perlawanan persiapan pra musim dengan Perak.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Annuar Musa juga mengesahkan penyerang muda, Nidzad Ayub akan diberi pinjaman kepada Felda United sehingga Julai tahun depan.

Nidzad sebelum ini dikhabarkan tidak menandatangani kontrak baru dan dijangka menyertai Selangor namun dengan berita terbaru daripada pihak KAFA, jelas bahawa pemain ini masih mempunyai nilai dengan Sang Kijang.
Zachariah Dilepaskan


MELALUI kemaskini laman facebook hari ini, Tan Sri Presiden mengesahkan bahawa Zachariah akan dilepaskan.

Sementara itu, dengan pengalaman luas Albert Banning bersama Paris St Germaine (PSG) dan penglibatan dalam Liga Juara-Juara UEFA, Banning dijangka mampu membantu pasukan dengan permainan serbaboleh dan kekuatan corak "defensive" beliau. Setakat ini, pasukan berpuashati dengan Mohamed Ghaddar dan Danny Antwi.

Mohamed Ghaddar diberitakan akan melangsungkan majlis pertunangan beliau di Beirut pada hari ini (27 November) dan akan bertolak ke Kuala Lumpur pada malam esok. KAFA mengucapkan Selamat Bertunang kepada Ghaddar.

Dalam perkembangan lain, berlangsung di Pantai Port Dickson pada hari ini, acara ramah mesra pemain dan peminat anjuran TRWC KLIA. Pelbagai acara yang berlangsung di kawasan pantai peranginan tersebut, di antaranya Kuiz TRW.
Antwi Permata Baru Kelantan.

Permata Hitam Ghana, Denny Antwi mula memikat hati peminat setia Kelantan sepanjang saingan pra-musim Liga Malaysia.


Apa tidaknya, deretan jaringan gol berjaya dilakukan pemain ini walaupun hanya diturunkan bersama pemain simpanan The Red Warriors yang lain.

Dia bukan sahaja melakukan jaringan gol malahan kelibat pemain ini di bahagian depan memberikan pelbagai masalah kepada pasukan lawan.

Dengan larian pantas serta sikap sentiasa mahu menjaringkan gol menyebabkan ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler selesa menggunakan pemain ini dalam setiap perlawanan persahabatan.

Selepas tiga perlawanan kompetetif, Denny Antwi sudah meledak empat gol termasuk menjaringkan hatrik ketika menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malam tadi.

Penyerang yang menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan The Red Warrios kemungkinan besar akan diserap selaku penyerang import Liga Malaysia bersama Mohamad Ghaddar.
Persiapan Pra Musim : ATM Bukan Tandingan Kelantan.

Denny Antwi membuktikan status selaku penyerang import apabila menjaringkan tiga gol untuk membantu Kelantan menewaskan ATM 4-2 dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.


Menurunkan gabungan pemain utama dan simpanan, Kelantan ternyata garang apabila mendahului ATM 3-1 pada babak pertama hasil dua jaringan Antwi dan satu gol sumbangan daripada Khairul Izuan Rosli.

Bagaimanapun pihak lawan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-43 selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil kerana terjahan kasar Nik Shahrul Azim kepada pemain ATM.

Pada babak kedua, ATM cuba bangkit dan berhasil menjaringkan gol kedua pada minit ke-60.

Denny Antwi mengesahkan kemenangan Kelantan dengan jaringan keempat dan yang terakhir perlawanan pada mnit ke-81 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Dengan keputusan yang diraih, The Red Warriors meneruskan rekod cemerlang mereka sepanjang pra musim dengan mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut.

Selepas ini, mereka akan ke Paroi untuk dua aksi persahabatan dengan Perak dan Negeri Sembilan.

Sabtu, 26 November 2011

Bintang Muda Mula Dapat Peluang.

Peter James Butler membuktikan kepada semua peminat bola sepak Malaysia, negeri Kelantan sebenarnya tidak tandus pemain muda berbakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.


Kehadiran Butler nyata memberi sinar kepada semua anak muda di dalam pasukan muda The Red Warriors selepas ketua jurulatih yang baru dilantik tersebut dilihat cenderung menggunakan mereka sepanjang saingan persahabatan pra-musim.

Masihkah anda ingat dengan kelibat Zamri Ramli dan Hanif Mohd Nor pada saingan Liga Malaysia 2008, dua pemain muda ini dilihat memainkan peranan penting kepada Kelantan sehingga membawa mereka ke pentas final kali pertama dalam Piala FA.


Ketepikan syarat yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika itu yang mahukan setiap pasukan bertanding menyenaraikan pemain berusia bawah 20 tahun untuk diletakkan kedalam kesebelasan utama setiap perlawanan.

Zamri dan Hanif tidak kekok selepas menerima tunjuk ajar daripada Butler, bermain dengan cemerlang dari mula saingan Liga sehinggalah ke pentas terakhir menentang Selangor Piala FA biarpun akhirnya tumpas dalam penentuan sepakan penalti.

Sejak pengunduran Butler dalam arena bola sepak Kelantan ekoran masalah peribadi, pemain muda Sang Kijang dilihat sukar untuk memecah benteng yang dibina pemain bintang sehingga gagal menjadi sebahagian daripada pasukan.

Hanya Wan Zaharul Nizam dan Mohd Izuan Salahudin dapat memikat jurulatih dan diletakkan dalam kesebelasan utama senior seterusnya menerima panggilan Harimau Muda, manakala pemain selebihnya pula hanya dipanggil untuk menyertai perlawanan persahabatan dan sesi latihan sahaja.

Bukan menyalahkan pihak pengurusan pasukan kerana gagal memberi tempat kepada pemain muda daripada skuad belia tetapi ternyata tugasan di peringkat atas tidak memberikan banyak peluang kepada mereka memperagakan aksi.

Setakat ini, pemain seperti Aris Zaidi, Norsyahrul Hawari, Nik Shahrul Azim dan Khairul Izuan Rosli mula mendapat kepercayaan daripada Peter Butler dan kita harapkan mereka semua dapat menggunakan segala peluang yang dimiliki untuk cuba memecahkan ruang yang telah tersedia untuk The Red Warriors.

Siapa tahu pada musim depan, mereka akan menjadi bintang pada masa depan dan menurut jejak yang dibina Mohd Izuan Salahudin serta Wan Zaharul Nizam mencipta nama dalam pasukan negara

Jumaat, 25 November 2011

Kelantan Mula Langkah Sumbang.

Juara bertahan, Kelantan bermula sumbang apabila tumpas 0-3 kepada Melaka dalam perlawanan pertama Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-71 di Padang Penjara, Pengkalan Chepa, petang tadi.


Bermain di hadapan penyokong sendiri, Kelantan gagal menguasai perlawanan apabila seringkali menerima asakan bertali arus daripada Melaka.

Bagaimanapun, anak buah Afendi Yusuf terlebih dahulu memberi ancaman kepada Melaka dengan percubaan lemah daripada Mohd Farhan Yaacob pada minit ke-9.


Bemula minit ke-17, Melaka mula menyerap asakan tuan rumah dan melancarkan serangan pertama melalui situasi satu lawan satu Mohd Fauzi Khadar dengan Judtanna Eh Put.

Selang beberapa minit kemudian, giliran Zailan Mohamad melakukan percubaan deras kearah pintu gol Kelantan.

Sang Kijang hampir didepan melalui satu gerakan menarik diantara Rosairil Asrul dengan Farhan Yaacob tetapi bola percubaan dari luar kotak penalti meleret keluar pada mnit ke-24.

Pada minit ke-41, Mohd Zaidee Jamaludin melakukan percubaan tetapi Judtanna pantas menafikan.

Seminit kemudian, pasukan pelawat akhirnya didepan selepas sepakan lambung Mohd Fauzi Khadar menerjah jaring selepas Judtanna Eh Put gagal meangkap kemas cubaan ketua pasukan Melaka tersebut.

Kelantan hampir menymakan kedudukan pada minit akhir separuh masa tetapi Faizal Mohamad gagal menyepak masuk walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Melaka, Mohd Khairul Izzuwan.

Pada babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan dua pemain berpengalaman untuk mencari jaringan penyamaan.

Bermula dengan cubaan Azhan Ismail, sepakan deras Farhan Yaacob pula sedikit tersasar.

Asakan bertalir arus Kelantan bagaimanapun membawa padah apabila serangan balas yang dilakukan oleh Mohd Fauzi Khadar dari sebelah kiri disempurnakan dengan rembatan deras Mohd Nazmee Ari dari luar kotak penalti pada minit ke-74.

Benteng Kelantan terus dihukum pada minit ke-83 selepas Hafifi Awang melakukan kesilapan menerjah S. Harivarman didalam kotak penalti tidak memberi banyak pilihan kepada Shukri Nor selain menghadiahkan sepakan penalti.

Zailan Mohamad yang mengambil sepakan melakukan rembatan deras ke arah penjuru kanan pintu gol Kelantan untuk gol ketiga Melaka keatas tuan rumah.

Kelantan berpeluang untuk merapatkan kedudukan tetapi satu-satunya peluang terbaik yang dimiliki oleh Hafizi Awang dari dalam kotak penalti Melaka terkena palang sebelum diselamatkan oleh Mohd Munawwar Shavukath Ali.

Tambahan masa tidak memberi sebarang erti untuk memberikan Melaka tiga mata seterusnya mengekori rapat Perlis di kedudukan pertama carta Kumpulan D.

Kesebelasan Pemain

Kelantan : Judtanna Eh Put (Gk), Sani Nawi, Wan Rohaimi (Kp), Syafiq Haikal, Hamizi Ibrahim (Khairan Eroza), Khairul Annuar Ramli (Noriman Jaafar), Hafifi Awang, Rosairil Asrul, Hafizi Harun, Faizal Abdullah (Azhan Ismail) dan Farhan Yaacob.

Melaka : Mohd Khairul Izzuwan (Gk), Fhadzil Mohd Limin, Mohd Munawwar Shavukath Ali, Mohd Nadzmeer Hisham, Ching Hong Aik, Zainol Arief, S. Harivarman, Zailan Mohamad, Mohd Fauzi Abd Khadar (Kp), Mohd Nazmee Ari dan Azwan Md Nor.

Stadium Wajar Ditutup


Stadium Sultan Muhammad IV

Musim tengkujuh melanda, boleh merosakkan padang

KOTA BHARU – “Stadium Sultan Muhammad IV harus ditutup” Begitulah luahan segelintir peminat bola sepak tempatan yang melihat ketidaksesuaian stadium bola sepak berusia 44 tahun itu daripada terus digunakan terutamanya pada musim tengkujuh yang melanda negeri ini pada masa sekarang.

Melihat musim tengkujuh yang melanda negeri Pantai Timur ditambah pula dengan hujan lebat yang kadang-kala turun secara berterusan sehingga beberapa jam, ada logik juga luahan tersebut dilontarkan bagi memastikan stadium itu tidak digunakan secara keterlaluan pada masa sekarang.

Ini termasuklah Kejohanan Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-71 yang akan bermula pada Jumaat ini dan menyaksikan Kelantan dipilih selaku tuan rumah bagi kumpulan D bersama dengan Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.

Mohd Syafizal Jusoh

Seorang peminat bola sepak, Mohd Syafizal Jusoh menyifatkan penggunaan satu-satunya stadium tertua di negeri ini wajar dihadkan bagi menjaga kualiti padang di stadium tersebut.

“Hendak sewa stadium memang senang tak kira hujan atau pun panas. Tapi sekiranya rosak, siapa yang susah sebenarnya. Akhirnya pihak Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) sendiri yang terpaksa membaikinya. Bukan seringgit dua mereka terpaksa keluarkan belanja membaiki padang nanti.

“Kalau boleh jangan benarkan langsung stadium tersebut di gunakan pada masa sekarang ini. Saya bercakap bukan untuk mempertikaikan sama ada pihak perbadanan stadium tidak boleh menjana pendapatan atau tidak tetapi atas kepentingan semua pihak yang sayangkan padang tersebut daripada mengalami rosak sekiranya digunakan secara berlebihan pada masa sekarang ini,” katanya.

Mahizi Mahmood

Bagi Timbalan Presiden, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Mahizi Mahmood mengakui stadium tersebut tidak sesuai digunakan pada musim tengkujuh yang melanda negeri ini.

“Itu sebab pasukan bola sepak Liga-M Kelantan sendiri tidak menjalani latihan di stadium apabila setiap kali hujan turun takut padang stadium itu mengalami kerosakan. Malah mereka lebih sanggup menjalani latihan pra-musim di luar Kota Bharu.

“Saya rasa mungkin beberapa padang seperti Padang Penjara (Pengkalan Chepa) atau Padang Perdana (Kota Bharu) boleh menjadi gelanggang alternatif bagi melibatkan penganjuran kejohanan bola sepak besar termasuk Kejohanan Piala Emas Raja-Raja nanti.

Mohd Zainy Mohd Zain

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Pusat Bandar Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain turut berharap stadium tersebut ditutup terus daripada digunakan pada musim tengkujuh sekarang ini.

“Melihat keadaan cuaca sekarang memang tak sesuai stadium tersebut digunakan. Mungkin sudah kesuntukan masa untuk menyerahkan hak tuan rumah kepada pasukan lain tetapi kita perlu mencari alternatif lain dalam menangani perkara ini.

“Lagipun saingan Liga Malaysia akan bermula awal Januari tahun depan dan kita tidak mahu stadium kita berdepan masalah sekiranya pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan pemeriksaan terhadap stadium itu nanti,” katanya.

Saya juga ada perasaan - Fakri


“SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
Program Santai Penyokong Bersama Skuad The Red Warriors 2012


Bagi merancakkan lagi perlawanan persahabatan Kelantan menentang Negeri Sembilan 29 November dan Perak 1 Disember ini di Stadiuam Tunku Abdul Rahman Paroi, KAFA bersama kelab The Red Warriors KLIA serta gabungan kelab penyokong Kelantan yang lain di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan akan mengadakan program bersantai, beramah mesra dan makan gulai kawah bersama skuad The Red Warriors 2012 di Pantai Batu 4, Port Dickson berhadapan dengan Petronas pada 27 November, bermula jam 2 petang.

Peminat The Red Warriors di galakkan membawa makanan tambahan (potluck) untuk berkongsi dengan pemain-pemain, rakan-rakan atau keluarga. Semua hadirin digalakkan memakai pakaian berwarna merah dan datang awal bagi mengelakkan tidak mendapat makanan yang disediakan.

b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com_-5SNLtWaruV8_Tgx_0lnOaQI_AAAAAAAAAAQ_5N6Zuy8vJHg_s720_DSC_0406.JPG

Tetamu istimewa yang dijangka menghadiri program ini Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, Bendahari KAFA Nik Aminaldin, Pengurus pasukan En Hj Azman Ibrahim, Ketua jurulatih Peter Butler, penolong jurulatih Zahasmi Ismail dan barisan pengurusan KAFA yang lain serta semua pemain baru dan import 2012 The Red Warriors.

Minta hebahkan kepada semua rakan-rakan dan seluruh penyokong The Red Warriors. Nanti jangan lupa "share" gambar anda di sana dengan FB The Red Warriors Malaysia atau email info@theredwarriors.com untuk dipaparkan laman web ini.

Ahad ni TRW BEREHAT SAMBIL PICNIC DIPANTAI PORT DICKSON SEBELUM BERKAMPONG SEMINGGU DI NS..Kelab Penyokong Trw Klia cadang nak buka picnic kpd keluarga set kita Lembah Klang Dan ns SAMBIL makan nasi gulai kawah Dan ikan kering tepi pantai....AMBO TAK dak Hal...gomo gi Lah set kita..AMBO nok gi etep

b_250_200_16777215_0_http___a4.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc7_317118_308380139191241_119196541442936_1179046_544696334_n.jpg


Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Penutup 2011: Kelantan Lawan Terengganu (31 Disember)


Terengganu dipilih menjadi lawan terakhir Kelantan bagi menentukan keupayaan dan prestasi semasa skuad The Red Warriors 2012 sebelum menghadapi saingan sebenar Liga Super 2012. Pada tarikh ini juga, Jersi terbaru The Red Warriors 2012 akan dipakai untuk diperkenalkan kepada seluruh penyokong yang hadir.

b_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc7_317145_288881057807816_119196541442936_1112845_1362163603_n.jpg

HARGA TIKET BELUM DIMUKTAMADKAN KERANA KAEDAH TICKETING DIBAWAH KUASA MSL/FAM.. DIJANGKA ADA 3 pricing..mungkin TEMPAHAN BERMUSIM RM10...ON LINE RM12(TAK termasuk fee)...MATCH DAY RM12&15...kita maseh berbincang

Penutup siri preseason friendly ialah 31hb dis 2011 dengan TRW VS TGANU di SSMIV KB..Pd hari tersebut TRW akan turun full team dgn JERSEY MUSIM BARU..MRAT AGUNG TAHUNAN JUGA DIADAKAN PAGI TERSEBUT..pasukan kembali berlatih di Klate dari 1-15dis..lepas tu munkin kita akan friendly dgn Kelab Syria Dan Qatar...MOGA MOGA CUACA MENGIZINKAN....

NS BUAT PRESEASON DIAUSTRALIA,PERAK DI INDONESIA,SELANGOR PUN BEGITU..kita cukup setakat Kl Dan spore..preseason PERLU terutama utk menguji impot Dan pemain baru..perlu byk FRIENDLY yg bermutu..tak byk team Yg mau ke kb..lg pun stadium kita jadi venue karnival piala Mas..tambah pula tengkujuh..SEMUA DIAMBIL KIRA DAN TEMPOH PRESEASON PENDEK..KITA PERLU MUNAFAATKAN MASA..ALHAMDULILLAH DIMANA PUN KITS BERADA KITA ADA PENYOKONG!!!

AMBO maseh di luar negara..Belum baca Berita Harian tentang komentar kononnya mentality orang Kelantan rendah...APA MOTIF PENULISAN INI..mengapa mudah sekali memborong RAKYAT KELANTAN dgn label Yg begitu rendah...KAMI BANGGA DGN BUDAYA KAMI..KAMI BANGGA DGN SEMANGAT KAMI...KELANTAN TANAH TUMPAH DARAH KAMI...KAMI BANGGA DGN CARA KAMI..CARA KLATE KITA..APA PEDULI ORANG KATA...?

Terdapat beberapa ORANG PARTI Yg mencelah dlm page saya ni...mereka Ni tak tau ujung pangkal dan sensitif tak bertempat...kenapa kita buat preseason DI luar pun dia TAK faham...MUJUR LA RAMAI YG FAHAM DAN TOLONG JAWAB..tak payah ambo layan...hok berat sgt Nanti ambo blok...Sebenarnya merekalah Yg minat sgt DGN POLITIK..bola tak tengok pun agaknya

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Khamis, 24 November 2011

Laporan Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia Kalah Lagi.

Syria berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Malaysia 2-0 dalam saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Malaysia yang menurunkan barisan sama ketika tewas kepada Jepun bagaimanapun lebih banyak menerima asakan daripada pasukan pelawat.

Bermula dari percubaan deras Amer Saidin kepada Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-16, Harimau Muda Malaya terus menerima asakan apabila suntingan Solaiman Solaiman dari jarak jauh sedikit melewati palang gol.

Satu-satunya percubaan terbaik Malaysia hadir melalui percubaan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-30 terus kepada penjaga gol Syria.

Sepuluh minit kemudian, percubaan kaki kanan Mardik Mardikian hampir mencecah jaring tetapi Khairul Fahmi bertindak pantas melayangkan badan menepis keluar untuk sepakan sudut.

Ketika perlawanan mamasuki masa tambahan babak pertama, Malaysia mendapat peluang keemasan memecah kebuntuan tetapi sentuhan Wan Zack Haikal sedikit tinggi.


Memasuki babak kedua, Syria bermula laju untuk memaksa benteng Malaysia lebih banyak bertahanan.

Usaha berterusan Syria akhirnya membuahkan hasil selepas Solaiman Sulaiman menjaringkan gol pertama melalui tandukan dari jarak dekat selepas menerima hantaran daripada lontaran kedalam pada minit ke-51.

Syria terus bernafsu untuk menambah jaringan dua minit kemudian bila Fares melepaskan percubaan cantik tetapi kali ini Khairul Fahmi lebih bersedia menyelamatkan keadaan.

Pada minit ke-59, Khairul Fahmi terus bertindak cemerlang apabila menepis keluar percubaan dari jarak 30 meter, Mohamed Zubaydah.

Tidak lama kemudian, hasil dari keadaan kelam kabut didepan pintu gol Malaysia, Mohamad Fares berjaya menyepak deras kearah pintu gol Malaysia tetapi Khairul Fahmi terus menjadi penyelamat.

Malaysia yang tertekan kadangkala melakukan asakan kearah pintu gol Syria untuk mencari gol penyamaan tetapi kesilapan berterusan membuatkan pasukan negara terus hampa.

Kealpaan melakukan serangan akhirnya membawa padah selepas kesilapan awal daripada Muslim Ahmad memberikan Syria ruang yang cukup luas untuk melakukan jaringan kedua melalui Nassouh Nakkdahli pada minit ke-87.

Selepas tambahan masa empat minit diberikan, Malaysia gagal untuk mencari jaringan sebelum perlawanan ditamatkan dengan Syria memungut tiga lagi mata untuk berada di kedudukan teratas carta kumpulan C.

Selepas ini, skuad kendalian Ong Kim Swee akan berhadapan dengan Bahrain di Stadium Bukit Jalil pada 27 November.

International Club Friendly: Balestier Khalsa Bukan Tandingan Kelantan.

Balestier Khalsa FC nyata bukan tandingan Kelantan selepas tumpas 0-3 dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Toa Payoh, Singapura, malam tadi.

Bermain di gelanggang sendiri nyata tidak memberi banyak kelebihan besar kepada anak buah Salim Moin apabila tertekan diasak Kelantan seawal minit pertama.

Biarpun menurunkan skuad utama, Balestier Khalsa langsung gagal mengekang asakan yang dilakukan pasukan pelawat.


The Red Warriors yang dibarisi kebanyakan pemain simpanan lebih unggul di depan setelah membuka tirai perlawanan dengan jaringan pertama pada minit ke-15 apabila percubaan Emmanuel Okine terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol tuan rumah, Joey Sim.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan menerima beberapa lagi peluang jaringan gol melalui Denny Antwi dan S. Chanturu tetapi tidak berjaya membolosi gawang tuan rumah sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Bersambung babak, Kelantan terus menguasai perlawanan memaksa barisan pertahanan Balestier yang diketuai ketua pasukan dari New Zealand, Paul Cunningham terpaksa bekerja keras menahan asakan pasukan pelawat.

Asakan berterusan The Red Warriors membuahkan hasil selepas Nurul Azwan Roya bijak mencuri ruang daripada sebelah kiri untuk melakukan jaringan kedua Kelantan pada minit ke-53.

Ketinggalan dua jaringan, Balestier Khalsa cuba bangkit tetapi S. Chanturu memastikan Kelantan pulang ceria dengan jaringan ketiga dan terakhir perlawanan pada minit ke-90.

Selepas ini, Kelantan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk aksi persahabatan seterusnya melawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Kesebelasan Pemain

Balestier Khalsa FC: Salim Moin.
Joey Sim (Gk) Poh Yi Feng, Vahid Bogucanin, Paul Cunningham (Capt), Anas Hadee; K Vikraman, K Sathiaraj, Ridhwan Osman, Andrew Tan; Shamsurin Rahman, Kim Young Kwang.

Kelantan FA: Peter James Butler.
Mohd Syazwan Yusoff (Gk) S. Subramaniam (Capt), Nik Mohd Shahrul Azim, Aziz Ismail, Zamri Ramli, Emmanuel Okine, Nurul Azwan Roya, S. Chanturu, Khairul Izuan Rosli, Norsyahrul Hawari dan Denny Antwi.

Rabu, 23 November 2011

Prebiu Perlawanan : Balestier Khalsa FC vs Kelantan FA.

Ujian kedua Kelantan melawan kelab pertengahan Liga Singapura, Balestier Khalsa FC berlangsung petang ini di Stadium Tao Payoh.


Lawan yang bakal dihadapi Kelantan dilihat mudah kerana Balestier Khalsa bukanlah kelab gergasi dari Liga Singapura tetapi tujuan perlawanan ini boleh menjadi pendedahan terbaik Sang Kijang untuk persiapan mereka bagi saingan musim depan.

Balestier biar bukan sebuah kelab gah dalam kejohanan domestik bagaimanapun bakal menjadi lawan sesuai Kelantan kerana mereka dibarisi lima pemain import berbanding Kelantan yang membariskan dua pemain sahaja setakat ini.

Berdasarkan data maklumat yang diperolehi RedsfcNews, Balestier Khalsa tidak mempunyai rekod baik dalam Liga Singapura sejak beberapa musim lepas. Mereka bagaimanapun berjaya mara sehingga ke pentas separuh akhir dalam kejohanan Piala tetapi tersingkir.

Satu yang positif, Balestier Khalsa mempunyai perancangan perlawanan persahabatan tersusun kerana mereka banyak melakukan "international Friendly" menentang kelab luar negara sepanjang musim.

Walaupun tidak mencabar di peringkat liga, Balestier Khalsa mungkin menjadi lawan sukar kepada Kelantan jika mereka menurunkan kesemua pemain import terutamanya benteng dari New Zealand, Paul Cunningham, bekas penyerang pasukan Liga Australia (AFL), Mark McGough dan penyerang berasal dari Korea, Kim Yong Kwang.


Bagi Kelantan, dijangka perlawanan malam nanti menjadi tempat Peter Butler mencari keserasian dan menguji kesebelasan pemain muda kedalam skuad seperti perlawanan menentang Maldives. Peter Butler mungkin melakukan banyak perubahan corak taktikal bagi mengukuhkan formasi 4-4-2 pada permulaan perlawanan sebelum menukar kepada corak menyerang agresif 4-3-3 pada masa kedua.

Dengan beberapa pemain bintang tidak diturunkan, kemungkinan besar Denny Antwi akan bergandingan dengan pemain muda dari skuad Piala Presiden untuk menerajui barisan depan The Red Warriors.

Posisi tengah, Kelantan masih tidak menerima khidmat Norfarhan dan Indra Putra manakala Badri Radzi mungkin dimasukkan selepas berehat dari aksi dalam perlawanan persahabatan pertama. Emmanuel Okine terus diberi kepercayaan di bahagian tengah disamping pemain import ujian dari Lebanon, Zakaria Charara. Nurul Azwan Roya juga mungkin akan masuk di kesebelasan utama.

Bahagian pertahanan pula mengumpulkan senarai kesebelasan terbaik kecuali Aziz Ismail yang dikhabarkan tidak akan bersama pasukan manakala dua pemain dilaporkan mengalami masalah kecederaan. Daudsu, Subra, Farisham dan Rizal mungkin diturunkan manakala Nik Shahrul Azim juga dilaporkan cergas untuk perlawanan.

Khairul Fahmi berdepan tugasan negara manakala Shahrizan mungkin tidak tersenarai kerana berada dengan skuad Piala Emas memberi laluan kepada penjaga gol ketiga, Syazwan Yusof dalam kesebelasan pertama.


Tiada harapan tinggi disandarkan untuk perlawanan ini kerana keputusan perlawanan tidak penting buat Kelantan. Paling utama ialah keserasian pemain yang diturunkan selain mengelakkan dari berlaku kecederaan serius kepada pemain utama.

Selebihnya, The Red Warriors memang memerlukan perlawanan persahabatan ini untuk mengekalkan kecergasan semua pemain sebelum turun aksi sebenar Liga Malaysia, awal Januari tahun depan.

Ringkas: Pemain TRW AFC Diperkenal di Paroi.

Skuad Kelantan yang akan didaftarkan dalam kejohanan peringkat Asia (AFC) diperkenalkan dalam perlawanan persiapan pra musim melawan Perak di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, 1 Disember depan.


Menurut sumber daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, semua pemain Kelantan termasuklah empat pemain import akan diperkenalkan dalam perlawanan tersebut.


Antara pemain yang akan turut sama pada perlawanan tersebut ialah kesemua pemain import tempatan seperti Indra Putra, Norfarhan, Azizi dan Azlan selain dua pemain import luar negara yang masih belum bersama pasukan sebelum ini iaitu Mohamad Ghaddar dari Lebanon dan Albert Banning (Olimpik Cameroon).


Dalam perkembangan sama, skuad Kelantan menamatkan latihan di padang UTM Skudai dan telah berada di Singapura untuk perlawanan persahabatan kompetetif kedua melawan Balestier Khalsa FC, petang ini.

Tan Sri Annuar Musa turut berada disana untuk menilai prestasi terkini pasukan Kelantan dan melakukan beberapa perbincangan dua hala bersama Timbalan Presiden Balestier yang juga pemegang jenama Umbro Malaysia dan Singapura.

Pra kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 23 vs Syria 23

Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : 23 Nov 2011
Masa : 8.45 mlm
Siaran Langsung :RTM1 dan Astro Arena

Malaysia akan berdepan Syria dalam kempen kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Malam ini Malaysia bakal berhadapan pasukan yang jauh lebih kuat yang menduduki ranking ke 106 Fifa manakala Malaysia hanya diranking yang ke 151.

Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang ayuh kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.Mari-sama kita tunjukkan semangat kenegaraan kita serta memberi pengiktirafan kepada skuad bawah 23 negara yang telah menjuarai acara bolasepak Sukan Sea dua hari yang lalu.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan kita mengharapkan Khairul Fahmi dapat meneruskan kecemerlangan beliau seperti yang ditunjukkan dalam Sukan Sea.

Kita tidak rela menyaksikan Syria berpesta gol malam ini,oleh itu ketangkasan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi serta rakan dalam memastikan gawang Malaysia dibolosi amat ditagih.

Selasa, 22 November 2011

International CLub Friendly : Balestier Khalsa FC vs Kelantan FA.

Dalam kehangatan dengan kejayaan bersejarah Malaysia mempertahankan Pingat Emas Sukan Sea Indonesia 2011, ramai penyokong Kelantan terlupa pasukan kesayangan mereka akan turun beraksi menentang sebuah Kelab Singapura dalam persiapan Pra Musim Liga M, esok.

Kelantan yang kini sedang menjalani latihan di sebelah Selatan dijangka turun melawan Balestier Khalsa FC di Stadium Tao Payoh bermula jam tujuh petang.



Maklumat Perlawanan

Balestier Khalsa FC vs Kelantan FA
Stadium Tao Payoh, Singapura
Rabu/23 November 2011
Jam : 7 Petang

Tiket masuk adalah percuma dan seluruh warga Kelantan yang berada di Singapura, Johor serta di seluruh negara boleh hadir untuk memberikan sokongan kepada The Red Warriors.

Lagi Serangan Ala Provokasi kepada Penyokong Kelantan.

Tanpa disangka, masih terselit sifat kurang ajar dan sikap cemburu dalam kalangan rakyat Malaysia akan kefanatikan penyokong dan kejayaan Kelantan muncul antara kuasa besar bola sepak Liga Malaysia.


Mengapa serangan provokasi sering melanda pasukan Kelantan walhal para penyokong yang mendukung semangat The Red Warriors langsung tidak melancarkan sebarang kata-kata kesat dan serangan provokasi kepada pihak lain.


Adakah ramai pihak mencemburui pasukan Kelantan ekoran kejayaan memberangsangkan mereka dalam kejohanan bola sepak tanah air.

Rata-rata penyokong Sang Kijang tidak dapat menerima serangan berbentuk prvokasi sebegini kerana Kelantan adalah sebuah negeri berdaulat di Malaysia, mempunyai Raja dan perlembagaan negeri yang sah serta menyokong sepenuhnya pasukan kebangsaan.

Justeru itu, pihak penyokong memohon Berita Harian meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat Kelantan dan selepas ini melakukan tapisan lebih teliti sebelum menyiarkan kenyataan daripada pihak lain didalam akhbar mereka.

Tiada guna bersubahat dengan segelintir pihak untuk memburukkan negeri Kelantan kepada seluruh warga tanah air.

sumber:redsfc news

Ucapan Tahniah Liverpool untuk Malaysia

Kemenangan skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas untuk Sukan SEA ke-26 bukan sahaja dibanggakan rakyat Malaysia. Skuad kendalian Ong Kim Swee ini juga telah mendapat ucapan tahniah dari kelab terkemuka Inggeris, Liverpool.

Malaysia telah mengikat Indonesia sehingga ke masa tambahan. Indonesia mendahului setelah Gunawan menjaringkan gol awal hasil sepakan sudut namun berjaya disamakan kedudukan menerusi tandukan rendah oleh Asraruddin.

Sepakan penalti telah menentukan pingat emas untuk Malaysia apabila berjaya mengatasi Indonesia dengan jaringan 4-3.


Tahniah Malaysia!!!




MALAYSIA

'TANAH TUMPAHNYA DARAHKU'





*tahniah Malaysia, aku sangat bangga denganmu Malaysia

Final Sukan Sea 2011 : Khairul Fahmi Terbaik.

Penjaga gol utama Malaysia dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dipilih penyokong selaku pemain terbaik dalam perlawanan akhir Sukan Sea 2011 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.


Berdasar undian yang dilakukan oleh RedsfcNews selama satu jam, seramai 477 daripada keseluruhan 635 pengunjung memilih Khairul Fahmi kerana penjaga gol nombor satu negara ini telah menunjukkan aksi kental untuk mengekang asakan dan percubaan daripada pemain Indonesia.


Khairul Fahmi tidak asing lagi layak dinobatkan pemain terbaik kerana sepanjang perlawanan, dia menampilkan satu persembahan cukup cemerlang terutamanya menafikan empat percubaan tepat daripada Titus Bonai, Patrich Wanggai dan Okto Maniani.


Dia turut menyelamatkan dua sepakan yang dilakukan pemain Indonesia dalam penentuan penalti untuk membawa kepada kemenangan pasukan Harimau Muda Malaya keatas negara sejiran tersebut.

Selepas ini, aksi cemerlang Apex ditagih sekali lagi pasukan negara untuk aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


SUMBER :REDSFC NEWS

Analisis Ringkas Malaysia dalam Sukan Sea 2011.

Berikut adalah analisis ringkas yang dibuat RedsfcNews tentang prestasi keseluruhan pasukan negara dalam Sukan Sea Indonesia 2011.



Sepanjang kejohanan berlangsung, Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan dimana mencatatkan lima kemenangan dan satu kali seri serta mempertahankan rekod tanpa kalah sejak peringkat kumpulan.

Mereka menjaringkan keseluruhan sembilan gol dan tiga kali bolos sepanjang kejohanan berlangsung.

Enam pemain berlainan menjaringkan gol buat Malaysia dalam Sukan Sea kali ini dimana Badrol muncul penjaring terbanyak dengan tiga gol diikuti Izzat Faris dengan dua gol. Empat lagi jaringan dari keseluruhan sembilan disumbangkan oleh Wan Zaharul Nizam, Shahrul Azwari, Fakri Saarani dan Asrarudin Putra.

Peringkat Kumpulan


Malaysia 0-0 Singapura


Tidak banyak yang menarik untuk diperkatakan tentang perlawanan pembukaan diantara Malaysia menentang Singapura kerana rentak permainan kerap terhenti dengan bunyi tiupan wisel daripada pengadil perlawanan. Bagaimanapun, Malaysia jelas menguasai perlawanan dari minit awal hingga akhir tiupan wisel tetapi kegagalan barisan serangan menjelmakan jaringan memaksa kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Malaysia 2-1 Thailand


Perlawanan kedua, Malaysia menghadapi saingan getir daripada Thailand tetapi bangkit dari pemulaan hambar untuk mengejutkan skuad Gajah Putih 2-1 di penghujung perlawanan. Pada babak pertama bagaimanapun jelas dikuasai Thailand dengan beberapa cubaan bahaya kearah kubu Malaysia tetapi gagal menembusi benteng terakhir kawalan Khairul Fahmi Che Mat. Serangan bertali arus yang dilancarkan Thailand bagaimanapun diserap dengan baik pemain negara seterusnya turut melancarkan beberapa serangan balas kearah pintu gol pihak lawan. Nyata kesempatan terbuka berjaya digunakan dengan sebaik mungkin oleh Badrol Bakhtiar untuk melakukan jaringan pertama. Ketika perlawanan seakan berkesudahan dengan jaringan tunggal tersebut, T. Natarid mengejutkan seketika kem Harimau Malaya dengan satu sepakan menarik dari jarak dekat untuk menyamakan kedudukan pada sepuluh minit terakhir tetapi Izzat Faris muncul selaku wira dengan sepakan lencong cantik dari luar kotak tidak lama kemudian untuk membawa Malaysia ke kedudukan kedua carta kumpulan.

Malaysia 4-1 Kemboja


Walau mencatatkan kemenangan pertama keatas Thailand, skuad Malaysia berdepan kritikan dari peminat kerana ketumpulan jentera penyudah dilihat menjadi permasalahan berat kepada keseluruhan perlawanan. Bagi membuktikan tanggapan itu salah, Sang Harimau garang turun perlawanan ketiga dengan melakukan tiga jaringan pada babak pertama untuk melemahkan semangat Kemboja dari persaingan. Tetapi entah dimana silapnya, pemain negara pula berdepan tekanan hebat pada separuh masa kedua sehingga membenarkan pasukan lawan membocori gawang buat kali pertama seterusnya kembali kepada perlawanan. Ketika tekanan semakin memuncak, beberapa pemain mula menunjukkan sikap kepimpinan untuk menyerap segala asakan pihak lawan. Akhirnya, selepas melalui beberapa kali mencuba, Wan Zaharul Nizam datang dengan rembatan lencong ala Rooney untuk mengesahkan kemenangan.

Malaysia 1-0 Indonesia


Ramai pihak beranggapan Indonesia mudah meratah Malaysia selepas menampilkan corak permainan kental sepanjang peringkat kumpulan selain menerima bantuan menyeluruh dari para penyokong setia mereka serta pengadil perlawanan. Tetapi, pemain negara yang turun berjuang tidak mempedulikan serangan provokasi dengan mempraktikkan segala tunjuk ajar daripada Ong Kim Swee untuk menyekat pemain Indonesia dari mengancam kubu mereka. Biarpun tuan rumah menguasai sepenuh masa permainan dengan berpuluh puluh percubaan kearah pintu gol Malaysia, satu jaringan daripada serangan balas Shahrul Azwari dan Mahali Jasuli pada pertengahan babak pertama memberikan Malaysia kemenangan ketiga dan mengangkat pasukan negara selaku juara kumpulan A seterusnya menempah pertemuan separuh akhir dengan Myammar.

Separuh Akhir

Malaysia 1-0 Myammar


Ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan lanjutan ke masa tambahan, Ahmad Fakri Saarani muncul dengan jaringan kemenangan pada minit ke-85 untuk membawa Malaysia ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut. Permulaan awal perlawanan kedua-dua pasukan bagaimanapun saling melakukan serangan kearah pintu gol masing-masing tetapi gagal meletakkan bola kedalam jaring. Tamat babak pertama dengan tiada jaringan namun babak kedua, perlawanan sedikit berubah dimana Malaysia dan Myammar mencuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol. Banyak percubaan berjaya dilepaskan tetapi penjaga gawang masing-masing bijak mempertahankan kubu terakhir dari bolos. Segala usaha yang dilakukan mereka tetap gagal sehinggalah gerakan yang dicetuskan Izzat Faris dari kawasan tengah melantun ke kaki pertahanan Myammar memberikan Fakri ruang cukup luas untuk meledak dengan sepakan kaki kanan.

Perlawanan Akhir

Malaysia 1-1 Indonesia
Malaysia menang penalti 4-3


Kehangatan perlawanan akhir bukan sekadar didalam padang tetapi turut berlarutan sehingga ke luar padang dimana sehari sebelum aksi, penyokong lawan sudah memberikan provokasi keatas pasukan negara. Media mereka mencetuskan suasana panas tetapi tidak diendahkan. Tuan rumah turun dengan skuad penuh mudah merencana gerak untuk jaringan pertama seawal lima minit pertama tetapi pemain Malaysia tetap utuh untuk bangkit mencari jaringan penyamaan. Permulaan serangan mereka mudah diselamatkan Meiga Kurnia dan beberapa percubaan Malaysia selepas itu turut ke dakapan penjaga gol Garuda. Tanpa diduga, Badrol Bakhtiar meloloskan diri dari kawalan tiga pertahanan Indonesia sebelum melakukan silangan cantik buat Asrarudin menerbangkan badan menanduk masuk ke penjuru kanan pintu gol. Gol penyamaan kembali membuka perlawanan tetapi kedua-dua pasukan buntu melakukan penyudah walaupun mempunyai deretan peluang didepan gol. Memasuki tambahan masa 30 minit tetap gagal menamatkan perlawanan memaksa keputusan ditentukan dengan sepakan penalti. Indonesia membuka tirai dengan jaringan Titus tetapi mudah disamakan kembali oleh Mahali. Sepakan Gunawan bagaimanapun tersasar mengena tiang memberi sedikit kelegaan kepada Fandi menyepak masuk penalti kedua. Bagaimanapun, Egi megliansyah menepati sasaran menyebabkan Fakri melakukan kesilapan dengan sepakan lemah kepada Meiga. Abdul Rahman melakukan sepakan cantik menewaskan Khairul Fahmi tetapi Fadhli Shas tenang menyamakan kedudukan. Pemain kelima Indonesia pula menyepak tepat kearah penjaga gol Malaysia memberikan Badrol Bakhtiar status wira untuk sepakan penalti terakhir membawa pungutan emas kedua kepada Malaysia dalam kejohanan dwi tahunan tersebut.

Rumusan

Secara keseluruhannya, Malaysia membuktikan kepada semua pihak kejagohan mereka di pentas Asia Tenggara dengan merangkul pingat emas kedua dalam Sukan Sea. Namun, prestasi keseluruhan pemain negara dalam kejohanan ini masih perlu diperbaiki terutamanya barisan serangan yang dilihat sangat tumpul sehingga menjejaskan corak permainan keseluruhan pasukan negara. Walaupun mempunyai pemain yang sudah berpengalaman, mereka lansung tidak merbahaya di kawasan penalti menyebabkan banyak peluang terhidang terlepas begitu sahaja. Dengan kejohanan Olimpik perlu dihadapi dalam masa terdekat, tidak banyak perubahan dapat dilakukan Ong Kim Swee kecuali mengharapkan pemain yang ada untuk melakukan dengan baik tugasan utama tersebut. Setakat ini, posisi penjaga gol dan pertahanan menunjukkan konsistensi yang dapat memberikan kelegaan berterusan kepada kem Malaysia. Andaikata berlaku sedikit kesilapan di dua posisi ini maka keputusan perlawanan bakal berubah secara menyeluruh. Satu yang positif, jentera tengah dilihat mempunyai masa depan baik kerana dapat membantu penyerang melakukan penyudah. Terutamanya dengan kemunculan Nazmi Faiz begitu membanggakan dan sewajarnya pendedahan yang diberikan pihak pengurusan Malaysia dalam sukan Sea digunakan sebaik mungkin oleh pemain ini untuk menunjukkan bakat pada masa depan.

Penyokong Malaysia Bangga.

Kejayaan Harimau Muda Malaya mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Indonesia membanggakan seluruh warga Malaysia di seluruh dunia.


Deretan ucapan dan kata-kata tahniah dilontarkan kepada pemain Malaysia yang berjuang selama 120 minit diatas padang untuk merangkul kemenangan keatas Laskar Garuda.


Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan mendebarkan dan penuh tekanan bukan sahaja terkena kepada pemain tetapi tempiasnya melanda semua rakyat Malaysia yang mendukung pasukan bola sepak Kebangsaan.

Selepas tungkus lumus yang ditunjukkan maka hasilnya di penghujung begitu mengembirakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.

Siapa sangka, permulaan sederhana pada saingan peringkat kumpulan berjaya diatasi dengan gemilang sehingga mampu menewaskan tuan rumah yang begitu liat untuk ditewaskan pasukan yang bertanding pada kejohanan kali ini..


Ternyata dua kemenangan yang diraihn keatas Indonesia semasa saingan kumpulan dan kemuncaknya diakhiri dengan kemenangan penalti begitu mengujakan hati sang "supporters" kerana bukan sahaja pungutan emas dipertaruhkan tetapi maruah seluruh warga Malaysia.

Menurut pengunjung halaman Facebook RedsfcNews, mereka harap skuad Harimau Muda mampu meneruskan legasi negara ke pentas antarabangsa lain selepas ini.

Mereka semua merasa bangga kerana jagoan Asia Tenggara sudah di buktikan dan sewajarnya perlawanan peringkat Asia dan Dunia dapat pemain takluki selepas ini.

Laporan Final Sukan Sea 2011 : Malaysia Rangkul Pingat Emas.

Khairul Fahmi Che Mat dan Badrol Bakhtiar muncul wira apabila aksi menyelamat sepakan penalti dan juga gol penalti terakhir memberikan pingat emas kepada Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 selepas kedudukan sepenuh masa termasuk masa tambahan berkesudahan seri 1-1.


Permulaan babak pertama, penguasaan penuh dimiliki tuan rumah apabila serangan awal mereka pada minit ke-2 melalui percubaan jarak jauh Andik gagal ditangkap kemas tetapi mujurlah cubaan susulan Titus Bonai diselamatkan Khairul Fahmi diatas garisan gol.

Semint kemudian, Khairul Fahmi menafikan dua cubaan Indonesia untuk memberikan sepakan penjuru kepada tuan rumah dan tanpa diduga, Gunawan muncul dari arah belakang menanduk kencang untuk gol pertama perlawanan.


Pada minit ke-11, berpunca dari hantaran lintang Badrol, tandukan bebas Asrarudin Putra ditepis penjaga gol Indonesia, Meiga Kurnia.


Selang enam minit, giliran Irfan Fazail melakukan percubaan tetapi mudah diselamatkan Meiga.

Asrarudin berpeluang sekali lagi untuk menyamakan kedudukan tetapi tandukan hasil hantaran Badrol tersasar jauh pada minit ke-27.

Indonesia hampir menambah jaringan selepas itu tetapi jaringan Okto dibatalkan selepas dia berkedudukan offside.



Usaha Malaysia akhirnya berhasil pada minit ke-33 selepas Asrarudin bijak melayangkan badan menanduk masuk hantaran lintang Badrol Baktiar.

Badrol pula menyaksikan cubaan sepakan percuma dari jarak 30 meter terus kepada penjaga gol Indonesia untuk kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel babak pertama dibunyikan.

Bersambung babak, Laskar Garuda terlebih dahulu mengancam melalui cubaan sepakan percuma pada minit ke-47.

Selepas itu, Malaysia jelas menguasai perlawanan apabila melakukan asakan bertali arus kearah pintu gol Indonesia. Bermula dengan peluang terbuka dimiliki Fakri pada minit ke-52, sepakan half volley Irfan Fazail dua minit selepas itu mudah ke dakapan Meiga Kurnia.

Indonesia turut tidak ketinggalan selepas Patrich mendapat satu peluang didepan gawang hasil hantaran lintang dari Titus Maniani pada minit ke-59 tetapi Khairul Fahmi pantas menerbangkan badan menepis keluar.

Lima minit kemudian, Patrich melepasi kawalan dari Muslim Ahmad tetapi cubaan penyerang Indonesia ini terkena jaring tepi pintu gol Malaysia.

Pada minit ke-83, sepakan percuma jarak jauh daripada Badrol Baktiar mudah ditampan keluar Meiga untuk menyelamatkan pintu gol dari dibolosi kali kedua.

Selepas cubaan tersebut, kedua-dua pasukan semakin keletihan mengatur gerakan untuk memaksa perlawanan berlarutan ke masa tambahan.


Masa tambahan separuh masa pertama tidak menunjukkan corak permainan sebenar kedua-dua pasukan selepas kelihatan pemain Indonesia dan Malaysia semakin letih mengharungi tekanan perlawanan.

Namun, Indonesia memulakan masa tambahan dengan langkah kanan hasil jaringan pemain mereka tetapi dibatalkan pengadil selepas Okto terlebih dahulu dikesan offside.

Tiga minit kemudian, Malaysia pula menerima nasib sama selepas gol Zubir Azmi turut dibatalkan kerana dia dikesan berada dalam keadaan offside.

Cubaan Titus Bonai pada minit ke-103 pula lemah kepada Khairul Fahmi Che Mat manakala sepakan percuma Egi Megliansyah pada minit akhir dikeluarkan barisan benteng negara.

Bersambung babak kedua, cubaan awal Malaysia melalui sepakan percuma gagal menembusi benteng Indonesia.

Manakala cubaan lemah daripada daripada pemain berjersi 15 Indonesia dari luar kotak penalti mudah diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat memaksa perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, Mahali Jasuli, Fandi Othman, Fadhli Shas dan Badrol menyempurnakan untuk Malaysia manakala Titus, Egi Megliansyah dan Abdul Rahman menyempurnakan untuk pasukan Indonesia.

Kesebelasan Pemain

Indonesia : Rahmad Achmad
Meiga Kurnia (Gk), Christianco Yerijco, Gunawan Dwi Cahyo, Titus Bonai, Patrich Wanggai, Octovianus Maniani, Ferdinand Sinago, Egi Megliansyah (Kp), Yongky Ariwibowo dan Seftia Hadi.

Malaysia : Ong Kim Swee
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), Asrarudin Putra (Fandi Othman), Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Zubir Azmi, K. Gurusamy (Nazmi Faiz), Irfan Fazail, Badrol Bakhtiar (Kp), Fakri Saarani, A. Thamil Arasu (Yong Kuong Yong) dan Mahali Jasuli.

Isnin, 21 November 2011

Final Getir Buat Harimau Muda Malaya.

Harimau Muda Malaya akan turun perlawanan paling getir sepanjang saingan mereka di Sukan Sea apabila menentang Indonesia dalam perebutan pingat emas di Stadium Gelora Bung Karno, malam esok.


Biarpun perlawanan peringkat kumpulan kedua-dua pasukan baru-baru ini berkesudahan Sang Harimau melompat garang mengerkah cabaran Garuda tetapi perlawanan kali ini sama sekali berbeza.

Jika pada awal tempoh hari, mereka menunjukkan semangat dan perjuangan kental untuk mengekang tuan rumah sehingga wisel penamat namun perlawanan kedua lebih-lebih lagi pentas akhir merupakan misi paling sukar untuk diharungi.


Namun, mahu atau tidak, halangan Laskar Garuda harus ditempuhi seterusnya mendakap kilauan emas kedua dalam masa empat tahun.

Melihat pada skuad semasa, sedikit kesukaran bakal ditempuh pemain negara kerana krisis kecederaan semakin meruncing selepas Izzat Faris menyertai Shahrul Azwari dan Wan Zaharul Nizam bakal tersisih dalam perlawanan akhir nanti.

Izzat dikhabarkan mengalami kecederaan pergelangan kaki serius pada minit akhir perlawanan ketika membantu menewaskan Myammar di separuh akhir manakala Shahrul dan Zaharul Nizam turut terkena bahana sama pada perlawanan tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, tonggak pertahanan, Fandi Othman turut dilaporkan mengalami masalah kecederaan yang membuatkan perancangan ketua jurulatih semakin terencat.

Ternyata Ong Kim Swee tidak mempunyai banyak pilihan kali ini untuk melawan tuan rumah yang terang-terang bakal mendapat sokongan penuh dari penyokong mereka di gelanggang sendiri.

Kelebihan Indonesia terus disandarkan pada tonggak utama mereka yang dilihat 100% cergas dari masalah kecederaan selain mempunyai skuad penuh tanpa gangguan pengantungan perlawanan.

Halangan terakhir Malaysia untuk mengekalkan pingat emas berdepan banyak kesukaran tetapi diharapkan pemain Harimau Muda Malaya dapat bertahan dan mencari gol seawal mungkin untuk mengejutkan tuan rumah di laman mereka sendiri.

Pengalaman beberapa pemain di peringkat senior ketika menjulang Piala AFF tahun lalu bakal mengubah suasana getir kepada kilauan emas dan kepada mereka harapan menggunung tergalas bagi merealisasikan impian warga Malaysia yang mendukung pasukan Harimau.

Gelora Bung Karno perlu disenyapkan dengan jaringan gol dan pemain negara wajar menguatkan mental mereka bahawa segala provokasi di luar padang akan menguatkan tekad mereka menjulang kejayaan di penghujung perlawanan.

Berjuanglah Rimau Muda Malaya, benamkan Ego lawan mu, biar tidak tersisa walau sedikit rasa kesal mereka dengan kerkahan mu, Laskar Garuda bukan penghalang untuk mempertegakkan maruah bangsa. Malaysia, Tanah Tumpah Darah Ku.

Sabtu, 19 November 2011

The Red Warriors Beralih Ke Selatan.

Skuad The Red Warriors dibawah kendalian Peter James Butler akan beralih ke Selatan untuk aksi persahabatan pra musim Jelajah Singapura bemula 20 sehingga 23 November 2011.


Menurut maklumat yang disampaikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, skuad Kelantan akan menjalani latihan tiga hari di Padang UiTM Skudai sebelum bertolak ke seberang tambak untuk dua perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura.


Dijangka Kelantan akan melawan sebuah kelab juara Liga Singapura (20 November) sebelum menamatkan jelajah dengan menentang Balestier Khalsa FC di Stadium Toa Payoh pada 23 November.

Selepas jelajah Singapura, The Red Warriors akan pulang ke Lembah Klang untuk aksi persahabatan dengan ATM dan Perak serta satu perlawanan menentang juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan di Paroi.

Kelantan Buru Import Terakhir.

The Red Warriors meneruskan pemburuan mereka mencari pemain import terakhir untuk mengisi kuota ke-empat seperti yang diperuntukkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


Terbaru, pemain tengah Lebanon, Zakaria Charara menjadi pemain terkini dicuba pihak pengurusan Pasukan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika pertemuan persahabatan dengan pasukan Kebangsaan Maldives, semalam.

Zakaria yang diturunkan pada permulaan separuh masa oleh Peter Butler menampil aksi baik untuk membantu Kelantan mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Maldives selain "assist" kepada Denny Antwi melakar jaringan penyamaan pada pertengahan babak pertama.


Sebelum ini, pihak KAFA dikhabarkan bakal mengikat seorang pemain import dari kelab Liga Perdana Inggeris tetapi dilihat semakin sukar selepas pemain tersebut mengalami masalah peribadi.

Namun, ketidak hadiran pemain ini tidak membawa masalah kepada Kelantan kerana ramai pemain luar negara berminat untuk menyarung jersi Merah Putih pada musim depan.

Dijangkakan selepas ini, beberapa lagi pemain dari luar negara termasuklah dari Cameroon, Lebanon, England dan Nigeria akan diuji Kelantan untuk melengkapkan senarai penuh pasukan.

Tambahan pula dengan tarikh tutup pendaftaran pemain masih lambat, KAFA mempunyai banyak masa untuk melakukan pemilihan dengan lebih teliti seterusnya mencukupkan kuota pemain seperti yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat, Kelantan telah menandatangani tiga pemain import iaitu Denny Antwi, Emmanuel Okine dan Mohamad Ghaddar dengan kontrak jangka panjang, awal November baru-baru in

Jumaat, 18 November 2011

FRIENDLY GAME KELANTAN

KELANTAN 2 - 1 MALDIVES

Dennis Antwi

Dennis Antwi

Harimau Muda tunjuk kejaguhan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk dua dari kanan) bersorak gembira di bilik penginapannya di Nusa Dua, Bali malam tadi ketika menyaksikan perlawanan secara langsung antara Malaysia dan Indonesia. Najib berada di Bali kerana menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.


JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!

Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.

Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.


PENYERANG Malaysia, Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia, Seftia Hadi (kiri) pada pertemuan di Jakarta malam tadi.


Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.

Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.

Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).

Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.

Rabu, 16 November 2011

Kelantan Anjur Kejohanan Empat Penjuru.

Persiapan Pra Musim Kelantan bukan setakat bulan November dimana pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan satu kejohanan empat penjuru pada pertengahan Disember nanti.


Menurut Presiden, Tan Sri Annuar Musa, kejohanan dijangka akan diadakan pada 17 hingga 23 Disember melibatkan pasukan Kelantan The Red Warriors, Selangor serta dua buah kelab antarabangsa dari Syria dan Qatar.

Setakat ini, dua pasukan dari benua Arab tersebut sudah mengesahkan penyertaan manakala Selangor akan berbuat demikian dalam masa terdekat.



Kita juga akan membawakan satu perlawanan ke Kota Bharu jika berpeluang, jelas Annuar.


Sementara itu, pihak KAFA juga sedang dalam rundingan terakhir untuk membawa seorang pemain import dari England ke Kelantan.

Jika tiada masalah, pemain ini dijangka akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Maldives pada 18 November ini di Stadium MBPJ.

SUMBER:REDSFC NEWS

Catatan Popular