KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 23 November 2011

Prebiu Perlawanan : Balestier Khalsa FC vs Kelantan FA.

Ujian kedua Kelantan melawan kelab pertengahan Liga Singapura, Balestier Khalsa FC berlangsung petang ini di Stadium Tao Payoh.


Lawan yang bakal dihadapi Kelantan dilihat mudah kerana Balestier Khalsa bukanlah kelab gergasi dari Liga Singapura tetapi tujuan perlawanan ini boleh menjadi pendedahan terbaik Sang Kijang untuk persiapan mereka bagi saingan musim depan.

Balestier biar bukan sebuah kelab gah dalam kejohanan domestik bagaimanapun bakal menjadi lawan sesuai Kelantan kerana mereka dibarisi lima pemain import berbanding Kelantan yang membariskan dua pemain sahaja setakat ini.

Berdasarkan data maklumat yang diperolehi RedsfcNews, Balestier Khalsa tidak mempunyai rekod baik dalam Liga Singapura sejak beberapa musim lepas. Mereka bagaimanapun berjaya mara sehingga ke pentas separuh akhir dalam kejohanan Piala tetapi tersingkir.

Satu yang positif, Balestier Khalsa mempunyai perancangan perlawanan persahabatan tersusun kerana mereka banyak melakukan "international Friendly" menentang kelab luar negara sepanjang musim.

Walaupun tidak mencabar di peringkat liga, Balestier Khalsa mungkin menjadi lawan sukar kepada Kelantan jika mereka menurunkan kesemua pemain import terutamanya benteng dari New Zealand, Paul Cunningham, bekas penyerang pasukan Liga Australia (AFL), Mark McGough dan penyerang berasal dari Korea, Kim Yong Kwang.


Bagi Kelantan, dijangka perlawanan malam nanti menjadi tempat Peter Butler mencari keserasian dan menguji kesebelasan pemain muda kedalam skuad seperti perlawanan menentang Maldives. Peter Butler mungkin melakukan banyak perubahan corak taktikal bagi mengukuhkan formasi 4-4-2 pada permulaan perlawanan sebelum menukar kepada corak menyerang agresif 4-3-3 pada masa kedua.

Dengan beberapa pemain bintang tidak diturunkan, kemungkinan besar Denny Antwi akan bergandingan dengan pemain muda dari skuad Piala Presiden untuk menerajui barisan depan The Red Warriors.

Posisi tengah, Kelantan masih tidak menerima khidmat Norfarhan dan Indra Putra manakala Badri Radzi mungkin dimasukkan selepas berehat dari aksi dalam perlawanan persahabatan pertama. Emmanuel Okine terus diberi kepercayaan di bahagian tengah disamping pemain import ujian dari Lebanon, Zakaria Charara. Nurul Azwan Roya juga mungkin akan masuk di kesebelasan utama.

Bahagian pertahanan pula mengumpulkan senarai kesebelasan terbaik kecuali Aziz Ismail yang dikhabarkan tidak akan bersama pasukan manakala dua pemain dilaporkan mengalami masalah kecederaan. Daudsu, Subra, Farisham dan Rizal mungkin diturunkan manakala Nik Shahrul Azim juga dilaporkan cergas untuk perlawanan.

Khairul Fahmi berdepan tugasan negara manakala Shahrizan mungkin tidak tersenarai kerana berada dengan skuad Piala Emas memberi laluan kepada penjaga gol ketiga, Syazwan Yusof dalam kesebelasan pertama.


Tiada harapan tinggi disandarkan untuk perlawanan ini kerana keputusan perlawanan tidak penting buat Kelantan. Paling utama ialah keserasian pemain yang diturunkan selain mengelakkan dari berlaku kecederaan serius kepada pemain utama.

Selebihnya, The Red Warriors memang memerlukan perlawanan persahabatan ini untuk mengekalkan kecergasan semua pemain sebelum turun aksi sebenar Liga Malaysia, awal Januari tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular