KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 10 November 2011

Nidzad Ayub Sah Sertai Selangor.

Bekas penyerang muda selama lima tahun hasil acuan dari pasukan akademi Kelantan, Nizad Ayub akhirnya sah berhijrah ke Selangor, musim depan.


Sebelum ini kedengaran desas desus penghijrahan Nizad kepada pasukan Felda United selepas memohon dari pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk dilepaskan tanpa sebarang syarat.

Perkara ini disahkan sendiri penolong ketua jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan, Nafuzi Zain.

Nizad Ayub tidak asing dalam arena bola sepak negeri dan pernah dilabel penyerang muda terbaik bakal dijelmakan oleh pasukan Kelantan pada awal kemunculan. Selain mempunyai skil menarik, Nizad turut berkeupayaan melakukan larian pantas untuk melakukan jaringan gol.



Ketika mewakili pasukan senior Kelantan, Nidzad pernah diletakkan selaku penyerang utama disamping Mohammadou Mustapha tetapi semakin tersisih dari tahun ke tahun ekoran tindakan KAFA merekrut beberapa penyerang bintang.

Dengan penhijrahan ke Selangor, diharapkan dia mampu mengasah bakat menjadi penyerang digeruni suatu masa nanti.

Sekalung ucapan terima kasih daripada pihak penyokong kepada Nizad kerana pernah berada dalam skuad Kelantan dan menjadi antara pemain nadi menuju kearah pasukan terbaik di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular