KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 5 November 2011

Kelantan Rangka Pertemuan Dengan Maldives.

The Red Warriors bakal mengadakan satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Kebangsaan Maldives, pertengahan November nanti.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut bercadang untuk memperkenalkan pemain import terbaru Sang Kijang buat pertama kali kepada penyokong sempena pertemuan persahabatan itu.

Dijangka perlawanan akan diadakan pada 18 November di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan tiket Rm10 seorang dikenakan kepada penyokong yang hadir.



Semua pemain Kelantan akan terlibat dalam perlawanan ini termasuklah beberapa muka baru tempatan yang akan menyertai kem latihan tidak lama lagi.

Ketua jurulatih Sang Kijang, Peter James Butler pasti mahu menunjukkan sesuatu dalam perlawanan yang akan diatur ini kerana pertemuan menentang Maldives merupakan perlawanan kompetetif pertama Kelantan dibawah kendaliannya.

Tunggu pengesahan KAFA untuk tarikh yang lebih tepat perlawanan persahabatan yang diatur kepada semua penyokong The Red Warriors di Lembah Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular