KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 1 November 2011

Senarai Pemain Kelantan 2012 Diumum Sebelum Raya Korban.

Semua penyokong Kelantan di alam maya sudah tidak sabar menanti pengumuman senarai penuh pemain The Red Warriors untuk musim depan.


Rata-rata peminat yang berada di laman internet ternyata begitu teruja menanti nama pemain import tempatan yang akan menyarung jersi Merah Putih selepas perasaan mereka sedikit redha dengan pengumuman pengekalan 15 pemain utama, baru-baru ini.

Tanpa disangkal, keterujaan para penyokong sebenarnya begitu terkesan kepada sukan bola sepak Sang Kijang sejak akhir-akhir ini.



Dari pagi sampai ke malam membawa pula kepada waktu pagi keesokan hari, tiap saat yang berlalu para penyokong menantikan dengan sabar siapa pemain yang akan melengkapkan sepenuhnya barisan Super Warriors pada musim baru nanti.

Saban masa didedahkan dengan khabar angin tentang keluar masuk para pemain, kehangatan tersebut semakin terasa dengan komen-komen Presiden KAFA di laman sosial Facebook.

Seperti yang dikatakan Tan Sri Annuar Musa, senarai penuh skuad Kelantan sudah dimuktamadkan dimana rundingan telah ditamatkan dengan semua pemain.

Sebelum hari raya Aidiladha nanti, KAFA akan mengadakan satu majlis sidang media untuk mengumumkan senarai penuh pemain termasuk rekrut import.

Kepada penyokong Kelantan, sedia menanti siapa pemain yang akan masuk kerana beberapa hari dari sekarang, senarai penuh akan dikeluarkan kepada semua mereka yang mengikuti pasukan The Red Warriors.

sumber:redsfcnews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular