KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 7 November 2011

Balestier Khalsa, ATM Uji Kelantan.

Kelantan The Red Warriors dalam rangka persiapan musim baru Liga Malaysia dan Piala AFC akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dalam dan luar negara, penghujung November ini.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, dua pertemuan persahabatan menentang kelab luar dan tempatan telah diatur kepada pasukan Sang Kijang sempena pra musim.

Penyertaan Kelantan dalam banyak kejohanan berprestij pada tahun depan memerlukan persiapan rapi dan pihak persatuan bertanggungjawab penuh memperkuatkan pasukan dengan beberapa perlawanan kompetetif.



Kelantan dijangka terbang ke Singapura pada 23 November menentang kelab divisyen satu S-League, Balestier Khalsa FC di Toa Payoh sebelum pulang ke Kuala Lumpur melawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tiga hari selepas itu.

The Red Warriors turut dijangka mengadakan persahabatan antarabangsa menentang skuad kebangsaan Maldives tetapi tarikh sebenar perlawanan masih lagi belum ditetapkan secara rasmi.

Ketika ini, skuad Kelantan sedang giat menjalani sesi latihan dan kecergasan dibawah kendalian Peter James Butler di Padang Mardi dan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV pada setiap petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular