KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 25 November 2011

Kelantan Mula Langkah Sumbang.

Juara bertahan, Kelantan bermula sumbang apabila tumpas 0-3 kepada Melaka dalam perlawanan pertama Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-71 di Padang Penjara, Pengkalan Chepa, petang tadi.


Bermain di hadapan penyokong sendiri, Kelantan gagal menguasai perlawanan apabila seringkali menerima asakan bertali arus daripada Melaka.

Bagaimanapun, anak buah Afendi Yusuf terlebih dahulu memberi ancaman kepada Melaka dengan percubaan lemah daripada Mohd Farhan Yaacob pada minit ke-9.


Bemula minit ke-17, Melaka mula menyerap asakan tuan rumah dan melancarkan serangan pertama melalui situasi satu lawan satu Mohd Fauzi Khadar dengan Judtanna Eh Put.

Selang beberapa minit kemudian, giliran Zailan Mohamad melakukan percubaan deras kearah pintu gol Kelantan.

Sang Kijang hampir didepan melalui satu gerakan menarik diantara Rosairil Asrul dengan Farhan Yaacob tetapi bola percubaan dari luar kotak penalti meleret keluar pada mnit ke-24.

Pada minit ke-41, Mohd Zaidee Jamaludin melakukan percubaan tetapi Judtanna pantas menafikan.

Seminit kemudian, pasukan pelawat akhirnya didepan selepas sepakan lambung Mohd Fauzi Khadar menerjah jaring selepas Judtanna Eh Put gagal meangkap kemas cubaan ketua pasukan Melaka tersebut.

Kelantan hampir menymakan kedudukan pada minit akhir separuh masa tetapi Faizal Mohamad gagal menyepak masuk walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Melaka, Mohd Khairul Izzuwan.

Pada babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan dua pemain berpengalaman untuk mencari jaringan penyamaan.

Bermula dengan cubaan Azhan Ismail, sepakan deras Farhan Yaacob pula sedikit tersasar.

Asakan bertalir arus Kelantan bagaimanapun membawa padah apabila serangan balas yang dilakukan oleh Mohd Fauzi Khadar dari sebelah kiri disempurnakan dengan rembatan deras Mohd Nazmee Ari dari luar kotak penalti pada minit ke-74.

Benteng Kelantan terus dihukum pada minit ke-83 selepas Hafifi Awang melakukan kesilapan menerjah S. Harivarman didalam kotak penalti tidak memberi banyak pilihan kepada Shukri Nor selain menghadiahkan sepakan penalti.

Zailan Mohamad yang mengambil sepakan melakukan rembatan deras ke arah penjuru kanan pintu gol Kelantan untuk gol ketiga Melaka keatas tuan rumah.

Kelantan berpeluang untuk merapatkan kedudukan tetapi satu-satunya peluang terbaik yang dimiliki oleh Hafizi Awang dari dalam kotak penalti Melaka terkena palang sebelum diselamatkan oleh Mohd Munawwar Shavukath Ali.

Tambahan masa tidak memberi sebarang erti untuk memberikan Melaka tiga mata seterusnya mengekori rapat Perlis di kedudukan pertama carta Kumpulan D.

Kesebelasan Pemain

Kelantan : Judtanna Eh Put (Gk), Sani Nawi, Wan Rohaimi (Kp), Syafiq Haikal, Hamizi Ibrahim (Khairan Eroza), Khairul Annuar Ramli (Noriman Jaafar), Hafifi Awang, Rosairil Asrul, Hafizi Harun, Faizal Abdullah (Azhan Ismail) dan Farhan Yaacob.

Melaka : Mohd Khairul Izzuwan (Gk), Fhadzil Mohd Limin, Mohd Munawwar Shavukath Ali, Mohd Nadzmeer Hisham, Ching Hong Aik, Zainol Arief, S. Harivarman, Zailan Mohamad, Mohd Fauzi Abd Khadar (Kp), Mohd Nazmee Ari dan Azwan Md Nor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular