KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 3 November 2011

Enam Hari Yang Mendebarkan.

Penyokong Kelantan berada dalam debaran menanti senarai penuh pasukan The Red Warriors untuk musim 2012.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook miliknya, senarai akhir pemain akan diumumkan pada 8 November nanti pada jam 12 tengahari.

Ini bermakna, penyokong Sang Kijang perlu menanti lagi selama enam hari untuk mengetahui dengan lanjut siapa pemain terbaru yang akan melengkapkan pasukan Kelantan untuk saingan saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada tahun depan.



Setakat ini, 19 pemain telah disahkan akan menyarung jersi Sang Kijang dimana 15 pemain pada musim lalu dikekalkan selain 4 pemain dari skuad Piala Presiden akan dinaikkan kedalam skuad senior.


Selain itu juga, kerusi panas ketua jurulatih juga telah bertukar dimana Datuk M. Karathu bertindak tidak mengekalkan jawatan untuk memberi laluan kepada jurulatih Kelantan pada 2008, Peter James Butler mengambil alih.

Dilaporkan, Kelantan memerlukan tujuh lagi pemain termasuk tiga tenaga import untuk didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain awal bulan Disember seperti yang telah ditetapkan

sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular