KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 4 November 2011

Kelantan Main Lebih 60 Perlawanan Musim Depan.

Skuad Kelantan bakal menghadapi jadual padat pada musim depan selepas dikhabarkan menyertai lima kejohanan Liga Malaysia dan peringkat Asia.


Dianggarkan 60 perlawanan secara kompetetif terpaksa dilalui tidak termasuk perlawanan persahabatan pra musim dan persiapan pasukan yang lain.

Menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, jadual padat tersebut perlu dihadapi selepas kejayaan Kelantan mara ke peringkat Piala AFC dan Kejohanan Kejuaraan Liga Malaysia dan Singapura.



Selain itu, melengkapkan lagi musim panjang The Red Warriors pada tahun depan ialah perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan juga Piala FA.


Dengan pertambahan jumlah perlawanan, KAFA turut dikhabarkan bakal mengalami pertambahan perbelanjaan sehingga 30% menyebabkan pihak persatuan terpaksa mencari lebih dan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Justeru itu, KAFA mengalukan sebarang bentuk penajaan dari pihak syarikat swasta, kerajaan negeri dan orang perseorangan untuk membantu Kelantan mengharungi kesemua perlawanan yang telah ditetapkan.

sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular