KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 26 November 2011

Bintang Muda Mula Dapat Peluang.

Peter James Butler membuktikan kepada semua peminat bola sepak Malaysia, negeri Kelantan sebenarnya tidak tandus pemain muda berbakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.


Kehadiran Butler nyata memberi sinar kepada semua anak muda di dalam pasukan muda The Red Warriors selepas ketua jurulatih yang baru dilantik tersebut dilihat cenderung menggunakan mereka sepanjang saingan persahabatan pra-musim.

Masihkah anda ingat dengan kelibat Zamri Ramli dan Hanif Mohd Nor pada saingan Liga Malaysia 2008, dua pemain muda ini dilihat memainkan peranan penting kepada Kelantan sehingga membawa mereka ke pentas final kali pertama dalam Piala FA.


Ketepikan syarat yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika itu yang mahukan setiap pasukan bertanding menyenaraikan pemain berusia bawah 20 tahun untuk diletakkan kedalam kesebelasan utama setiap perlawanan.

Zamri dan Hanif tidak kekok selepas menerima tunjuk ajar daripada Butler, bermain dengan cemerlang dari mula saingan Liga sehinggalah ke pentas terakhir menentang Selangor Piala FA biarpun akhirnya tumpas dalam penentuan sepakan penalti.

Sejak pengunduran Butler dalam arena bola sepak Kelantan ekoran masalah peribadi, pemain muda Sang Kijang dilihat sukar untuk memecah benteng yang dibina pemain bintang sehingga gagal menjadi sebahagian daripada pasukan.

Hanya Wan Zaharul Nizam dan Mohd Izuan Salahudin dapat memikat jurulatih dan diletakkan dalam kesebelasan utama senior seterusnya menerima panggilan Harimau Muda, manakala pemain selebihnya pula hanya dipanggil untuk menyertai perlawanan persahabatan dan sesi latihan sahaja.

Bukan menyalahkan pihak pengurusan pasukan kerana gagal memberi tempat kepada pemain muda daripada skuad belia tetapi ternyata tugasan di peringkat atas tidak memberikan banyak peluang kepada mereka memperagakan aksi.

Setakat ini, pemain seperti Aris Zaidi, Norsyahrul Hawari, Nik Shahrul Azim dan Khairul Izuan Rosli mula mendapat kepercayaan daripada Peter Butler dan kita harapkan mereka semua dapat menggunakan segala peluang yang dimiliki untuk cuba memecahkan ruang yang telah tersedia untuk The Red Warriors.

Siapa tahu pada musim depan, mereka akan menjadi bintang pada masa depan dan menurut jejak yang dibina Mohd Izuan Salahudin serta Wan Zaharul Nizam mencipta nama dalam pasukan negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular