KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 22 November 2011

Penyokong Malaysia Bangga.

Kejayaan Harimau Muda Malaya mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Indonesia membanggakan seluruh warga Malaysia di seluruh dunia.


Deretan ucapan dan kata-kata tahniah dilontarkan kepada pemain Malaysia yang berjuang selama 120 minit diatas padang untuk merangkul kemenangan keatas Laskar Garuda.


Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan mendebarkan dan penuh tekanan bukan sahaja terkena kepada pemain tetapi tempiasnya melanda semua rakyat Malaysia yang mendukung pasukan bola sepak Kebangsaan.

Selepas tungkus lumus yang ditunjukkan maka hasilnya di penghujung begitu mengembirakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.

Siapa sangka, permulaan sederhana pada saingan peringkat kumpulan berjaya diatasi dengan gemilang sehingga mampu menewaskan tuan rumah yang begitu liat untuk ditewaskan pasukan yang bertanding pada kejohanan kali ini..


Ternyata dua kemenangan yang diraihn keatas Indonesia semasa saingan kumpulan dan kemuncaknya diakhiri dengan kemenangan penalti begitu mengujakan hati sang "supporters" kerana bukan sahaja pungutan emas dipertaruhkan tetapi maruah seluruh warga Malaysia.

Menurut pengunjung halaman Facebook RedsfcNews, mereka harap skuad Harimau Muda mampu meneruskan legasi negara ke pentas antarabangsa lain selepas ini.

Mereka semua merasa bangga kerana jagoan Asia Tenggara sudah di buktikan dan sewajarnya perlawanan peringkat Asia dan Dunia dapat pemain takluki selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular