KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 5 November 2011

Nizad Ayub Pemain Terbaru Dilepaskan KAFA.

Penyerang muda Kelantan, Mohd Nidzad Ayub sah dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).


Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, Nidzad Ayub sendiri meminta supaya dilepaskan dan pihak KAFA terpaksa menghormati keputusan yang telah dibuat pemain ini.

Dengan pengunduran Nidzad, skuad Kelantan kini berkurangan daripada 15 kepada 14 pemain dimana pada awal minggu lalu, Presiden KAFA turut mengumumkan pengguguran 10 pemain utama musim lepas.



Azman turut menyatakan bahawa kepergian Nidzad memaksa KAFA melakukan beberapa perubahan didalam pasukan Kelantan.

Kecuali Nidzad, semua 14 pemain sudah menandatangani kontrak dan pemergian dia bukan kerana menerima tawaran daripada pasukan lain.

Untuk catatan, Nidzad Ayub merupakan permata dari skuad Piala Presiden Kelantan tetapi menghadapi pengantungan perlawanan pada 2005 kerana rusuhan pemain dalam kejohanan SUKMA.

Pada 2007, dia diterima kembali menyertai skuad Liga Super Kelantan dan menjadi penyerang utama bersama dengan pemain import dari Senegal, Mohammadou Mustapha Mane.

Era baru skuad Kelantan dibawah kendalian Sathianathan dan Karathu, Nidzad dilihat menjadi pemain simpanan dan tidak menjadi pilihan jurulatih untuk dimasukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular