KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 November 2011

Soley Masuk Selangor.

Selepas Nizad Ayub berhijrah ke Selangor, Solehin Kanasian Abdullah menjadi pemain terbaru dari The Red Warriors mengikuti jejak langkah menyertai Gergasi Merah.


Prospek baru skuad Merah Kuning dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan nyata memikat Solehin untuk berhijrah kesana walaupun menerima banyak tawaran kontrak daripada pasukan lain seperti Kedah, Sarawak dan Sime Darby.

Solehin Kanasian merupakan tonggak utama pasukan Kelantan pada awal musim tempoh hari tetapi dilihat bergelut dengan prestasi selepas mengalami kecederaan serius pada pertengahan saingan.


Walau sudah sembuh dari masalah kecederaan, dia berterusan gagal menempatkan diri didalam skuad utama menyebabkan dia terpaksa meminta pelepasan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk berhijrah walaupun masih mempunyai baki kontrak satu tahun.

Dia turut dikhabarkan mengalami sedikit masalah peribadi dengan ketua jurulatih dan beberapa pemain Kelantan yang lain pada saingan kali ini menyebabkan bakat yang dimiliki Solehin gagal digunakan dengan sebaiknya.

Namun dia tetap mempunyai sejarah gemilang didalam The Red Warriors apabila turut menjadi nadi kepada kejayaan menjuarai Piala Liga Super dan Piala Sumbangsih buat kali pertama.

Penghijrahan ke Selangor diharap dapat membuka lembaran baru kepadanya selepas bergelut dengan pelbagai masalah sejak beberapa tahun lepas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular