KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 29 April 2010

Kemeriahan Baju Merah Dikagumi, Dicemburui dan Digeruni emel


Kehebatan sokongan penyokong The Red Warriors sememang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyokong pasukan dari pantai barat mahupun pantai timur walaupun dilabelkan terlalu fanatik, ganas, miskin, mundur dan kurang hiburan, penyokong The Red Warriors tidak ambil peduli tentang apa yang dilabelkan pada mereka kerana apa yang penting kemeriahan ini dilakukan dengan ikhlas dan semangat yang jujur.

DIKAGUMI:

Penyokong Kelantan satu-satunya penyokong yang mampu mengekalkan jumlah kehadiran lebih 10 ribu setiap perlawanan di stadium utama pasukan sejak 2009 hingga sekarang. Kebanjiran penyokong berbaju merah sudah menjadi bualan hangat penyokong negeri lain yang begitu kagum dengan semangat kenegerian yang ada dalam jiwa seluruh penyokong Kelantan. Sikap buruk segelintir penyokong yang menjadi igaun ngeri penyokong Kelantan lain telah mula terhapus, suasana stadium ceria dengan sorakan dan paluan gendang Kelab penyokong serta jeritan si gadis-gadis yang makin ramai memenuhi stadium. Agak sukar untuk menghapuskan sikap prejudis rakyat Malaysia terhadap penyokong Kelantan kerana hanya perkara buruk sahaja dihebohkan berulang-ulang kali di media sedangkan setelah 11 perlawanan TM Liga Super 2010 berlangsung perkara baik dan sikap menyerupai penyokong liga eropah tidak pula dihebohkan.

Kemajuan dan kehebatan penyokong The Red Warriors bukan sekadar di stadium malah di ruang siber, sekiranya dilihat pada jumlah ahli Facebook di semua kelab penyokong ternyata Kelantan masih mendahului. Selain itu terdapat kemajuan yang belum pernah diusahakan oleh pasukan lain di Malaysia iaitu kemajuan dalam menerajui siaran langsung melalui internet yang diusahakan KAFA sejak 5 perlawanan Kelantan di luar Kelantan mendapat respon yang baik dari peminat walaupun kualiti masih diperingkat percubaan dan menghadapi masalah kelajuan internet di Malaysia yang masih dalam lingkungan 1 mbps kerana kualiti untuk siaran langsung melalui internet memerlukan capaian kelajuan lebih daripada 4 mbps. Kelemahan ini tidak menjadi masalah untuk skuad TRWC memberi laporan secara langsung kepada peminat yang berada diluar stadium seluruh dunia. Percubaan berani ini telah menjadikan laman web ini adalah web rasmi pasukan bolasepak pertama yang mempunyai liputan secara langsung melalui video dan audio di web di Malaysia dan tidak mustahil ianya akan menjadi ikutan web-web pasukan bolasepak negeri lain melalui respon yang diperolehi konti TRWC dari panggilan pasukan-pasukan dan kelab negeri lain.

Keluaran lebih 50 jenis produk sendiri berjenama WARRIORS mendapat sambutan hangat di kalangan penyokong setia Kelantan. Sambutan hangat ini mengatasi jumlah produk yang dikeluarkan sehingga ada yang terpaksa membuat tempahan awal dan sanggup membeli dengan harga yang mahal. Di kala peminat bolasepak dihebohkan dengan produk keluaran piala dunia 2010, produk KAFA tetap dihati dan menjadi pilihan utama. Hal ini juga menjadi buah mulut penyokong negeri lain yang hanya sekadar berbangga dengan produk seperti jersi, mafla, topi dan beberapa item sahaja. Pihak KAFA telah mencuba mengeluarkan pelbagai variasi jenis produk demi mencapai kepuasan semua peminat The Red Warriors. Disamping itu KAFA sedang berusaha untuk membuka kafe rasmi The Red Warriors di ibu negara dalam waktu terdekat ini.

DICEMBURUI:

Ada juga perkara yang dibuktikan penyokong The Red Warriors setaraf penyokong liga eropah dicemburui peminat lain yang memberi penilaian jakun dan sempit dengan mengatakan penyokong Kelantan tiada hiburan, tiada ASTRO dan pelbagai lagi telahan yang dilemparkan. Untuk pengetahuan masyarakat luar Kelantan, kami di Kelantan memiliki segala kemudahan yang ada termasuk kemudahan internet tanpa wayar yang disediakan oleh bukan syarikat telekomunikasi utama negera dan kalau setakat ASTRO ianya dilanggani oleh kebanyakan rumah di Kelantan. Sekiranya dinilai dari jumlah kumpulan penyokong Kelantan di Facebook, penyokong Kelantan memiliki lebih dari satu kumpulan selain Kumpulan The Red Warriors yang mana kesemuanya telah mencecah lebih 10 ribu pengikut. Penilaian-penilaian yang hendak diberikan kepada masyarakat Kelantan perlu diteliti dan dikaji sedalamnya sebelum membuat kenyataan kerana bagi masyarakat Kelantan dari fesyen hinggalah bolasepak, mereka tidak pernah menjadikan masyarakat di Malaysia sebagai ikutan dan pasti akan cuba mendahului lain dari yang lain serta meninggalkannya setelah apa yang dihasilkan menjadi ikutan atau tiruan masyarakat luar Kelantan. Dengan tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka juga melabelkan peminat bolasepak negeri lain sudah mengambil perkara yang ditinggalkan seperti bermain mercun di stadium.

DIGERUNI:

Keberanian dan semangat kesatuan yang utuh dikalangan penyokong telah menimbulkan kegerunan penyokong luar Kelantan untuk hadir ke stadium Kota Bharu mahupun memulakan provokasi terhadap penyokong Kelantan. Namun sikap ini tidak boleh terus menjadi igauan ngeri penyokong lain dengan sentiasa meletakkan tanggapan negatif sebagai imej penyokong Kelantan. Penyokong Kelantan perlu mengekalkan imej sekarang sebagai jaminan kepada penyokong lain untuk turut serta memeriahkan kancah liga super ini. Biarlah penyokong lain gerun dengan semangat dan kemeriahan kita bukannya kerana sikap gedebe dan pencetus huru-hara. Ketika berbual-bual dengan masyarakat luar Kelantan sekarang mereka mula menyatakan seronok ke stadium melihat skuad Kelantan beraksi dan suasana kemeriahan malah ada yang bergurau tidak sanggup melihat skuad kita membelasah lawan dengan jaringan yang besar.

Walauapapun tanggapan atau pujian yang diberikan, kami menyeru semua penyokong terus memberikan sokongan setia yang tidak berbelah bagi kepada skuad kita dan berusahalah untuk memeriahkan diri di stadium mahupun di laman web ini. Hanya sorakan padu "Gomo Kelate Gomo" yang dapat mengekalkan momentum kemenangan dan sebagai bakal juara. Keunggulan kita hanya datang dari jiwa kita. Kehebatan skuad hanya datang dari pulangan yang berbaloi untuk mereka.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Biar Bijak..Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Sertai sekarang program kami.

Selasa, 27 April 2010

Amaran kebangkitan Kelantan emel


SENTUHAN Nurshahrul terus berbisa apabila berjaya meledakkan dua gol ketika Kelantan membenam KL Plus 3-0 di Stadium MBPJ sabtu lepas.

TIGA kemenangan berturut-turut dengan sembilan gol boleh dianggap satu amaran daripada Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini selepas agak tenggelam diawal musim.

Malam kelmarin giliran KL Plus menjadi mangsa selepas dijinakkan 3-0 melalui dua jaringan penggempur kebangsaan Nurshahrul Idlan Talaha dan jaringan menarik pemain berpengalaman, Hairuddin Omar.

Apa yang menarik untuk diperkatakan selain perlawanan yang menyaksikan Kelantan menguasai perlawanan itu adalah kebangkitan yang ditunjukkan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli yang dilihat sudah mula menemui sentuhan.

Namanya turut tersenarai dalam catatan pengendali Kelantan, B. Sathinathan sebagai antara pemain yang perlu diberikan pujian ekoran dua aksi yang cukup memberangsangkan walaupun masih belum menyumbang gol untuk pasukan.

Menurut Sathia, Akmal Rizal sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan gandingannya bersama Norshahrul sudah menampakkan keserasian dan memberikan kesan yang cukup baik dalam misi Kelantan memburu kejuaraan.

"Saya memberinya kepercayaan dan nampaknya dia tidak mensia-siakan kepercayaan yang saya berikan itu. Dia semakin meningkat dan saya masih percaya dia mampu melakukan sesuatu untuk pasukan.

"Dia sentiasa ingin bermain bola sepak sebab itu saya lihat bagaimana dia keluar dari krisis keyakinan dan mencari kekuatan mental itu cukup luar biasa hebatnya," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau menjangkakan satu perlawanan yang sengit berdepan KL Plus selepas Kelantan kehilangan dua tonggak, Shakir Saari dan S. Chanturu selain ketua pasukan, Indra Purta Mahayuddin yang tidak cergas sepenuhnya akibat demam.

Jelasnya, selepas Norshahrul berjaya memecah benteng KL Plus, beliau bertambah yakin dengan persembahan anak-anak buahnya yang bermain seperti yang telah dirancang.

"Inilah yang saya katakan, sebuah pasukan yang baik tidak hanya bergantung kepada seorang pemain dan para pemain yang ada sering bersaing untuk merebut tempat kerana peluang itu sentiasa terbuka.

"Sebagai pemain, jika anda turun bermain dengan jiwa untuk mendapatkan kejayaan, percayalah siapapun lawan anda, pasti pasukan anda akan menang dan saya sentiasa mahu melihat pemain saya beraksi dengan jiwa seperti itu," ujarnya.

Sathia mengharapkan pemain-pemainnya mampu mengekalkan prestasi yang ada untuk menempuh perlawanan yang akan datang selain sentiasa bekerja keras untuk menjamin kemenangan pasukan.

sumber dari Kosmo...

Isnin, 26 April 2010

Cetak  Artikel Cetak . E-mel  Rakan Emel Rakan .

Red Warriors tunjuk garang
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/04/26

Sathia mula temui sentuhan selepas menewaskan Negeri Sembilan

SELEPAS permulaan goyah pada awal musim, Kelantan sudah menemui rentak yang dicari-cari dengan meledakkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak Liga Super kembali bersambung.
Terbaru, KL Plus menjadi mangsa amukan The Red Warriors apabila tewas 3-0 di Stadium MBPJ yang dibanjiri lautan merah kelmarin, mengiringi kejayaan 3-0 ke atas KL di laman sendiri dan kemenangan 3-1 ke atas juara Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang lawan. Tempoh rehat bagi memberi laluan buat Piala FA digunakan sepenuhnya buat anak buah B Sathianathan untuk menajamkan penyudah mereka dengan hasilnya adalah sembilan gol berbanding sebelumnya yang menyaksikan mereka gagal menemui gawang dalam empat perlawanan.

Empat perlawanan itu berakhir dengan seri tanpa jaringan, dengan ia menceritakan mengapa mereka kini berada di tempat ketiga, empat mata di belakang pendahulu, Selangor dan satu mata ketinggalan dengan jiran Pantai Timur mereka, Terengganu.

Kelantan juga berbangga dengan pertahanannya yang diiktiraf sebagai terbaik dalam liga selepas hanya bolos empat jaringan setakat ini.

“Kita hanya tewas satu perlawanan setakat ini. Pemain sudah mula menemui sentuhan gol, diharapkan mereka dapat meneruskan prestasi ini bagi perlawanan akan datang. Perlawanan menentang saingan terdekat kami, Terengganu dan Selangor penting menentukan gelaran Liga Super,” kata Sathia.
MERAH DI MANA-MANA
















Ahad, 25 April 2010

Masih Lagi Ledakan 3 Gol!!

Rentak dan strategi percaturan pemain yang dihasilkan oleh B. Sathiananthan dan Hashim Mustapha sememangnya berjaya kerana pasukan yang berjaya menewaskan Kedah pada selasa lepas dapat dijinakkan dengan mudah sehingga ada satu ketika pasukan Kelantan hanya bermain-main hantaran antara satu sama lain. Ketiadaan Norhafiz Zamani Misbah yang dilayan kad merah telah menambah tekanan kepada semua pemain KL Plus dan hanya paluan gendang upahan KL Plus sahaja yang sentiasa rancak menghidupkan suasana suram KL Plus. Jaringan 2 gol berturut-turut untuk 2 perlawanan dapat dijadikan hadiah daripada Norshahrul Idlan Talaha kepada kedua ibubapanya dan famili yang sering hadir menyaksikan perlawanannya. Rehat yang panjang Hairuddin telah membuahkan hasil dengan jaringan yang cantik dan ramai peminat berharap ini adalah saat kebangkitan Hairuddin yang sudah lama tidak menjaringkan gol.

Walaupun demam dan mendapat 2 suntikan rawatan demamnya, ternyata tidak menjadi penghalang buat Indra Putra untuk beraksi baik pada malam tadi. Semangat ini mengulangi semangat ketika kepalanya berdarah. Penyokong Kelantan harus berbangga dengan khidmat Indra Putra dan mahu memastikan pihak pengurusan menjaga segala urusan Indra Putra dengan baik. Perang psikologi yang dimulakan oleh Mat Zan Mat Aris ternyata memakan diri, apabila pada saat-saat akhir perlawanan hendak bermula Indra Putra masih lagi berbaju alas sejuk sehinggalah senarai nama pemain dikeluarkan mendapati nama Indra Putra turut tersenarai. Situasi ini sedikit sebanyak telah menggangu strategi yang telah diatur oleh Mat Zan Mat Aris yang lebih menumpukan kawalan pada Norshahrul Idlan dan Mohd Badhri.

Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas berkenaan perlawanan ini, beliau amat berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan. Beliau akan memastikan momentum ini akan dapat dikekalkan ketika bertemu Pahang di Kota Bharu selasa nanti untuk penutup pusingan pertama TM Liga Super 2010 dan akan bertemu kembali Pahang di Kuantan sabtu nanti untuk permulaan pusingan kedua TM Liga Super 2010. Ucapan tahniah juga buat Azizi Mat Rose telah kali ketiga berturut-turut dinobatkan "PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN" begitu juga Khairul Fahmi penjaga muda yang beraksi cemerlang dan tenang.

Kejayaan para penyokong Kelantan menjaga imej terbaik untuk 11 perlawanan lalu sedikit tercemar pada malam tadi apabila masih ada penyokong yang membaling mercun dan membawa bendera politik yang sudah pasti bakal mengundang amaran atau denda dari FAM. Mungkin ramai penyokong masih beranggapan kenapa penyokong negeri lain boleh kenapa Kelantan tidak boleh? jawapan dari pihak kami amat mudah biarlah kita sentiasa memastikan kita terbaik dan lebih baik dari penyokong lain serta anggaplah hanya kita sahaja yang mampu mengangkat kembali imej kita sehingga digeruni dan dikagumi dari setiap sudut samada pengurusan, pemain dan penyokong. Peduli apa orang hendak kata pada kita yang pasti kita akan terus menjadi yang terbaik dan Juara semua situasi. Sikap membaling mercun yang ditunjukkan oleh si pembaling telah mengundang lawak dan marah dikalangan peminat lain kerana hanya sudut si pembaling sahaja yang kedengaran bunyi mercun dan telah mengundang bahaya kepada dirinya disebabkan pihak Polis dengan mudah dapat mencari dan mengesan si pembaling mercun itu tadi sungguhpun dilepaskan oleh pihak polis. Tindakan pihak polis sememangnya mendapat kerjasama daripada pihak KAFA kerana pihak KAFA tidak sanggup sentiasa menanggung denda disebabkan baling mercun dan membawa bendera politik. Ini bermakna pihak KAFA tidak akan bertanggungjawab dan berkompromi dengan mana-mana individu yang ditangkap.

Tahniah dan ribuan perhargaan kepada semua penyokong Kelantan kerana menjadikan kawasan sekitar dalam dan luar stadium pada malam tadi seolah-olah berada di Kota Bharu. Gelagat si Badut sujud mencium padang pada rehat separuh masa kedua telah membuat stadium riuh dengan ketawa dengan aksi selamba si badut sehinggalah dikejar rela. Fenomena kemeriahan bolasepak Kelantan tidak dapat dikecapi oleh mana-mana pasukan di Malaysia. Disamping kemajuan teknologi siaran langsung melalui yang diusahakan oleh TRWC amat membanggakan biarpun masih dalam proses peningkatan kualiti dan kelemahan sistem kelajuan internet di Malaysia yang masih belum mampu memberi impak yang baik kepada teknologi terkini yang cuba diusahakan oleh TRWC.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Biar Bijak...Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo
Khaidir Buyong sifatkan 2 jaringan Norshahrul 'brilliant goal' emel


KETIKA menjadi tetamu bagi rancangan Wisel Penamat awal pagi ini, bekas jurulatih kebangsaan, Haji Khaidir Buyong secara berterus terang melahir rasa kekagumannya terhadap dua jaringan awal pasukan Kelantan.

Kedua-dua gol berkenaan ialah jaringan Norshahrul Idlan Talaha yang disifatkan Khaidir sebagai sangat 'brilliant'.

"Dia (Norshahrul) tidak gopoh.. dia very cool.. dan dia sangat brilliant (menyudahkan bola).

"Pasukan Kelantan mempunyai penyudah yang baik, manakala pasukan KL Plus tidak mempunyai penyudah yang baik.. itulah perbezaan kedua-dua pasukan dalam perlawanan malam ini," tambah Khaidir.

Gol pertama Kelantan malam ini berpunca daripada lontaran ke dalam yang disambut oleh Akmal Rizal dan melorongkan dengan baik kepada Norshahrul.

Penyerang kebangsaan itu kemudiannya berjaya melepasi kepungan dua pertahanan KL Plus sebelum mengungkit bola melepasi penjaga gol tuan rumah.

Sebagai rekod, Norshahrul sudah menjaringkan lapan gol setakat ini untuk bersaing merebut penjaring gol terbanyak Liga Super musim ini.

Dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu Selasa lepas, Norshahrul turut menjaringkan dua gol.

Berita Liga Malaysia
http://liga-m.sokernet.com

Red Warriors terus konsisten, Norshahrul jaring 2 gol emel


KELANTAN terus mengekori rapat dua pasukan teratas, Selangor dan Terengganu selepas menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah, KL Plus dalam aksi Liga Super malam tadi.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 itu menyaksikan skuad Red Warriors berpeluang menjaringkan lebih banyak gol jika barisan penyerang terutama Akmal Rizal dan Hairuddin Omar meledak lebih tepat ke sasaran.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu Kelantan membuka jaringan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-28 serta menambah satu lagi gol pada minit ke-40 juga menerusi Norshahrul.

Ia menjadikan koleksi gol Norshahrul dalam saingan Liga Super musim ini meningkat kepada lapan gol setakat ini.

Kedudukan Kelantan bertambah kukuh apabila Hairuddin Omar berjaya menjaring gol ketiga Red Warriors yang juga gol sulung pemain itu buat pasukan Kelantan.

Kemenangan Selangor 3-0 ke atas T-Team dan Terengganu 4-0 membelasah Perlis menyaksikan kedudukan tiga tempat teratas Liga Super tidak berubah dengan Red Giants kekal di tangga teratas dengan 29 mata diikuti Terengganu (26) dan Kelantan (25).
AZIZI, SUBRA, NORSHAHRUL, NORFARHAN, AKMAL RIZAL, DAUDSU, WAN ZAMAN, KHAIRUL FAHMI (GK), INDRA (C), ZAIRUL FITREE, PIYA.

SIMPANAN-SYED ADNEY, ZUL YUSRI, KHAIRAN, FARISHAM, NIZAB, RIZAL FAHMI, HAIRUDDIN

DIGANTUNG - SHAKIR
Kelantan waspada ancaman KL Plus

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan membayangkan pasukannya bakal berdepan laluan sukar apabila berkunjung ke Stadium MBPJ bertemu KL Plus dalam aksi Liga Super, malam ini.

Sathinathan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, keadaan agak menekan apabila Kelantan bakal kehilangan tiga tonggak utama termasuk perancang terbaik pasukan yang juga kapten, Indra Putra Mahyuddin.

"Kita akan kehilangan khidmat Indra, dia demam selepas lawan dengan KL Selasa lalu. Jadi tak dapat diturunkan untuk perlawanan kali ini.

"Selain itu, dua lagi pemain yang tidak dapat diturunkan iaitu Mohd. Shakir Sa'ari yang digantung satu perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning manakala S. Chanturu mengalami kecederaan semasa perlawanan tempoh hari," katanya.

Tambahnya, dia akan membuat sedikit rombakan di bahagian tengah dan serangan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan tiga pemain tersebut.

"Saya tidak risau, kita ada pemain muda (Zul Yusri Che Harun) yang boleh ganti tempat Indra dan Khairan Ezora atau Wan Zaman mampu untuk isi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir.

"Justeru itu, saya harap mereka yang dipilih dapat membuktikan sesuatu dan saya yakin mereka yang dipilih mampu memberikan persembahan terbaik," ujarnya.

Ketika diminta mengulas pertemuan menentang KL Plus, Sathianathan berkata, ia pasti menjanjikan suatu pertemuan yang sengit.

"KL Plus bukan pasukan yang boleh dipandang mudah. Mereka memiliki ramai tonggak yang bagus dan berpengalaman.

"Kejayaan mereka menewaskan naib juara Piala FA, Kedah di Alor Setar baru-baru ini tidak boleh di ambil mudah," katanya.


Sabtu, 24 April 2010

Menjelang pertemuan The Highwaymen VS The Red Warriors emel

Namun bagi Jurulatih Kelantan B. Sathiananthan tidak akan memandang remeh mahupun berasa terlalu selesa menjelang pertemuan ini kerana menggangap prestasi KL Plus sukar diramal dan perlu lebih berhati-hati. Beliau turut berharap kehadiran ramai penyokong pada malam esok yang akan memberikan semangat kepada semua pemain yang akan merasakan seolah-olah beraksi di arena sendiri. Pihak TRWC menyeru semua peminat bolasepak Kelantan untuk menyaksikan perlawanan ini, melihat pada respon di Facebook dan laman forum jemputan supaya berkonvoi dari 1 destinasi yang sama ke stadium MBPJ malam esok amat menggalakkan. Kami juga menyeru kepada semua kelab-kelab penyokong membawa sebarang alat bunyian seperti gendang, drum dan sebagainya bagi memeriahkan suasana perlawanan ini.

Diharap kemenangan selesa dua perlawanan lepas tidak melalaikan para pemain The Red Warriors dalam menjalankan tugas penting esok. Misi kemenangan perlu diteruskan supaya memberi saingan sengit kepada Selangor dan Terengganu dalam mendaki kemuncak tangga liga. S. Chanturu yang dilihat banyak mensia-siakan peluang pada selasa lepas perlu lebih bersedia dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sekiranya diberikan peluang dalam kesebelasan utama. Keserasian tiga trio utama Indra, Norshahrul dan Piya seolah-olah menjadi bom peledak berangkai yang sangat digeruni lawan dan ditambah kehebatan Daudsu, Farhan, Azizi yang boleh berfungsi sebagai bom yang sukar dijangka dan boleh meledakkan gol pada bila-bila masa sekiranya peluang terhidang.

Kesungguhan dan semangat penyokong The Red Warriors dalam terus memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka telah sedikit sebanyak menyedarkan semua pasukan liga super tentang kekurangan sambutan penyokong mereka. Oleh itu tidak perlu menjadikan alasan siaran langsung dan Liga Eropah sebagai punca kurangnya sambutan penonton ke stadium kerana bagi masyarakat Kelantan semuanya ditonton dan dilayan dengan fanatik tanpa mengabaikan semangat kenegerian dan jati diri mereka. Pihak media juga perlu dipertanggungjawabkan kerana terlalu mengagungkan dan berlebihan dalam membuat liputan dan laporan liga luar negara berbanding liga tempatan yang hanya berkongsi ruang dan perenggan sahaja. Situasi ini amat berbeza ketika zaman era Hashim Mustapha, Radhi Mat Din dan Mat Zan Mat Aris, dimana media memberi liputan yang luas dan sensasi kepada pemain-pemain pada zaman itu, tidak mustahil juga kelesuan ini disebabkan ketiadaan pemain import yang memeriahkan liga tempatan diera 80an dan 90an.

Walaupun apa alasannya penyokong The Red Warriors yang sering dicop ganas dan fanatiklah, masih utuh dan ramai jumlah penontonnya walau diera mana dan tempat mana sekalipun. Sekalung tahniah kepada semua penyokong setia The Red Warriors yang begitu cemerlang dan terbaik dalam tingkah laku serta tindakan mereka sejak TM Liga Super 2010 berlangsung dan pihak KAFA berharap situasi ini akan menjadi sikap dan tabiat sebenar penyokong Kelantan sepanjang zaman. Bukan satu riak mahupun takbur sekiranya disamakan atau diletakkan penyokong Kelantan sebenarnya sudah setanding penyokong Eropah yang sentiasa memenuhi stadium walaupun terdapat siaran langsung TV, lintas langsung melalui web dan kemaskini keputusan terkini di web mahupun sms kerana realiti ini dapat dibuktikan pada semua. Seruan penyokong Kelantan agar membawa setiap seorang satu bendera atau satu belon amat digalakkan supaya dapat menunjukkan kepada seluruh Malaysia budaya penyokong bolasepak profesional Eropah sudah ada pada diri masyarakat Kelantan. Kita harus berpegang pada prinsip biar apa pun orang hendak labelkan pada kita yang penting kita akan menjadi lebih baik dan terbaik dari orang lain. Kami juga menyeru semua peminat The Red Warriors mengajak kawan-kawan semua menjadikan laman web rasmi KAFA sebagai media utama dalam menangkis segala kritikan dan tohmahan berat sebelah media. Kami akan mengemaskini berita dari masa ke semasa selain mengalu-alukan sumbangan artikel yang sesuai untuk dipaparkan sebagai berita komuniti oleh semua peminat.

"Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main biar bijak...Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo"

Jumaat, 23 April 2010

Kijang Muda Catat Kemenangan Tipis

Kelantan bernasib baik mengutip tiga mata penuh apabila mencatatkan kemenangan tipis 3-2 menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang tadi.

Bermain dengan 10 pemain, Kelantan berjaya mengekang asakan bertali arus saat akhir Negeri Sembilan seterusnya pulang ceria dengan mata penuh di arena sendiri.

Namun Sang Kijang dikejutkan dengan gol seawal minit pertama apabila pemain Negeri Sembilan, Mohd Khairul Ridhwan memanfaatkan kesilapan awal Mohd Faiz Suhaimi untuk gol pembukaan pasukan pelawat.

Tidak menunggu lama, Kijang Muda berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian setelah Zamri Ramli menanduk masuk bola lantunan hasil sepakan percuma Mohd Izuan Salahuddin untuk menceriakan 250 penyokong Kelantan.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat pemain Negeri Sembilan apabila mereka melancarkan serangan kilat sejurus selepas itu untuk menjarakkan kedudukan namun percubaan Norfaizzal Faroqq tersasar.

Tidak lama kemudian, penjaga gol Kelantan, Judtanna Eh Put tenang menangkap kemas bola sepakan percuma Negeri Sembilan berjarak 20 meter dari pintu gol melegakan pihak pengurusan dan penyokong Kelantan.

Pada minit ke-21, Zamri melepaskan peluang keemasan apabila menyepak keluar walaupun tidak dicabar pemain pertahanan Negeri Sembilan.

Mohd Nazrul Mazelan pula hanya mampu menyepak tinggi bola hantaran Somchai Sinuai pada minit ke-23 walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Negeri sembilan, Akkashah Kadar.

Kelantan akhirnya memperoleh gol pendahuluan setelah Mohd Aris Zaidi menanduk masuk bola hantaran jauh Mohd Izuan Salahudin pada minit ke-30.

Enam minit kemudian, Zamri Ramli membuktikan sentuhan jaringan setelah menyudahkan hantaran lintang Mohd Aris Zaidi untuk gol ketiga tuan rumah.

Minit ke-39, Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah ketua pasukan, Mohd Izuan Salahudin dilayangkan kad merah apabila mengutip dua kad kuning.

Kekurangan pemain memberi kesan kepada jentera tengah Kelantan dan kesempatan tersebut digunakan Negeri Sembilan untuk menyerang bagi merapatkan kedudukan.

Hasilnya, mereka hampir menjaringkan gol namun percubaan ketua pasukan Negeri Sembilan, Nasrullah Hanif tinggi melepasi palang gol pada minit ke-40.

Tidak berputus asa, anak didik Rosli Haji Omar terus mencuba untuk menjaringkan gol namun sepakan Mohd Khairul Ridhwan pada saat akhir terus kedakapan Judtanna.

Bersambung babak kedua, Kelantan hampir menambah gol pada minit ke-49 melalui Mohd Nazrul Mazelan tetapi pemain ini memilih menyepak tinggi ketika berseorangan didalam kotak penalti.

Minit ke-55, Nazrul sekali lagi melepaskan peluang terbaik setelah menyepak lemah bola hantaran Azrol Ali tidak mengancam penjaga gol pelawat.

Negeri Sembilan dikurniakan satu sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-58 namun sepakan Mohd Faiezol Roslan tinggi meliar.

Aris Zaidi turut kecewa apabila sepakan leretnya ditampan penjaga gol Rusa walaupun sebelum itu bijak memperdayakan empat pemain pertahanan Negeri Sembilan minit ke-62.

Negeri Sembilan akhirnya berjaya merapatkan kedudukan apabila Zairul Azwan menggunakan kealpaan pertahanan Kelantan untuk gol kedua pasukan pelawat. Gol berpunca dari lontaran kedalam Faid Shamsudin terus ke kaki Zairul Izwan yang hanya menyepak masuk kedalam gawang menewaskan sama sekali Judtanna Eh Put.

Selepas gol tersebut, perlawanan dikuasai sepenuhnya pemain Negeri Sembilan namun pemain Kelantan bijak bertahan untuk mengelakkan dari dibolosi lawan.

Setelah tambahan masa tiga minit, akhirnya pengadil perlawanan Suhaimi Mat Hassan membunyikan wisel dengan keputusan penuhnya, Kijang gah menewaskan Negeri Sembilan 3-2.

Rabu, 21 April 2010

Kelantan 3 - 0 Kuala Lumpur


Kelantan terus mendaki puncak momentum sebaik pusingan ke-2 Liga Super bakal menjelang apabila menjadikan Kuala Lumpur mangsa terbaru selepas berpesta sabtu lalu dengan menumbangkan juara baru Piala FA musim ini, Negeri Sembilan. Gol-gol pasukan Kelantan pada malam ini dijaringkan oleh :

* Norshahrul Idlan Talaha (2 gol)
* Mohd Badri Radzi

Kelantan terlalu unggul buat KL

SEPERTI diduga, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam ini.

Perlawanan yang baru berakhir itu menyaksikan Kelantan menundukkan pasukan pelawat tiga gol tanpa balas dengan dua gol dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama dan satu lagi menerusi Mohd Badhri Radzi di babak kedua.
Skuad The Red Warriors memperaga aksi penuh menghiburkan terutama dalam tempoh 60 minit pertama dan seharusnya lebih banyak gol boleh disaksikan jika penyudah lebih tepat mampu dijelmakan para penggempur Red Warriors.

Begitu pun seperti kata Presiden KAFA, beliau begitu berpuashati dengan aksi dipamerkan barisan pemain Kelantan terutama sekali pada babak pertama.

Apa yang lebih menggembirakan para peminat Kelantan ialah pasukan kesayangan mereka itu memanjat satu lagi anak tangga untuk menduduki tangga ketiga Liga Super ketika ini, hasil kemenangan mengejut T-Team ke atas pasukan tangga kedua sebelum ini, Johor FC di Kuala Terengganu.

Ini bermakna selepas tiga mata penuh dikutip malam ini, menjadikan 22 mata diperolehi skuad Kelantan hanya ketinggalan satu mata di belakang Terengganu yang kini mengambil alih tempat kedua selepas menang besar 6-3 ke atas Johor.
Baju Putih Buang Badi Seri dan bawa angka 3 emel

Mungkin ianya sekadar kebetulan tetapi seluruh penyokong setia The Red Warriors mula teruja dan kagum dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan, ramai menyatakan kesetiaan dan pujian kepada pasukan kesayangan mereka sekaligus menepis tanggapan negatif yang sering diberikan oleh penyokong yang kononnya setia atau dalam erti kata lain penyokong ini hanya muncul dan mengkritik ketika pasukan kalah dan senyap ketika pasukan menang, kesetiaan mereka hanya kepada kemenangan. Tidak menjadi kesalahan untuk mengkritik pasukan demi kebaikan tetapi biarlah kritikan yang berlandaskan kepada fakta yang membina.

Ketika selesai perlawanan tadi, wartawan kami sempat menemuramah 2 penyokong yang hadir, Mohd Firdaus dari Pauh Lima ketika diminta memberi ulasan pada malam ini menyatakan "saya memang dah jangka kita akan menang besar tetapi bukan 3-0, ianya 6-0 kalau S Chanturu dapat manfaat peluang dia saya rasa target saya sudah betul" manakala Wan Akmal dari Kampung Laut pula menyatakan "perlawanan malam ini tidak mencabar bagi Kelantan, sejak Kelantan dapat tewaskan Negeri Sembilan, kalau boleh nak tengok Kelantan lawan Selangor secepat yang boleh kerana Selangor pencabar dan penentu prestasi Kelantan sebenar". Ada juga menyatakan pujian kepada Norshahrul Idlan, Mohd Badhri dan Indra Putra kerana jelas kelihatan semangat dan keserasian yang diantara 3 trio ini.

Sungguhpun kemenangan demi kemenangan yang diperolehi, para pemain dan penyokong diharap tidak terlalu riak dan takbur untuk mengkritik pasukan lain dan para pemain perlu terus meningkatkan prestasi. Perlawanan sabtu nanti juga mencabar bagi skuad The Red Warriors kerana prestasi KL Plus yang sukar dijangka bagaikan tekanan kepada pakar strategi untuk membuat percaturan. Ketua Jurulatih B. Sathiananthan ketika dipadang masih sukar menunjukkan kegembiraan walaupun pasukannya menang besar pada malam ini kerana pada beliau semua tugasnya amat mencabar, tiada masa baginya untuk terlalu gembira dan biarlah senyuman gembira sebagai hadiah untuk penyokong The Red Warriors semua.

Jangan lupa jumpa The Red Warriors di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sabtu nanti. Pihak TRWC akan cuba bergabung dengan semua kelab dan persatuan penyokong setia untuk mengadakan konvoi beramai dan berkumpul awal dengan mengadakan persembahan dikir barat, lelongan barangan dan sessi mesra bersama pada sabtu nanti. Tunggu info terkini di sini atau di FB The Red Warriors Malaysia.


Sathia tidak anggap mudah pertemuan menentang KL emel


AWAS pemain Kelantan! "Jangan panggil Liga Super kalau anda rasa ada pasukan yang boleh dibelasah kerana pasukan yang ada dalam liga ini mempunyai kekuatan masing-masing dan semua pasukan mahu mencipta kejutan," demikian ingatan ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang mungkin ditujukan kepada anak-anak buahnya menjelang perlawanan menentang Kuala Lumpur di gelanggang keramat skuad Red Warriors, Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini.



Jika sesetengah pihak menganggap Kelantan bakal menang mudah berdasarkan prestasi pasukan ibu kota itu yang berkedudukan empat tangga di bawah skuad Kijang, namun tidak begitu bagi Sathianathan.

Mengulas persiapan pemain Kelantan malam nanti, Sathia menyifatkan kelebihan dimiliki Kuala Lumpur ialah pasukan itu turun tanpa sebarang tekanan berbanding pasukan tuan rumah.

Katanya, diletakkan sebagai pasukan pilihan lebih memberi tekanan berbanding Kuala Lumpur yang akan bermain dengan lebih selesa tanpa rasa tertekan.

"Dilabel sebagai pasukan pilihan bukan suatu yang baik bagi saya. Rata-rata mereka adalah pemain muda serta tidak mempunyai 'nama' lagi dalam dunia bola sepak tanah air yang sudah tentu memberi kelebihan.

"Jika perlawanan biasa mereka memberikan 80 peratus, bertemu Kelantan mereka pasti akan memberi 180 peratus untuk membuktikan sesuatu dan itu yang menakutkan saya," katanya.

Selepas berjaya menjinakkan pasukan Juara Piala Malaysia dan Piala FA di Paroi di Paroi, Sabtu lalu, rata-rata peminat Kelantan tentunya menaruh harapan tinggi satu lagi kemenangan boleh digapai apabila menentang pasukan seperti Kuala Lumpur.

Yang sebenarnya tambah Sathia, dalam kancah Liga Super tiada pasukan boleh dilabel sebagai pasukan belasahan dan boleh dipandang mudah oleh pasukan lain kerana pasukan yang bertanding merupakan pasukan yang beraksi dengan baik.

"Saya mengharapkan kita mampu mengekalkan momentum seperti yang dilakukan di Paroi dan saya mahu pemain beraksi lebih baik daripada itu terutama ketika beraksi di hadapan penonton sendiri," ujarnya.

Sathia turut meminta para peminat Kelantan supaya bersabar dan kemenangan ketika menentang Negeri Sembilan dilihatnya sebagai 'batu loncatan' atau permulaan kepada pasukan Kelantan untuk memburu kejuaraan.

"Kelantan adalah sebuah pasukan yang baru dibentuk dengan kemasukan pemain-pemain baru dan saya berharap penonton bersabar sebelum kita mendapat hasilnya," katanya.

Prestasi Kelantan dalam saingan Liga Super setakat ini masih belum memuaskan hati majoriti peminat Red Warriors biar pun hakikatnya pasukan itu hanya tewas sekali saja.

Namun keputusan seri yang sering dicatatkan ketika beraksi di gelanggang lawan menjejaskan sedikit kedudukan Kelantan dalam carta liga.

Selepas mengharungi 10 perlawanan Kelantan berjaya memungut 19 mata untuk menduduki tangga keempat berbanding 26 mata dimiliki pendahulu, Selangor yang bermain lebih satu perlawanan.

Jika Kelantan mampu memungut tiga mata penuh malam ini, kedudukan berkenaan mungkin masih kekal kerana pasukan tangga ketiga, Terengganu turut berpeluang cerah meraih tiga mata kerana beraksi menentang Johor di halaman sendiri.

Begitu juga pasukan tangga kedua, Johor FC, yang berhadapan pasukan kelab, T-Team di Kuala Terengganu. Kecuali jika ada kejutan, Johor FC kemungkinan besar mampu mencuri mata penuh dari Kuala Terengganu.

Selasa, 20 April 2010

KAFA rayu Kelantan mansuh caj cukai hiburan

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyifatkan tindakan kerajaan negeri mengenakan cukai hiburan ke atas penjualan tiket perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhamed IV di sini sebagai keterlaluan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menggesa kerajaan negeri supaya menarik balik segera arahan Pejabat Perbendaharaan Negeri itu demi pembangunan sukan bola sepak di negeri itu.

"Cukai hiburan itu sangat membebankan KAFA... sudahlah kerajaan negeri tidak memberi bantuan kewangan kepada skuad Liga Super negeri tetapi pula dikenakan pelbagai cukai," katanya kepada pemberita selepas majlis pemberian bonus sebanyak RM1,000 kepada setiap pemain skuad Kelantan di sini, semalam.

Annuar berkata, sebelum ini KAFA membelanjakan tidak kurang RM40,000 untuk bayaran cukai perkhidmatan, cukai tiket dan penggunaan stadium untuk perlawanan Liga Super.

Surat bertarikh 13 April lalu yang ditandatangani Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, memaklumkan mengenai caj cukai hiburan ke atas tiket perlawanan yang dijual di stadium berkenaan.

Annuar berkata, arahan itu akan memaksa KAFA menaikkan harga tiket yang sudan pasti akan membebankan peminat memandangkan ketika ini harga tiket berbumbung adalah RM25 manakala RM12 bagi tempat duduk terbuka.

Katanya, pihaknya akan menghantar surat rayuan kepada kerajaan negeri esok (hari ini) bagi meminta pengecualian cukai.

Menurutnya, KAFA terpaksa memperuntukan kira-kira RM300,000 setiap bulan menguruskan pasukan termasuk kos menjadi tuan rumah bagi dua atau tiga perlawanan di stadium berkenaan.

Beliau meminta kerajaan negeri mencontohi kerajaan Kedah yang memberikan bantuan kewangan RM250,000 setiap bulan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah dengan tidak dikenakan bayaran menggunakan stadium pada setiap perlawanan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, kerajaan negeri akan mengambil kira pandangan KAFA berdasarkan surat rayuan mengenai caj cukai hiburan itu.

"Kita sedaya upaya mahu menolong KAFA mengikut keupayaan yang ada pada kerajaan negeri demi pembangunan sukan di negeri ini," katanya. - Bernama

Misi mudah The Red Warriors di gelanggang sendiri


B. Sathianathan


SELEPAS berjaya menumbangkan Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu lalu, Kelantan seperti tidak mempunyai masalah besar apabila dijadualkan turun menentang Kuala Lumpur di gelanggang keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV malam ini, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Biarpun mencatat kemenangan yang begitu manis terutama ketika aksi di gelanggang lawan tempoh hari, ada sesuatu yang mengundang resah di benak pengendali Kelantan, B. Sathianathan ketika mereka bakal berdepan skuad warga kota yang dibarisi pemain muda.

Menurutnya, Kelantan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan akan memberi tekanan berbanding Kuala Lumpur yang akan bermain dengan lebih selesa.

"Dilabel sebagai pasukan pilihan bukan suatu yang baik bagi saya. Rata-rata mereka adalah pemain muda serta tidak mempunyai 'nama' lagi dalam dunia bola sepak tanah air yang sudah tentu memberi kelebihan.

"Jika perlawanan biasa mereka memberikan 80 peratus, bertemu Kelantan mereka pasti akan memberi 180 peratus untuk membuktikan sesuatu dan itu yang menakutkan saya," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau bimbang sekiranya para pemainnya terlebih yakin serta sambil lewa ketika turun menentang Kuala Lumpur yang pasti akan mengundang padah

Jelasnya, dalam kancah Liga Super tiada pasukan boleh dilabel sebagai pasukan belasahan dan boleh dipandang mudah oleh pasukan lain kerana pasukan yang bertanding merupakan pasukan yang beraksi dengan baik.

"Jangan panggil Liga Super kalau anda rasa ada pasukan yang boleh dibelasah kerana pasukan yang ada dalam liga ini mempunyai kekuatan masing-masing dan semua pasukan mahu mencipta kejutan.

"Saya mengharapkan kita mampu mengekalkan momentum seperti yang dilakukan di Paroi dan saya mahu pemain beraksi lebih baik daripada itu terutama ketika beraksi di hadapan penonton sendiri," ujarnya.

Sathia turut meminta para peminat Kelantan supaya bersabar dan kemenangan ketika menentang Negeri Sembilan dilihatnya sebagai 'batu loncatan' atau permulaan kepada pasukan Kelantan untuk memburu kejuaraan.

"Kelantan adalah sebuah pasukan yang baru dibentuk dengan kemasukan pemain-pemain baru dan saya berharap penonton bersabar sebelum kita mendapat hasilnya.

"Kita hanya tewas sekali musim ini, itupun ketika perlawanan Piala FA dan perjalanan untuk saingan Liga Super masih panjang. Kami yakin dapat melakukan sesuatu," jelasnya.

Kegembiraan Penyokong Kelantan di Kota Bharu Mungkin Akan Berakhir? emel

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa amat kecewa dengan tindakan ini dan terus menyatakan hanya ada 2 pilihan sahaja untuk meneruskan kerancakan liga The Red Warriors iaitu samada menaikkan harga tiket atau menggunakan stadium luar Kelantan sebagai stadium rasmi Kelantan musim ini. Dengan nada terharu beliau rela dan sanggup memilih untuk menggunakan stadium luar Kelantan sekiranya tiada kompromi dan tolak ansur daripada kerajaan negeri dalam isu ini walaupun keputusan beliau akan menghampakan ribuan penyokong setia Kelantan di Kelantan.

Sungguhpun begitu Tan Sri Annuar Musa akan cuba berunding dengan kerajaan Kelantan dan memastikan perkara ini tidak berlaku kerana beliau memahami kehendak semua penyokong untuk terus melihat aksi The Red Warriors di bumi sendiri. Beliau menyeru semua penyokong bersabar dan memberi peluang kepada beliau dan kerajaan negeri meneruskan rundingan kerana beliau yakin perkara ini berkemungkinan dicetuskan oleh pihak-pihak yang cuba mengugat beliau. Hanya keyakinan dan luahan yang dihantar melalui faks, email dan sms oleh para penyokong sentiasa memberi keyakinan kepada beliau untuk terus bersama The Red Warriors.Sama-sama kita doakan agar skuad kesayangan kita terus beraksi di tanah tumpah bumi kesayangan kita.
Cukai hiburan bebankan Kafa

Kini kami terpaksa bayar lebih RM40,000 bagi satu perlawanan: Annuar

DI SEBALIK kebanjiran penonton setiap kali Kelantan turun beraksi di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini berdepan dengan kutipan cukai hiburan yang mahu dikutip kerajaan negeri.

Surat berhubung penetapan bayaran cukai hiburan itu dihantar kepada Kafa oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat pada 13 April lalu, memaklumkan keputusan kerajaan negeri itu.
Tanpa bantuan kewangan dihulurkan kerajaan negeri, tuntutan cukai baru itu meningkatkan lagi beban yang terpaksa dipikul kepemimpinan Kafa yang selama ini dibebani dengan pelbagai cukai dan sewaan daripada kerajaan negeri.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan arahan terbaru itu satu lagi beban baru kepada persatuan itu dan kemungkinan mereka terpaksa menaikkan harga tiket lebih tinggi daripada kadar RM12 sekarang.

Katanya, surat Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan bertarikh 13 April lalu mengarahkan Kafa membawa tiket bola sepak sebelum dijual kepada orang ramai ke pejabat berkenaan untuk dicop dan ditaksir cukai yang perlu dibayar persatuan itu.

Katanya, penaksiran cukai itu membebankan Kafa yang kini terpaksa membayar lebih RM40,000 bagi satu perlawanan bola sepak membabitkan bayaran levi sehingga 20 peratus, cukai perkhidmatan sampah, sewa ‘score board’ dan bilik mesyuarat di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu.

“Arahan terbaru daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan ini jelas membebankan Kafa dan saya harap bola sepak tidak diletakkan dalam kategori hiburan kerana ia adalah acara sukan di bawah Akta Sukan.
“Kafa terpaksa membelanjakan antara RM250,000 hingga RM300,000 sebulan bagi pengurusan pasukan dan adalah tidak wajar kita dibebani dengan pelbagai cukai dan sewaan termasuk yang terbaru cukai hiburan ke atas tiket bola sepak,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bonus khas sebanyak RM20,000 kepada pegawai dan pemain Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu, semalam.

Kelantan tekad kekal rentak ketika benam juara Piala FA


SELEPAS ghairah membenam juara Piala FA musim ini, Negeri Sembilan di gelanggang lawan itu, Kelantan berazam mengekalkan rentak kemenangan dan persembahan konsisten bagi mengutip tiga mata penuh ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

Keazaman tinggi itu dilaungkan ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, yang mahu memastikan pemburuan tiga mata di gelanggang sendiri tidak tercicir.
Sambil mengajak rakan sepasukan tidak alpa dengan kedudukan Kuala Lumpur yang dibarisi pemain berkaliber harus diberi perhatian demi mengelakkan The Red Warriors tidak berputih mata.
“Kita tidak harus pandang mudah keupayaan Kuala Lumpur sebaliknya meneruskan rentak cemerlang secara konsisten dalam pertemuan kedua-dua pasukan di gelanggang sendiri esok (malam ini).

“Saya yakin kejayaan membenam Negeri Sembilan yang baru dinobatkan selaku juara Piala FA musim ini menyuntik angin baru kepada kami untuk terus konsisten dalam kempen Liga Super, apatah lagi melayan kunjungan Kuala Lumpur di tempat sendiri,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Penyokong Berbaju Merah Serang Kota Bharu Esok emel

Penyokong setia The Red Warriors masih lagi membicarakan kemenangan tempoh hari, biarpun ada segelintir penyokongnya sendiri tidak dapat menerima hakikat kemenangan pada sabtu lepas adalah satu kebangkitan prestasi awal para pemain The Red Warriors. Ketua jurulatih B. Sathianathan ketika di Hentian Rawat dan Rehat Seremban selepas perlawanan sabtu lepas diminta memberi sedikit komen atau ucapan mengenai prestasi pemain pada malam itu oleh peminat yang menyapanya, beliau hanya menjawab "ini hanya permulaan dan masih bukan prestasi sebenar seperti yang diharapkan saya namun saya berpuashati dengan kemenangan ini dan saya berharap peminat terus memberi peluang kepada saya untuk menunjukkan kemampuan dan peningkatan sebenar para pemain". Dengan kemenangan ini sedikit sebanyak telah berjaya menutup mulut para pengkritiknya dan sudah pasti membuatkan skuad ibu kota akan lebih bersedia dan berhati-hati ketika bertandang ke Kota Bharu pada selasa nanti.


Keserasian para pemain sudah membuahkan hasilnya,para penyokong amat gembira melihat situasi ini dan amat berharap situasi ini dapat dikekalkan sepanjang musim ini. Pihak TRWC juga amat berharap kepada pihak yang cuba mengwujudkan situasi dingin di kalangan pemain dari Kelantan dan luar Kelantan harap dapat melupakannya terus dan menerima hakikat barisan yang ada sekarang adalah barisan yang akan berjaya merangkul kejuaraan pada tahun ini.

Bala penyokong berbaju merah bukan hanya sekadar memenuhi Thailand malahan akan turut mula menyerang stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bharu pada malam esok. Sokongan keramat penyokong berbaju merah sudah pasti akan memberikan kegerunan kepada penyokong dan skuad lawan. Pihak TRWC amat berharap penyokong berbaju merah mengelakkan sebarang provokasi dan membawa masuk barangan yang dilarang kerana pihak keselamatan akan bertindak tegas keatas penyokong yang melanggar arahan dan undang-undang. Melihat pada gelagat penyokong The Red Warriors di Negeri Sembilan sabtu lepas adalah baik dan terkawal tetapi kekadang sepi sorakan pada mereka.
Letih punca NS diaib Kelantan emel


GAGAL menyempurnakan peluang adalah antara punca utama juara Piala FA, Negeri Sembilan kecundang kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam kelmarin.

Sekali pun berjaya mengimbangi saingan, ketumpulan barisan depan skuad Rusa diterajui Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mohd Shaffik Abdul Rahman meletakkan skuad itu terpaksa berdepan laluan lebih sukar untuk mencabar kedudukan puncak carta liga.

Bagi jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 1-3 itu kerana melakukan banyak kesilapan sekali gus menyebabkan peluang itu diambil kesempatan pihak lawan untuk meraih kemenangan.
“Banyak peluang tidak dimanfaatkan sepenuhnya menyebabkan keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Negeri Sembilan, namun faktor keletihan juga tidak dapat diketepikan yang menyebabkan pemain tidak dapat memberikan persembahan seperti diharapkan.


“Bagaimanapun itu bukan alasan dan kita terpaksa menerima hakikat betapa Kelantan beraksi lebih baik malam tadi (kelmarin), justeru pemain Negeri Sembilan perlu menjadi kegagalan itu sebagai suatu pengajaran agar ia tidak berterusan pada perlawanan akan datang,” katanya semalam.
Ramalan Sathia jadi kenyataan emel

TELAHAN jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang menyifatkan pertembungan dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin seperti menjadi kenyataan, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Namun, wataknya berbeza apabila kini giliran Sathia yang menghela nafas lega sebaik Kelantan berjaya menundukkan Negeri Sembilan 3-1 yang baru dinobatkan juara Piala FA minggu lalu.



Tanpa berselindung, Sathia menghamburkan pujian dan terima kasih kepada barisan pemainnya yang bangkit dengan se- mangat luar biasa walaupun sering dikritik sebelum ini ekoran aksi yang terumbang- ambing.

Menurutnya, 20 minit permainan Kelantan terpaksa bertahan apabila anak buah Wan Jamak Wan Hassan mengatur gerak yang berbahaya, namun benteng Kelantan yang diterajui Azizi Mat Rose begitu tenang mematahkan asakan.

"Kejayaan menewaskan sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan di gelanggang mereka bukan sahaja memberi tiga mata penuh, lebih dari itu, ia satu kejayaan moral sebagai bekal untuk mengharungi perlawa- nan yang akan datang," katanya ketika di- hubungi semalam.

Tambahnya, beliau percaya Kelantan musim ini adalah sebuah pasukan yang baru dibentuk dengan 'adunan' baru dan ini adalah permulaan baik untuk mengharungi baki saingan liga.

Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan terlebih dahulu mengejutkan Negeri Sembilan menerusi jaringan Indra Putra sebelum Daudsu Jamaluddin dan Badri Radzi menambah dua lagi jaringan bagi malam gemilang Kelantan.

Negeri Sembilan berjaya mendapatkan gol sagu hati melalui Shukor Adan, namun gagal menyekat kemaraan Kelantan yang begitu dahagakan kemenangan.

"Saya berharap momentum sebegini akan terus dikekalkan," kata Sathianathan lagi.

Isnin, 19 April 2010

Sathia lega Kelantan bangkit

KOTA BHARU - Selepas mempamerkan aksi yang tidak menentu pada musim ini, finalis Piala Malaysia musim lalu, Kelantan bangkit mencipta kejutan apabila menewaskan juara Piala FA Negeri Sembilan 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menghamburkan pujian kepada para pemainnya yang bangkit dengan semangat luar biasa, walaupun sering dikritik ekoran aksi terumbang ambing.

Menurutnya, pada awal permainan kelmarin, Kelantan terpaksa bertahan, apabila anak buah Wan Jamak Wan Hassan mengatur gerak yang berbahaya.

Namun, benteng Kelantan yang diterajui Azizi Mat Rose begitu tenang mematahkan asakan.

"Tempoh 20 minit pertama diasak oleh sebuah pasukan yang digeruni sudah cukup untuk membuatkan strategi pasukan menjadi tidak menentu.

''Namun, kami mampu bertahan dan kemudian menyerang dengan mendapatkan gol.

"Menewaskan sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan di gelanggang mereka bukan sahaja memberi tiga mata penuh.

''Lebih dari itu, ia satu kejayaan moral sebagai bekal untuk mengharungi perlawanan yang akan datang," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau percaya Kelantan musim ini adalah sebuah pasukan yang baru, dibentuk dengan 'adunan' baru dan ini adalah permulaan kepada Kelantan untuk mengharungi baki saingan liga.

Pada perlawanan kelmarin, Kelantan mengejutkan Negeri Sembilan hasil jaringan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin, sebelum Daudsu Jamaluddin menambah satu lagi jaringan.

Radzi melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan jaringan ketiga.

Negeri Sembilan mendapatkan gol saguhati melalui Shukor Adan.

Mengulas mengenai barisan penyerangnya menemui penyudah tajam, Sathianathan berkata:

"Saya meletakkan Norshahrul (Idlan Talaha) sebagai penyerang tunggal dan dia banyak menghuru-harakan benteng Negeri Sembilan.

"Dalam satu-satu pasukan, siapa yang menjaringkan gol tidak penting, kemenangan pasukan paling utama. Malam semalam (kelmarin) kami membuktikannya," jelasnya.

Beliau turut memuji persembahan penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, yang beraksi cemerlang kelmarin.

"Dia (Khairul Fahmi) seorang pemain muda yang berbakat dan saya tidak nampak dia tidak mampu pergi jauh dalam bola sepak.

"Saya selalu berpesan supaya berusaha dan jangan bagi orang ambil tempat kita. Peluang sudah terhidang dan guna peluang untuk buktikan kemampuan," ujarnya.
Add to Google

Ahad, 18 April 2010

Juara Piala FA rebah di gelanggang sendiri, Kelantan pulang gah emel

Gol pembuka Indra Putra umpama pencetus semangat seluruh pemain The Red Warriors untuk beraksi dengan sepenuh jiwa dan semangat yang jitu walaupun dapat disaksikan sedikit kelemahan kawalan kawasan pertahanan oleh jentera pertahanan The Red Warriors. Aksi padang basah tidak berjaya mencetus dan menghadiahkan sebarang kad kepada pemain The Red Warriors berbanding pemain Negeri Sembilan yang dihadiahkan 3 kad kuning oleh Wan Mohamad Tarmizi selaku pengadil pada perlawanan ini. Jaringan Daudsu dan Badhri Radzi telah berjaya melemahkan jentera pemain dan sorakan penyokong Negeri Sembilan walaupun berjaya menembusi gol The Red Warriors melalui jaringan Shukor Adan. Keseluruhan aksi perlawanan kedua-dua pasukan amat baik. Kemenangan 3-1 keatas Juara Piala FA 2010 dan Juara Piala Malaysia 2009 ini dapat mencetus kembali semangat sokongan semua peminat The Red Warriors yang adanya masih tunggu dan lihat kemenangan dalam memberi sokongan selain mengejutkan Hasbullah Awang serta pengkritik The Red Warriors yang lain. Kemenangan ini boleh dianggap kejayaan misi membalas dendam diatas kekalahan kepada Negeri Sembilan pada perlawanan Piala Malaysia tahun lepas.

Pujian juga perlu diberikan kepada ketua jurulatih The Red Warriors B Sathianathan yang telah berjaya membuktikan tahap dan prestasi anak-anak buahnya didikannya kepada semua. Lensa kamera TRWC juga sempat merakamkan reaksi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dan Dato Affendi tersenyum lebar dengan kejayaan para pemainnya dan yang paling penting keriangan dan kegembiraan para penyokong yang hadir dan menanti keputusan malam tadi di rumah.

Walauapapun keputusannya, masih banyak lagi perlawanan yang bakal dilalui oleh skuad The Red Warriors dan para peminat amat berharap peningkatan prestasi ini adalah satu permulaan yang drastik untuk The Red Warriors melonjak naik tangga liga dan seterusnya menghadiahkan satu lagi perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini. Peminat juga amat berharap skuad The Red Warriors tidak dilalaikan dengan kemenangan ini dengan memandang rendah perlawanan bertemu Kuala Lumpur pada selasa nanti di Kota Bharu. Rentak dan barisan pemain pada malam tadi perlu dikekalkan dan ditingkatkan sekiranya mahu peluang mendapat 3 mata dimanfaatkan di arena sendiri.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main bijok, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo
Penyokong Cemerlang Di Paroi emel



Semua tabiat buruk dan keji yang telah disenarai menjadi budaya pasukan lain seperti bermain mercun, membaling botol kepada pemain dan yang buruk seumpamanya. Penyokong Kelantan membuktikan semangat dan jiwa mereka tetap bersama Kelantan walau dimana-mana sahaja mereka berada, keutuhan semangat ini tidak boleh digugat oleh mana-mana penyokong di Malaysia. Penyokong The Red Warriors akan menyerbu dan pergi kemana saja perlawanan diadakan tanpa rasa gerun atau takut berada dinegeri lain seolah-olah penjajah versi baru dan tidak menjadi 1 masalah kepada masyarakat Kelantan sekiranya digelar Penjajah oleh masyarakat negeri lain kerana jiwa rakyat Kelantan adalah jiwa pedagang, pandai mengambil peluang, rajin dan yang penting setelah beberapa dekad pelajar Kelantan hebat dan menguasai seluruh universiti dan pusat pengajian tinggi Malaysia. Ini perlu diakui oleh semua media yang sentiasa menggambarkan satu keburukan penyokong Kelantan menggambarkan seluruh sifat masyarakat Kelantan tetapi apabila perkara seperti apa yang digambarkannya sebelum ini dilakukan oleh masyarakat luar Kelantan didiamkan dan dibakul sampahkan laporannya.

TRWC melalui sedikit ruang yang ada ini akan terus berjuang menangkis segala tohmahan dan kritikan yang berat sebelah terhadap penyokong Kelantan dan Pihak TRWC juga amat berharap semua peminat Kelantan sentiasa memberi sokongan diatas segala usaha yang cuba dan akan kami sentiasa lakukan. Visi dan misi TRWC untuk menjadi sebuah media unggul dan hebat tidak akan berjaya tanpa sokongan peminat Kelantan semua dan peminat bukan Kelantan yang sudah ramai menjadi ahli dan peminat TRWC.

Oleh itu bagi mengwujudkan kesatuan yang kuat dikalangan semua kelab dan persatuan penyokong Kelantan tanpa mengira ideologi politik, ideologi kelab atau persatuan, TRWC amat berharap semua wakil kelab dan persatuan dapat mengajak dan memeriahkan majlis yang diusahakan bersama KAFA untuk memupuk semangat yang bijak dan saling menghormati antara kita iaitu melalui program HIMPUNAN KOMUNITI SIBER ANAK-ANAK KELANTAN (KELANTANESE CYBER COMMUNITY GATHERING 2010) diadakan pada 16 Mei 2010 Ahad di Taman Tasik Titiwangsa. Pelbagai program diadakan seperti Tomoi Thai, Dikir Barat, Timbang Bola, Pertandingan Playstation World Cup 2010, Artis Jemputan dan pelbagai lagi. Maklumat lanjut dan daftar segera sila layari http://www.theredwarriors.com/keccom/

Sabtu, 17 April 2010

Kelantan sedar kehebatan NS emel



SATHIANATHAN (kanan) memantau kecergasan pemain-pemain Kelantan menjelang aksi bertemu Negeri
Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.


IBARAT ulangan pentas akhir Piala Malaysia.

Itu yang disifatkan oleh jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika diminta mengulas mengenai pertembungan dengan Negeri Sembilan di Paroi malam ini.

Menurutnya, Kelantan akan lebih berhati-hati ketika bertandang ke gelanggang lawan kerana pasukan lawan masih segar dengan kejayaan menjulang gelaran Piala FA.

"Saya mengaku pertemuan dengan Negeri Sembilan bukan satu tugas yang mudah dan ia suatu ujian yang getir kepada pemain- pemain saya.

"Ini mungkin mirip perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 tetapi saya tidak mahu keputusannya sama seperti perlawanan tersebut," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, Kelantan menghormati pasukan Negeri Sembilan yang mempunyai barisan pemain mantap dan berpengalaman.

Bagaimanapun, beliau optimis dengan peluang yang dimiliki Kelantan walaupun rekod Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak begitu memihak kepada mereka.

"Tiga minggu kita (Kelantan) tidak menghadapi sebarang pertandingan kompetitif berbanding mereka (Negeri Sembilan).

"Situasi ini mungkin memberi kelebihan kepada mereka tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita sama-sama lihat dan tunggu keputusannya," ujarnya.

Jelasnya, rata-rata pemainnya sudah bersedia dan memahami tugas yang perlu dijalankan dengan misi untuk membawa pulang mata penuh ke Kota Bharu.

"Kita menghormati Negeri Sembilan tetapi saya telah berpesan kepada para pemain supaya jangan terlalu merendah diri dan takut kerana kita juga miliki kelebihan.

"Kelantan tidak mahu lagi kehilangan mata dan baki perlawa- nan yang ada akan kami manfaat- kan. Perjalanan masih jauh dan kita sama-sama tengok apa yang kami mampu lakukan," tambahnya.

Perlawanan malam ini menyaksikan Kelantan tidak dapat menurunkan pertahanan kiri mereka, Zairul Fitree Ishak yang mengalami sakit mata, sementara Hairuddin Omar masih digantung perlawanan akibat menerima kad merah ketika menentang T-Team, Februari lalu.


Jumaat, 16 April 2010

Nilai harga "Si Rusa" melambung naik! emel


Mengikut pasaran semasa di Malaysia sekarang nilai harga daging "Sang Rusa" melambung naik dan menjadi mahal dek kerana kehebatan dan kejayaan "Sang Rusa" menjuarai 2 piala dalam masa 6 bulan. Sungguhpun daging "Sang Rusa" kini popular dan ramai penggemar dan penternak memilihnya sebagai makanan atau binatang ternakan komersil, tetapi kelazatannya tidak boleh menandingi kelazatan daging "Sang Kijang" yang sentiasa menjadi pilihan pemburu dan penggemar paling ramai di Malaysia walaupun kejayaannya hanya sekadar Naib Juara 2 piala dalam masa 3 bulan.

Aksi "Sang Kijang" yang sukar diramal telah merisaukan banyak lawan untuk terus berada dalam keadaan selesa atau berjaga-jaga. Ramai pemerhati menjangkakan pertarungan sabtu ini adalah penentu kelazatan dan kehebatan "Sang Kijang dan Rusa" dalam meneruskan kesinambungan dalam arena yang akan mereka harungi serta terus memikat hati penggemar masing-masing.

Tenyata kejayaan demi kejayaan yang dikecapi "Sang Rusa" telah membuat ramai penggemar "Sang Rusa" mula taksub dan takbur dengan kejayaan "Sang Rusa" dan malah ada yang sanggup menggambarkan penggemar "Sang Kijang" sebagai jahat dan ganas, walhal penggemar "Sang Rusa" mungkin tidak sedar seganas atau sejahat penggemar "Sang Kijang" tidak pernah sesekali menyembelih dan memotong leher ayah, datuk dan adik-beradik sendiri tetapi ianya berlaku di kawasan "Sang Rusa" dan isu ini tidak pernah dijadikan modal oleh penggemar "Sang Kijang" untuk menjatuhkan imej penggemar "Sang Rusa" kerana beranggapan ianya tidak menggambarkan keseluruhan perilaku penggemar "Sang Rusa".

Apa yang pasti sabtu nanti pasti akan ada yang kecewa dan gembira. TRWC amat berharap situasi panas didalam stadium tidak menerbitkan sebarang insiden dan menyeru semua penggemar "Sang Kijang" mengelakkan sebarang provokasi dan membawa mercun. TRWC dan KAFA memilih untuk tidak berkompromi dan bertanggungjawab diatas mana-mana individu atau kumpulan yang ditangkap kerana menimbulkan provokasi atau sebagainya. Pamerkan dan kekalkan imej yang telah mula menjadi imej baru tahun 2010 untuk semua Penggemar THE RED WARRIORS....GOMO KELATE GOMO.......RATOH SANG RUSA SEHINGGO KO TITISE DAROH KEPALA INDRA.....Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Main biar bijok ...Gomo Kelate Gomo

Selasa, 13 April 2010

Kelantan Waspada, Negeri Sembilan Masih Berpesta emel



Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Tugas getir menanti Kelantan apabila menentang Juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Sabtu depan.

Kelantan dijangka menghadapi situasi sukar jika dilihat pada persembahan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini manakala Negeri Sembilan pula yang masih segar mengutip kejuaraan kedua dalam tempoh enam bulan pasti menyengat untuk membenam sang Kijang di arena sendiri.


Rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim lalu berpihak kepada Negeri Sembilan dimana mereka menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super dan Perlawanan Akhir Piala Malaysia manakala Red Warriors pula hanya mampu menundukkan lawan dengan penentuan jaringan tempat lawan dalam separuh akhir Piala FA.

Rekod pertemuan tidak dijadikan sandaran untuk berjaya kerana masih terdapat 90 minit yang perlu dihadapi dalam perlawanan sabtu depan.

Sehubungan dengan itu, B. Sathianathan dan para pembantu perlu bertungkus lumus menyediakan skuad terbaik untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan.

Tempoh rehat sebulan dengan melakukan tiga aksi persahabatan mungkin tidak cukup untuk memanaskan pemain sebelum sepak mula 17 April ini namun ia tidak perlu dijadikan alasan kerana selaku pihak yang bertanggungjawab, pengurusan pasukan perlu bersedia secepat mungkin untuk menghantar pasukan yang mantap.

Diberitakan, hampir semua pemain utama Kelantan bebas dari masalah kecederaan yang membelenggu dimana Syed Adney, S. Subramaniam dan Che Hishamudin sudah kembali cergas untuk diturunkan kecuali Daudsu yang masih lagi berehat setelah ditimpa kecederaan dalam perlawanan persahabatan menentang PKNS.

Negeri Sembilan pasti bersiap siaga dan tidak terlalu gembira akan kejuaraan yang dimenangi mereka kerana pertembungan dengan Kelantan pasti menonjolkan aksi serba panas dari kedua-dua pasukan.

Tambahan dengan kemahuan Sang Kijang membalas dendam kekalahan pertemuan terakhir tempoh hari, Kelantan bertandang dengan semangat tinggi untuk mencari penghormatan awal menundukkan sang juara yang baru dinobatkan.

Manakala Negeri Sembilan juga semestinya mempamerkan persembahan menyakinkan dihapadan penyokong sendiri seterusnya meneruskan pesta yang tertangguh setelah baru sahaja menjuarai satu piala.

Final Piala FA 2010-Penyokong The Red Warriors Kecewa emel


Setelah TM Piala FA 2010 berlalu tanpa sebarang ulasan media berkaitan pembakaran mercun dan kerosakan yang dilakukan kedua-dua penyokong Kedah dan Negeri Sembilan ketika perlawanan akhir TM Piala FA 2010 seperti kebiasaan yang dihebohkan setiap kali melibatkan penyokong Kelantan telah mengundang kekecewaan peminat bolasepak Kelantan kerana pihak media dan FAM hanya membisu dengan insiden yang berlaku di kedua perlawanan separuh akhir dan akhir yang melibatkan Kedah dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sikap media dan FAM ini ternyata tidak dapat membantu usaha KAFA yang telah bertungkus lumus memastikan setiap perlawanan melibatkan Kelantan bebas mercun dan kerosakan harta benda dengan memastikan kehadiran polis memantau keadaan ini. Kekecewaan mereka telah diluahkan diruangan laman sosial FACEBOOK dan forum-forum yang disediakan oleh komuniti penyokong Kelantan.

Alhamdullilah setelah beberapa siri perlawanan, penyokong Kelantan telah berjaya meninggalkan tabiat-tabiat buruk ketika perlawanan bolasepak tetapi amat malang usaha mereka tidak dihargai FAM malahan membiarkan penyokong negeri lain bebas meneruskan tabiat buruk yang ditinggalkan penyokong Kelantan ini. Penyokong Kelantan harus berbangga kerana diakui kemeriahan bolasepak dan stadium di Malaysia hilang gah dan serinya tanpa kehadiran penyokong Kelantan, pada perlawanan akhir sabtu lepas kehadiran kedua-dua penyokong belum mampu menyamai kehadiran penyokong Kelantan pada 2 perlawanan akhir tahun lepas. Mungkin sekiranya Kelantan masih berpeluang pada tahun ini ke perlawanan akhir sudah pasti bilangan penonton di stadium akan bertambah dan usaha mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan imej penyokong Kelantan dengan lambat membuka pintu masuk, membuka hanya 1 pintu masuk dan membiarkan penyokong Kelantan berhujan di luar stadium perlu diatasi oleh pengurusan stadium Bukit Jalil.

Pihak KAFA amat berharap kekecewaan penyokong Kelantan dengan sikap media dan FAM dalam menangani isu mercun dan keganasan ini tidak akan menjejaskan sikap penyokong Kelantan yang telah berjaya berubah menjadi lebih profesional sejak 6 perlawanan TM Liga Super 2010 kebelakangan ini. Penyokong Kelantan perlu mengelakkan membawa mercun, memprovokasi dan mengelakkan memulakan siri keganasan dan vandalisme terhadap penyokong lawan dan harta benda awam. Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri berasa bangga dengan perubahan sikap yang dipamerkan oleh seluruh warga The Red Warrrios dan beliau berjanji akan sentiasa memastikan skuad The Red Warriors memberikan hadiah kemenangan kepada semua penyokong setia The Red Warriors. Beliau sendiri tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemain yang masih belum menunjukkan kesungguhan dalam skuad The Red Warriors.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo..Main pun biar bijak.Gomo Kelate Gomo

Ahad, 11 April 2010

kelatebola.blogspot.com mengucapkan tahniah Negeri Sembilan Juara TM Piala FA 2010

FINAL TM PIALA FA:

N Sembilan.... 1 Kedah.... 1
(NS menang penentuan penalti 5-4)

****Tahniah kepada Pasukan,Wan Jamak dan seluruh rakyat Negeri Sembilan

Jumaat, 9 April 2010

Aksi Longlai Perlu Diubah


Andai aksi menentang Perlis dijadikan ukuran, Kelantan nyata masih jauh untuk menggapai impian menjadi kuasa baru bola sepak tanahair sekurang-kurangnya setahun dua dari sekarang.

Hanya kemenangan nasib yang diperolehi anak buah Sathianathan sewaktu menundukkan Singa Utara 2-1 di Kota Bharu, semalam.

Persembahan biasa-biasa sahaja yang dipamerkan malah langsung tidak selaras dengan pengumuman awal dahulu mengatakan Kelantan sekarang sudah mampu mendabik dada menjadi salah satu pasukan gergasi Malaysia.

Ketika pasukan lain sudah memacu laju untuk berada didepan, Kelantan semakin menjauh dengan permainan yang tidak konsisten dan kurang menyengat.

Dari persembahan terpuji, mereka semakin menurun dan menurun dari setiap perlawanan menyebabkan sang peminat yang kehausan kejayaan mula memikirkan kembali adakah Kelantan mampu menjuarai salah satu piala atau perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk mencapai sesuatu.

Barisan bintang yang diambil hanya beberapa orang sahaja tampil membantu skuad ketika ini. Antara pembelian Kelantan yang dikira berbaloi setakat ini hanyalah Azizi Mat Rose, Syed Adney, Idlan Talaha dan Shakir Shaari sambil tidak melupakan jasa Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamed yang sudah dua musim menabur bakti di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Selebihnya, pemain bintang ini hanya menggalas tugas kedua tanpa memberi pulangan lumayan kepada skuad Kijang. Lihat pada Akmal Rizal, Hairudin Omar, S. Chanturu dan S. Subramaniam, mereka gagal langsung menyesuaikan diri dengan pemain tempatan sehingga gagal memberi persembahan seperti yang dipamerkan sewaktu membantu skuad asal mereka musim lalu.

Memang mereka seratus peratus tidak boleh disalahkan namun mereka perlu sedar yang mereka hadir ke Kota Bharu bukan untuk melancong, jauh sekali untuk bermain sambil lewa kerana harapan yang diletakkan dibahu mereka bukan kecil tetapi sebuah kejayaan memungut sekurang-kurangnya satu piala utama.

Justeru itu, pemain perlu meningkatkan keupayaan mereka jika masih mahu bermimpi untuk mendapatkan kejayaan yang membanggakan.

Peminat sudah mulai bising kerana dari Liga Super, Piala FA sehinggakan ke perlawanan persahabatan mereka bagaikan ditipu kerana persembahan pemain-pemain seperti tidak menghargai kesudian mereka hadir ke stadium untuk memberikan sokongan.

Tambahan dengan harga tiket yang dikenakan bukanlah yang termurah di Malaysia, mereka hadir dengan semangat untuk menyaksikan betapa mantapnya corak permainan skuad dalam perlawanan namun yang disajikan boleh dikatakan tidak berbaloi dengan susah payah mereka mendapatkan sekeping tiket berharga RM12.

Walhal, lawan yang dihadapi bukannya lawan yang dikategorikan kuat dan mengancam.

Jadi, pihak KAFA dan pengurusan skuad perlu mencari tonik berkesan merubah corak permainan ataupun mereka berdepan kemungkinan kehilangan penyokong setia yang mengikuti skuad kemana sahaja mereka pergi.

Hargai sokongan dengan memberikan yang terbaik seterusnya mencari cara bagaimana untuk mendapatkan apa yang dihajati peminat bola sepak Red Warriors yang ketika ini mendambakan sebuah piala yang masih belum pernah dimiliki Kelantan dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Kami Sentiasa Menyokong Kerana Kami Sokong Bukan Ketika Menang tetapi Sokongan Kami Zaman Berzaman.

Gomo Kelate Gomo

Ahad, 4 April 2010

FAM

FAM mahu menjatuhkan imej bola sepak kelantan kerana mahu saje cari kesalahan kelantan..Seperti semalan di antara KEDAH vs TERENGGANU ada penyokong kedah menbaling mercun kenapa FAM tidak denda pasukan kedah kenapa.FAM mahu saje cari salah ke atas kelantan.kalu macam nie kelantan akan menjadi miskin manakala FAM menjadi kaya-raya.Kenapa Sultan Ahmad Shah tidak menbuang Datuk Azzudin.Datuk Azzudin gila kuasa.I HATE AZZUDIN..Macam mana malaysia nak masuk piala dunia kalau FAM masih macam tu.Berubahlah pilih kasih pasukan diliga malaysia segera FAM........


FAM BENCI BOLA SEPAK KELANTAN
FAM perlu buktikan keadilan!!!!
Ahad, 04 April 2010 13:39 Web Master
emel Cetak PDF

Pihak TRWC dan seluruh penyokong Kelantan amat berharap supaya FAM bertindak dan menghukum seadilnya seperti apa yang diterima Kelantan diatas keganasan, balingan mercun dan serangan pengadil. Kami berharap FAM tidak berat dalam menjatuhkan hukuman. Kepada semua media Malaysia terima kasih diatas sikap pilih kasih dan jijik dalam memaparkan keganasan penyokong dalam semua perlawanan TM Piala FA 2010 semalam. Bayangkan sekiranya, perkara sedemikian dilakukan oleh penyokong Kelantan, sudah pasti pelbagai kritikan dan paparan imej yang dipaparkan berulang-ulang demi memburukkan imej penyokong Kelantan. FAM bertindaklah seadilnya.
Kelantan Muncul Johan Pertama Piala Muhibbah Dato' Seri Shahidan Kassim. PDF | Cetak | emel

Babak pertama dimulakan dengan Kelantan mengatur serangan bertali arus untuk mencari gol pembukaan namun gagal setelah Perlis kental bertahan di kawasan mereka.

Beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol juga gagal digunakan anak didik B. Sathianathan seterusnya mengecewakan peminat pasukan Kelantan.

Perlis turut mengancam melalui beberapa gerakan menarik pada babak babak pertama namun turut gagal memecahkan kebuntuan gol.

Bersambung babak kedua, Kelantan mula mengandakan asakan untuk mencari gol pembukaan melalui gandingan Nidzad Ayub dan Akmal Rizal.

Kelantan diberikan sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-49 namun sepakan Akmal terkena benteng pelawat.

Selang empat minit kemudian, Perlis hampir menghukum kelekaan pertahanan Kelantan apabila Survinath Shian melakukan sepakan mengelirukan sedikit melewati palang gol ketika Khairul fahmi sudah tertewas.

Badri Radzi turut tidak ketinggalan untuk mencuba pada minit ke-56 namun sepakannya tidak mengancam penjaga gol Perlis.

Akhirnya kubu Perlis roboh pada minit ke-60 setelah Norfarhan Mohamed bijak menyambung hantaran Indra Putra untuk gol pertama perlawanan.

Perlis yang ketinggalan tidak berputus asa dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-63 melalui sepakan percuma tetapi sepakan mereka terkena tiang sebelum diselamatkan Khairul Fahmi diatas garisan gol.

Akmal pula kecewa apabila gagal menyudahkan hantaran satu dua dengan Nidzad Ayub pada minit ke-66 setelah penjaga gol pelawat lebih bersedia untuk menampan percubaannya.

Seminit kemudian, Indra pula kecewa apabila situasi satu lawan satu turut dihampakan kehandalan penjaga gol Perlis.

Pada minit ke-70, Shakir Shaari berjaya melepaskan satu percubaan dari luar kotak penalti tetapi sempat ditumbuk penjaga gol Perlis dan bola lantunan tersebut gagal disudahkan Akmal Rizal yang menyepak liar keluar dari kawasan perlawanan.

Kelantan sekali lagi hampa apabila hantaran cantik Indra pada minit ke-74 gagal disambar tiga pemain Kijang yang berada di dalam kotak Perlis ketika pertahanan pelawat sudah terpaku tidak mampu berbuat sesuatu.

Minit ke-78, Akmal Rizal bijak menggelecek empat pertahanan pelawat namun menyepak keluar bola ketika berhadapan dengan penjaga gol Perlis.

Perlis tanpa disangka-sangka berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 setelah pemain berjersi 20 melakukan percubaan mengelirukan seterusnya menewaskan Khairul fahmi digarisan gol Kelantan.

Gol penyamaan menaikkan semangat anak didik Nidzam Adha seterusnya memberi mereka semangat baru untuk mencari gol kemenangan.

Minit ke-83, percubaan Wan Khairul Faiz diluar kotak penalti ditangkap kemas penjaga gol Kelantan manakala percubaan penjaring gol pertama Perlis pada minit ke-88 pula sedikit keluar walau Khairul Fahmi sudah tewas.

Tambahan masa dua minit gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk mencari gol kedua seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Masa tambahan separuh masa pertama, bola kelihatan lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang setelah kedua-dua pasukan lebih berhati-hati.

Babak kedua masa tambahan, Kelantan akhirnya memperoleh gol kedua pada minit ke-108 melalui Indra Putra hasil hantaran dari Zairul Fitree. Gol berpunca dari gerakan Zairul di sebelah kiri seterusnya melorongkan bola kepada Indra yang keseorangan sebelum menolak masuk menewaskan penjaga gol pelawat.

Setelah gol tersebut, Kelantan memperlahankan sedikit rentak perlawanan dan Perlis juga tidak mengambil kesempatan itu untuk menyerang mencari gol penyamaan. Akhirnya wisel dibunyikan pengadil bertugas, Mat Suburi Isa untuk Kelantan menjadi johan pertama Piala Muhibbah Dato' Seri Shahidan Kassim.

Pemain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada Mohd Shakir Shaari.

Hadiah kemenangan kepada kedua-dua pasukan dan pengadil bertugas disampaikan sendiri Dato' Seri Shahidan Kassim diiringi Tan Sri Annuar Musa selaku presiden KAFA.

Perlawanan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal tanahair, Hattan.



Amaran Awal Negeri Sembilan PDF | Cetak | emel



Para pemerhati bolasepak meramalkan kedua-dua mempunyai prestasi yang sukar diramalkan kerana masing-masing masih lagi tidak konsisten dalam permainan tetapi mereka menjangkakan skuad Jang mendapat tambahan semangat selaku finalis TM Piala FA. Walauapapun ramalan skuad The Red Warriors perlu memberi keyakinan dan mengembalikan maruah setelah tewas kepada Negeri Sembilan di final Piala Malaysia 2009. Ketua Jurulatih dan seluruh pemain perlu membuktikan kemenangan menundukkan Perlis semalam juga amaran awal peningkatan skuad The Red Warriors pada musim ini. Kemarau jaringan gol oleh jentera penyerang perlu diselesaikan segera dan mengubah taktik yang lebih baik dan memilih pemain yang sesuai serta merehatkan pemain yang dilihat tiada kesungguhan dan keserasian ketika beraksi di padang. Pemain yang masih dalam dilema untuk mempamerkan kehebatan dan kecergasan mereka perlu direhatkan dan digantikan dengan pemain-pemain yang sudah mula mempamerkan aksi hebat mereka demi menjamin keyakinan para penyokong supaya berpuashati dengan permainan yang menarik walaupun seri.

Menjelang kehadiran skuad The Red Warriors ke Negeri Sembilan, para penyokong setia skuad The Red Warriors di Negeri Sembilan sedang merancang mengadakan sambutan secara meriah dan menjemput para penyokong dari Negeri lain yang berhampiran untuk memeriahkan sambutan ini disamping akan berkonvoi bersama ke stadium Paroi menjelang malam. Dengan ini pihak TRWC mengalu-alukan kehadiran semua ke stadium Paroi dan membuktikan kepada masyarakat Malaysia, penyokong The Red Warriors adalah penyokong sejati dan paling ramai menyanjungi pasukan mereka walau dimana sahaja perlawanan diadakan.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main biar bijok, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Keputusan Piala Muhibbah Dato' Shahidan PDF | Cetak | emel





2 Kelantan VS 1 Perlis

**1 NorFarhan
**1 Indra Putra

KESEBELASAN UTAMA KELANTAN

1.Indra Putra
2.Mohd Khairul Fahmi
3.Azizi Mat Rose
4.Shakir Sha'ari
5.Rizal Fahmi
6.S.Chanturu
7.Zairul Fitri
8.Badri Radzhi
9.Akmal
10.Nor Farhan
11.Daudsu Jamaluddin
Piala Presiden 2010: Kelantan Catat Kemenangan Pertama PDF | Cetak | emel

Walaupun bermain dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki 15 minit, pemain muda Kelantan bijak bertahan seterusnya mengutip tiga mata penuh buat kali pertama setelah mengharungi empat perlawanan.

Kedudukan skuad Piala Presiden Kelantan dalam carta liga kemungkinan tidak berubah hasil kemenangan ini namun ia tetap memberi semangat kepada mereka untuk terus bangkit mencari tiga mata dalam perlawanan selepas ini.

Kelantan mendahului lawan 2-0 pada separuh masa pertama setelah Aris Zaidi mengambil kesempatan kerapuhan benteng pertahanan pelawat untuk menjaringkan gol pada minit ke-20. Dua belas minit kemudian, giliran Faizul Nazlin pula mencatatkan nama selaku penjaring untuk mengukuhkan kedudukan Kelantan didepan.

Babak kedua perlawanan, Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah ketua pasukan, Hanif Mohd Noor dilayangkan kad merah kedua dalam empat perlawanan pada minit ke-75. Kekurangan seorang pemain tuan rumah berjaya dimanfaatkan Sabah untuk mengandakan serangan seterusnya menjaringkan satu gol sagu hati pada 10 minit terakhir.

Menurut maklumat dari fisio pasukan, Mohd Afiq Amin, skuad muda Kelantan terlepas enam peluang keemasan untuk menjaringkan gol melalui Zamri Ramli, Mohd Izuan Solahudin dan penjaring gol pertama, Aris Zaidi.

Dalam perlawanan ini juga, pengurusan skuad Piala Presiden Kelantan bertindak menurunkan lima pemain senior untuk memperkuatkan pasukan diketuai Mohd Zamri Ramli.

Perlawanan seterusnya Kelantan akan menentang pendahulu liga Piala Presiden, Melaka di Stadium Hang Tuah, Khamis depan.



Analisis Perlawanan Piala Muhibbah Kelantan VS Perlis PDF | Cetak | emel

Ramai peminat sudah mula mencongak cuti dan merancang untuk pergi menyaksikan perlawanan ini kerana terlalu rindu aksi permainan The Red Warriors serta ada dikalangan peminat The Red Warriors amat berharap skuad mereka menghadiahkan kemenangan untuk mereka yang telah lama dihidangkan badi seri. Mungkin dengan kemenangan ini dapat menarik minat para penyokong untuk terus setia bersama skuad kesayangan mereka.



Para pemerhati menjangkakan perlawanan sabtu ini merupakan misi Perlis untuk membalas dendam setelah dikecewakan Kelantan dengan jaringan hatrik NorFarhan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2009 yang menyaksikan Kelantan layak ke final Piala Malaysia dengan agregat 5-1. Melihat pada prestasi Perlis yang masih tidak konsisten dan prestasi Kelantan yang masih dilema seri, perlawanan sabtu pasti sengit kerana masing-masing sukar menjangkakan prestasi sebenar lawan dalam keadaan sekarang. Kelantan mungkin tidak dapat menurunkan Norshahrul Idlan dan Perlis pula tidak dapat menurunkan Fikri kerana kedua pemain masih bersama skuad negara. Pada perlawanan TM Liga Super 2010, kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata tanpa jaringan. Tugas berat bakal digalas Jurulatih Perlis kerana dikhabarkan ramai pemain mereka masih dibelenggu kecederaan walau apapun masalah Perlis hadapi, jurulatih Kelantan harus membuktikan Kelantan pasti berjaya dan menang pada malam esok.

Para penyokong diharap dapat datang beramai-ramai untuk memberi sorakan padu sepanjang zaman kepada skuad The Red Warriors agar memastikan kemenangan berpihak pada The Red Warriors. Para pemain perlu bermain dengan bersungguh-sungguh supaya tidak terus menghampakan perasaan dan sokongan peminat. Para penyokong juga diharap dapat mengelakkan sebarang provokasi kerana ada desas-desus sesetengah pihak ingin membalas dendam kejadian di Perlis pada tahun lepas. Dengan reputasi dan sambutan penyokong Kelantan yang makin memberansangkan dan dikagumi masyarakat luar Kelantan, pihak TRWC amat berharap para penyokong terus mengekalkan persepsi baik ini.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo, Main bijok...Gomo Kelate Gomo





Catatan Popular