KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 30 November 2011


Perlawanan Pra Musim 2012 : Negeri Sembilan Mudah Atasi Kelantan.

Kelantan akhirnya tewas selepas empat perlawanan persahabatan pra musim apabila kecundang 1-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.


Kelebihan banyak berpihak kepada tuan rumah kerana mereka menurunkan hampir kesemua pemain terbaik yang dimiliki mereka manakala Kelantan hanya bersandarkan kepada pemain simpanan.

Bermain dalam keadaan padang becak, kedua-dua pasukan gagal mengatur gerakan merbahaya pada awal permainan. Sehinggalah pada minit ke-9, S. Chanturu menerima hantaran cantik daripada Albert Banning tetapi pemain ini memilih untuk melakukan sepakan meliar.

Beberapa minit kemudian, giliran Denny Antwi pula melakukan sepakan deras kearah pintu gol Negeri Sembilan namun turut tersasar.

Negeri Sembilan hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 selepas gerakan Kunalan dan Shukor Adan memberikan ruang kepada Shakir Ali melepaskan satu sepakan kencang namun Shazwan Yusof pantas menepis keluar untuk sepakan sudut.

Seminit kemudian, Khairul Izuan Rosli berjaya melarikan bola dari kawalan pertahanan Negeri Sembilan tetapi sepakan kencang dari garisan tepi terbias kaki Norhafiz.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi turut hampa bila sepakan percuma daripada luar kotak penalti Negeri Sembilan mudah diselamatkan Farizal Marlias pada minit ke-24.


Denny Antwi yang dikawal dua pertahanan Negeri Sembilan pula hampir meletakkan Kelantan didepan pada minit ke-25 setelah hantaran Albert Banning terus disambung dengan rembatan deras melepasi palang gol tuan rumah.

Negeri Sembilan juga kecewa apabila dua sepakan percuma yang diperoleh dari jarak dekat gagal disudahkan Shukor Adan dan S. Kunalan.

Albert Banning berjaya menjaringkan gol pada minit ke-34 tetapi dibatalkan pengadil selepas penjaga garisan terlebih dahulu mengesan kedudukan offside pemain ini.

Tuan rumah yang menurunkan Ferreira dari Brazil gagal melakukan jaringan selepas sepakan percuma dari luar kotak sekali lagi ditampan keluar Shazwan Yusof pada minit ke-38.

Peluang terbaik Kelantan untuk menjaringkan gol pertama gagal diterjemahkan Albert Banning selepas percubaan dari jarak dekat pada minit ke-42 diselamatkan Farizal Marlias.

Bersambung babak, Negeri Sembilan tidak menunggu lama untuk berada didepan selepas pemain import yang baru dimasukkan, James Emmanuel Emana mudah menyepak masuk menewaskan Shazwan pada minit ke-49.


Tidak lama kemudian, sepakan deras Nurul Azwan Roya tersasar keluar.

Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan dua pemain baru untuk mencari jaringan penyamaan tetapi mereka dikejutkan dengan jaringan kedua Negeri Sembilan pada minit ke-63 selepas Idris Karim memanfaatkan kesilapan awal Shazwan dengan rembatan kaki kiri kedalam gawang.

Sang Kijang bagaimanapun dapat merapatkan kedudukan pada minit ke-76 hasil jaringan Denny Antwi yang bijak merampas sepakan ke belakang pertahanan Negeri Sembilan untuk gol pertama pasukan pelawat.

S. Kunanlan bagaimanapun kembali menjarakkan kedudukan apabila lambungan kedalam kotak penalti gagal ditangkap Shazwan seterusnya menerjah jaring untuk memberikan gol ketiga kepada tuan rumah.

Selepas jaringan tersebut, Negeri Sembilan sebenarnya mampu melakukan lebih banyak jaringan tetapi barisan penyerang mereka gagal meletakkan bola kedalam jaring biarpun mempunyai deretan peluang terbuka didepan pintu gol Kelantan.

Tambahan masa tiga minit tidak memberi sebarang makna kepada Kelantan dengan Negeri Sembilan pantas turun bertahan untuk mengekalkan keputusan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kesebelasan Utama:

Negeri Sembilan : Farizal Marlias, Norhafiz Zamani, Shukor Adan, Idris Karim, Shakir Ali, Marquen Ferreira, S. Kunalan, Mauro Silva, Ismaidham, Mohd Zulfaizham dan Shahurain Abu Samah.

Kelantan - Syazwan Yusoff (Gk), Daudsu Jamaludin, Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail, Khairul Izuan, Albert Banning, Badri Radzi, S. Chanturu, Denny Antwi dan Nurul Azwan Roya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular