KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 24 November 2011

International Club Friendly: Balestier Khalsa Bukan Tandingan Kelantan.

Balestier Khalsa FC nyata bukan tandingan Kelantan selepas tumpas 0-3 dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Toa Payoh, Singapura, malam tadi.

Bermain di gelanggang sendiri nyata tidak memberi banyak kelebihan besar kepada anak buah Salim Moin apabila tertekan diasak Kelantan seawal minit pertama.

Biarpun menurunkan skuad utama, Balestier Khalsa langsung gagal mengekang asakan yang dilakukan pasukan pelawat.


The Red Warriors yang dibarisi kebanyakan pemain simpanan lebih unggul di depan setelah membuka tirai perlawanan dengan jaringan pertama pada minit ke-15 apabila percubaan Emmanuel Okine terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol tuan rumah, Joey Sim.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan menerima beberapa lagi peluang jaringan gol melalui Denny Antwi dan S. Chanturu tetapi tidak berjaya membolosi gawang tuan rumah sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Bersambung babak, Kelantan terus menguasai perlawanan memaksa barisan pertahanan Balestier yang diketuai ketua pasukan dari New Zealand, Paul Cunningham terpaksa bekerja keras menahan asakan pasukan pelawat.

Asakan berterusan The Red Warriors membuahkan hasil selepas Nurul Azwan Roya bijak mencuri ruang daripada sebelah kiri untuk melakukan jaringan kedua Kelantan pada minit ke-53.

Ketinggalan dua jaringan, Balestier Khalsa cuba bangkit tetapi S. Chanturu memastikan Kelantan pulang ceria dengan jaringan ketiga dan terakhir perlawanan pada minit ke-90.

Selepas ini, Kelantan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk aksi persahabatan seterusnya melawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Kesebelasan Pemain

Balestier Khalsa FC: Salim Moin.
Joey Sim (Gk) Poh Yi Feng, Vahid Bogucanin, Paul Cunningham (Capt), Anas Hadee; K Vikraman, K Sathiaraj, Ridhwan Osman, Andrew Tan; Shamsurin Rahman, Kim Young Kwang.

Kelantan FA: Peter James Butler.
Mohd Syazwan Yusoff (Gk) S. Subramaniam (Capt), Nik Mohd Shahrul Azim, Aziz Ismail, Zamri Ramli, Emmanuel Okine, Nurul Azwan Roya, S. Chanturu, Khairul Izuan Rosli, Norsyahrul Hawari dan Denny Antwi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular