KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 18 April 2010

Juara Piala FA rebah di gelanggang sendiri, Kelantan pulang gah emel

Gol pembuka Indra Putra umpama pencetus semangat seluruh pemain The Red Warriors untuk beraksi dengan sepenuh jiwa dan semangat yang jitu walaupun dapat disaksikan sedikit kelemahan kawalan kawasan pertahanan oleh jentera pertahanan The Red Warriors. Aksi padang basah tidak berjaya mencetus dan menghadiahkan sebarang kad kepada pemain The Red Warriors berbanding pemain Negeri Sembilan yang dihadiahkan 3 kad kuning oleh Wan Mohamad Tarmizi selaku pengadil pada perlawanan ini. Jaringan Daudsu dan Badhri Radzi telah berjaya melemahkan jentera pemain dan sorakan penyokong Negeri Sembilan walaupun berjaya menembusi gol The Red Warriors melalui jaringan Shukor Adan. Keseluruhan aksi perlawanan kedua-dua pasukan amat baik. Kemenangan 3-1 keatas Juara Piala FA 2010 dan Juara Piala Malaysia 2009 ini dapat mencetus kembali semangat sokongan semua peminat The Red Warriors yang adanya masih tunggu dan lihat kemenangan dalam memberi sokongan selain mengejutkan Hasbullah Awang serta pengkritik The Red Warriors yang lain. Kemenangan ini boleh dianggap kejayaan misi membalas dendam diatas kekalahan kepada Negeri Sembilan pada perlawanan Piala Malaysia tahun lepas.

Pujian juga perlu diberikan kepada ketua jurulatih The Red Warriors B Sathianathan yang telah berjaya membuktikan tahap dan prestasi anak-anak buahnya didikannya kepada semua. Lensa kamera TRWC juga sempat merakamkan reaksi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dan Dato Affendi tersenyum lebar dengan kejayaan para pemainnya dan yang paling penting keriangan dan kegembiraan para penyokong yang hadir dan menanti keputusan malam tadi di rumah.

Walauapapun keputusannya, masih banyak lagi perlawanan yang bakal dilalui oleh skuad The Red Warriors dan para peminat amat berharap peningkatan prestasi ini adalah satu permulaan yang drastik untuk The Red Warriors melonjak naik tangga liga dan seterusnya menghadiahkan satu lagi perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini. Peminat juga amat berharap skuad The Red Warriors tidak dilalaikan dengan kemenangan ini dengan memandang rendah perlawanan bertemu Kuala Lumpur pada selasa nanti di Kota Bharu. Rentak dan barisan pemain pada malam tadi perlu dikekalkan dan ditingkatkan sekiranya mahu peluang mendapat 3 mata dimanfaatkan di arena sendiri.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main bijok, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular